Showing posts with label UoB. Show all posts
Showing posts with label UoB. Show all posts

Wednesday, July 1, 2015

Laluan ke universiti

Bila tiba musim panas, laluan pejalan kaki untuk ke sekolah saya sangat meriah.
Mula2 cuci mata dengan buah blackcurrant yang dah mula berbuah.
Tapi kalau tgk pada gambar kat atas, dah ada buah yang kering.
Macam tak berapa menjadi buah blackcurrant tahun ni.
Mungkin sebab cuaca yang agak panas berbanding tahun2 lepas. 
Hari Rabu ni (eh, esok lah tu...), cuaca dijangka mencecah 35 degree celcius.
Panasnya dah nak sama mcm kat M'sia.
Memang bertabah aje puasa dalam cuaca yg panas dan panjang.

Kemudian melintasi pula rimbunan bunga lavendar.

Diikuti pokok gooseberries yang buahnya masih menghijau..
Memang tak sempat nak petik gooseberries masak tahun ni :(

Jalan depan lagi, boleh jumpa pokok epal yang mula berbuah.
Dan yang paling menggoda, tentulah buah stoberi!
Nasib baik bulan puasa, kalau tak saya dah ngap buah yang masak ni!

Monday, June 22, 2015

Ladies day out

Ni kisah 8 Jun lepas, seminggu sebelum puasa.
Ni kawan-kawan saya satu makmal..
Dari kiri: Zahra, Norsheen dan Rania.
Zahra dan Norsheen adalah local student manakala Rania pelajar dari Jordan.
Zahra dan Norsheen pelajar PhD di bawah penyelia yang sama dengan saya, iaitu Prof Hassan.

Dah lama kami setup tarikh utk keluar makan sama-sama.
Tiap kali set date, tiap kali tu tak menjadi.
Ada aje halangan.
Tapi tak sangka, akhirnya dapat juga kami berempat keluar lunch sama-sama.
Atas cadangan Rania, kami mencuba makanan di restoran Kurdish.
Ok lah masakan Kurdish sebab tak pedas berbanding dengan beriani Pakistan.
Tapi bila dah ralit sembang tu, tak terfikir pula nak ambil gambar makanan.
Malu pun ada nak keluarkan handset dan ambil gambar.
Takut mereka kata, jakunnya orang M'sia ni.
Hahhaa, kena lah jaga imej M'sia kan?

Gigih kami naik Free City Bus ke bandar.
Dari bus stop, boleh tahan juga nak menapak ke kedai.
Tapi sambil jalan, sambil sembang tiba2 jer dah sampai depan kedai.
Apa-apa pun, memang kenangan manis dapat mengenal mereka yang satu kepala.
Kami boleh kongsi banyak cerita.
Bila luangkan masa macam ni, baru rasa lebih rapat dan lebih mengenali antara satu sama lain.
Mereka antara kawan2 yang mewarnai dunia PhD saya sepanjang di Bradford.
Sama-sama kongsi idea dan rasa.
Sama-sama memberi semangat bila tiba2 terasa semangat makin menjunam.
Maklumah, graf semangat/motivasi tu asyik turun naik jer sepanjang buat PhD.
Dan tak sangka, akhirnya perjuangan ini bakal berakhir juga.
Semoga ia bakal berakhir dengan baik... Insya Allah!

Sunday, March 22, 2015

SV saya di BBC

*SV is supervisor a.k.a penyelia

Bagi yang dalam lama follow blog ni, ingat lagi tak yang saya pernah jadi subjek utk eksperimen mengesan penipuan (lie detection)?

Boleh tengok dlm entry:
Eksperimen mengesan penipuan
Soalan yang ditanya semasa eksperimen

Baru-baru ni, satu rancangan kanak-kanak di BBC datang menemubual my SV.
Kalau yang biasa tengok siaran BBC, mesti pernah tengok rancangan "Operation Ouch".
Tak sangka my SV jadi tetamu jemputan dalam rancangan tu.
Gigih ambil video utk letak dlm youtube sbg kenangan...

Untuk rancangan penuh "Operation Ouch" ni, boleh klik kat sini.

NuKilaN:
 

Saturday, January 31, 2015

White UoB

**UoB - University of Bradford

Hari ni nak tempek gambar sekitar uni pula.
Balik nanti kalau rasa rindu boleh belek entry ni..
Gambar yang saya snap kelmarin masa on the way balik ke rumah lepas jumpa supervisor.

Keluar pintu bangunan, jumpa pemandangan ni...
Jalan sikit, snap gambar ni sebelah kiri....
Jalan lagi hingga ke laluan ni... Laluan ni biasanya penuh dgn dedaun kering bila musim autumn...
Ni pula kawasan parking kereta... Parking kat sini berbayar tau!
Ni pula kawasan tanam tanaman universiti...
Ada pokok epal...
Yang cuma tinggal ranting...
Pokok gooseberry (yang tak berdaun tu) dan pokok rosemary yang kekal berwarna hijau walau musim winter...
Kemudian melalui kawasan currants...
Juga cuma tinggal ranting saja... Biasanya akan mula berputik bila spring nanti (dalam bulan April)
Melepasi kawasan currant ni, dah dekat pintu keluar universiti.... 

Saturday, December 6, 2014

Konvo UoB 2014

**UoB = University of Bradford

Di UoB ni, majlis konvocation diadakan dua kali setahun.
Sidang pertama bulan Julai (summer graduation) dan sesi kedua bulan Disember (winter graduation).
Jadi hari Khamis dan Jumaat lepas diadakan graduation ceremonies untuk Winter Graduation.
Ada beberapa kawan yang sepatutnya menghadiri konvo ni.
Tapi bila dah balik M'sia atau berada di luar kawasan Bradford, agak susah juga nak menghadirinya.

Pagi Khamis lepas, saya meraikan seorang kawan yang menghadiri konvokesyen tersebut.
Juga diberikan kepercayaan untuk jaga dua orang budak comel ni...
Jadi saya bawa mereka berdua ke pejabat semasa majlis graduation berlangsung...
(sila abaikan keadaan meja yg sgt bersepah tu...)
Sambil tengok streaming live menerusi website UoB...
Yang si kecil pula tolong saya taipkan tesis...
Bila nampak majlis dah nak selesai, kami menunggu di kawasan berhampiran dewan.
Khaleef sempat lagi posing melentok...
Tak lama kemudian, kelibat rakan yang dinanti kelihatan.....
Tengok jer ibu dia, terus merengek macam kena cubit....
Apa lagi, minta didukung ler tu....
Pandai betul Khalef ni dera ibu dia...

Tahniah kak..
Tumpang rasa happy dan bahagia tengok akak konvo.
Meh, kita sama2 buat PhD pulak :)

Dah tiga tahun berturut-turut tengok orang konvo (konvo 2012 dan konvo 2013).
Harapnya tahun depan dapat naik stage dulu sebelum balik M'sia...
Insya Allah... amin amin amin!
Doakan kejayaan saya yer kawan-kawan :)

NuKilaN:
 

Wednesday, November 5, 2014

WW ::: Mengenal pokok herba

Rhubarb...
Oregano...
Parsley...
Gambar snap dari kebun universiti..
Parsley tu selalu jadi mangsa petikan saya.... 

Tuesday, August 5, 2014

Habis dituai

Raya tahun lepas, kami sempat pergi picking blackcurrant di raya yang pertama.
Saya pernah post pasal blackcurrant yg mula berbuah dalam entry "Currant".
Sempat snap gambar blackcurrant yg masih hijau...
Beria kami bawa supik (beg plastik) utk isi blackcurrant.
Tapi malangnya, sikit sgt buah blackcurrant yang masih tinggal.
Ada la beberapa biji yang berbaki.
Kesian pulak kat anak2.
Tak sangka cepat boleh habis.
Mungkin sbb tahun ni pihak universiti ada letak nama pokok buah2 kat sekitar uni.

Tapi kekecewaan anak-anak terubat bila dapat petik dua buah ni...
Tak sangka, ada juga buah raspberry di taman uni...
Juga buah blueberries...
Petik dan terus makan... nyum nyum!

NuKilaN:
 

Friday, January 3, 2014

Botak


Musim luruh...
 dihidangkan dengan daun pelbagai warna...

Pemandangan sekarang depan sekolah saya...
Semua dah botak.
Bila compare dua gambar ni, baru perasan yang ada jalan baru kat depan ni.
Entah bila mereka buat agaknya.
Kalau balik pukul 5pm tu dah gelap gelita.


Tuesday, October 29, 2013

Silent mode on

Semalam terima email ni dari penyelia....

Dear Nur
Professor Qahwaji just confirmed to me that your viva will take place on
Friday at 2pm in his office. 
Best wishes
Hassan 

Terus rasa jantung nak runtuh. Hari Jumaat (1 Nov 2013) ni saya akan menghadapi viva jam 2 petang waktu tempatan (10 malam waktu M'sia).
Sumber - google

Ya Allah, permudahkanlah urusanku. Rabbi yassirwalatua'ssir...
Doakan kejayaan saya yer kawan-kawan....

Nota ummi,
Ni bukan viva PhD lagi... tapi utk transfer dari MPhil ke PhD.

NuKilaN:
 

Wednesday, October 23, 2013

WW ::: Buah apa ni?


Nampak mcm plum, tapi dari rasanya bukannya plum
Buahnya merah dan bulat memanjang
Seperti biasa abah yang jadi tangga utk petik buah yg tinggi :)
Nasib baik mmg buah yang boleh dimakan, tapi sampai sekarang tak tahu nama apa...
Rasanya seolah-olah buah epal, biji pun sama dgn biji buah epal
Aisyah la yg paling suka makan buah misteri ni :)

Monday, September 23, 2013

Pokok plum

Selain blackcurrant, gooseberries, dan epal, UoB juga ada tanam pokok plum. 
Hurm, bagus betul la UoB ni. 
Boleh juga saya kenal dengan pokok plum.
Yang buat saya kenal bila tgk label ni...
Baru tahu yg macam2 jenis plum yang ada rupanya...
Biasa saya makan plum yang hitam tu... mmg sgt sedap...
Pernah juga makan plum yg kuning... sedap jugak....
Tak pernah lagi saya makan plum yg jenis ni....
Buah plum yang sedang lebat berbuah...
Macam sama dgn pokok epal jer sekali tgk...
Buah plum yang belum masak...
belum masa utk dituai...
Last but not least....
Aisyah posing maut dgn pokok plum...

*UoB a.k.a University of Bradford :)

NuKilaN:
 
Related Posts with Thumbnails