Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Tuesday, January 15, 2019

Resepi salmon steak with lemon sauce

Sebelum ni saya pernah buat Asam Pedas Salmon. Kali ni nak ubah selera sikit masak masak salmon ala ala omputih.

Dah lupa bila beli frozen salmon ni. Dengan harga tiga pound lebih, dapat empat ketul frozen salmon. Kat sini ajelah merasa nak makan salmon. Balik nanti dah tak pandang salmon sebab dah ada ikan kembung, ikan jaket atau ikan tenggiri yang jauh lebih sedap dari salmon ni.

Mula2 kena masak salmon dulu. Senang aje kaedahnya....

Bahan-bahan:
Isi salmon
*Serbuk lada putih
*Serbuk lada hitam
*Garam
*Mixed herbs
*Daun rosemary

Perapkan salmon dengan bahan perap bertanda * selama 5-10 minit.
Kemudian bakar hingga masak.
Balik balikkan isi ikan supaya masak dengan sekata.
Hasilnya...


Bahan untuk sos lemon:

Setengah biji bawang holland di potong dadu
Satu sudu besae tepung gandum
3 sudu besar butter
Hirisan lemon (sebiji)
200 mlm susu segar
Mixed herbs
Garam

Cairkan butter. Tumiskan bawang holland hingga layu.
Masukkan tepung gandum dan kacau hingga sebati.
Kemudian tuangkan susu dan kacau hingga sebati.
Masukkan lemon, mixed herbs dan perasakan dengan garam.
Masak sos hingga kepekatan yang dikehendaki.

Bila dah cukup rasa, dah cukup pekat, tutukan api dan curahkan atas ikan yang dah dibakar tadi.

Taraa, siap untuk di"ngap"!


Nota ummi,
Lama betul resepi ni ada dalam draft. Balik M'sia pun dah lebih tiga tahun... hahahaha

Wednesday, October 10, 2018

Pastry Fruit Cake

Akhirnya, tercapai juga hasrat nak baking kek fruity viral ni...
Rasanya, sedap lah.. masam masam buah dan manis kek.
Sekali makan satu slice, tup tup tak tahu dah telan berapa slice.
Agak berhantu juga rupanya.

Tempek resepi kat sini.
Senang nak rujuk :)

Bahan-bahan:
4 1/2 cawan tepung
1 sudu besar baking powder
250 gram butter
2 cawan gula kastor (sy kurangkan sikit gula jadi 1 3/4 cwn)
12 sudu besar susu segar (lupa nak sukat berapa ml)
2 sudu kecil cuka
2 sudu besar sunquick
6 biji telur
Buah-buahan segar (kalau boleh pilih buah yang masam dan tak berair. Saya guna kiwi, stoberi dan naga)


Cara-cara:
1. Ayak tepung gandum dan baking powder. Ketepikan.
2. Satukan susu segar, cuka dan sunquick dalam mangkuk. Ketepikan.
3. Satukan butter dan gula kastor. Pukul hingga kembang.
4. Masukkan campuran dalam langkah 2 ke dalam adunan butter+gula yang telah putih gebu.
5. Masukkan telur satu per satu ke dalam aduann.
6. Akhir sekali masukkan campuran tepung yg telah diayak tadi.
7. Masukkan adunan ke dalam loyang 12'x12' dan susun buah buahan segar ikut kreativi masing2.
8. Bakar dalam oven 180 degree selama 50 minit.

Selamat mencuba :)

NuKilaN:
 

Thursday, September 21, 2017

Cheesekut Viral

Orang lain dah lama buat Cheesekut ni.
Saya baru nak buat.

Sebenarmya masa kat Bradford dah pernah buat sekali Cheesekut ni.
Tapi anak2 tak berapa suka.
Mungkin sebab biskut kraker kat sini tak berapa sedap.

Semenjak dua menjak ni, Cheesekut ni macam viral kat Facebook.
Ramai pula kawan2 yang duk share.
Saya pun tekan butang "Share" sekali.

Hujung minggu lepas baru berpeluang buat Cheesekut bersama anak-anak.
Tak sangka, kali ni mereka suka sangat makan Cheesekut.
Sekejap jer habis satu loyang.

Dah anak2 suka, haruslak tempek resepi kat blog sendiri biar senang nak rujuk :)

Cheesekut ni cuma guna lima bahan sahaja:
1/2 tin susu pekat
250 g Cream Cheese
Milo
Susu segar
Biskut Kraker

 Langkah pertama, satukan cream cheese dan susu pekat. Kalau ikutkan resepi asal kena guna 200 gram susu pekat. Tapi saya malas sukat, tuang jer dalam setengah tin susu pekat. Tapi saya tuang tak sampai setengah tin pun.
Kemudian pukul cream cheese dan susu hingga sebati. Nak guna blender pun boleh. Saya lagi suka guna hand mixer. Tugas ni serah kat Danish jer :)
 Lepas dah sebati, tuang susu segar ke dalam mangkuk. Celupkan biskut ke dalam susu dan susun ke dalam loyang.
 Dah penuh satu lapisan dengan biskut, tuang adunan cream cheese tadi.
 Seterusnya lapiskan dengan milo. Banyak benar mereka letak milo... huhuhu
 Lepas tu lapis lagi dengan biskut cicah susu.
 Letak cream cheese dan tabur lagi milo. Begitulah seterusnya hingga habis cream cheese. Rasanya yg kami buat dapat dalam tiga lapisan.
Kemudian sejukkan dalam peti ais. Tak sampai dua jam, terus potong untuk makan.
Tengoklah, Cheesekut anak-anak yang mewah dengan taburan milo :)

Anak2 dah tanya, bila nak buat lagi.
Eksaited mereka nak buat sebab senang, mudah, ringkas dan cepat.

Tapi tak boleh buat selalu.. Cream Cheese kat M'sia mahal la...
Kalau sana, dalam satu pound sebuku cream cheese. 
kat sini rasanya berbelas ringgit.... huhuhuhu

Hahaha, alasan... Padahal umminya takut diet lari :)

Sunday, August 6, 2017

Cucur Kembong

Sebelum ni, saya dah cuba masak cucur kembong.
Tapi, hasilnya cucur saya tak kembung.

Minggu lepas, ramai pula yang share cucur kembong a.k.a cucur manis ni.

Saya pun dah terjebak.
Untuk resepi asal, boleh rujuk FB Yati Rahim.
Dah viral pun post tersebut dengan 31K sharing.
Ada video step by step lagi.
Senang nak follow.

Nak tempek juga resepi kat sini supaya senang nak rujuk.

Bahan-bahan:
*2 cwn tepung gandum
*3 sudu besar gula
*1/2 sudu teh garam
2 cwn air panas mendidih

Caranya:
1. Campurkan bahan bertanda (*) ke dalam mangkuk. Gaul sebati.
2. Masukkan air panas dan kacau dgn senduk sehingga sebati. Biarkan sedikit sejuk.
3. Bila adunan dah sejuk, ambil sedikit adunan dan bulatkan (saiz bulat tu ikut keselesaan masing2 nak buat besar mana )... Ok, masa ni adunan akan melekat dekat tangan. So nak bagi doh tu licin, calit sikit air dekat hujung jari supaya doh yang kita nak bulatkan tu tak melekat di tapak tangan. Susun doh yang dibulatkan atas tray/loyang.
4. Panaskan minyak (guna kaedah minyak penuh- deep frying). Maknanya cucur tu tenggelam dlm minyak.
5.Bila minyak dah panas perlahankan api supaya doh tu tak tekejut supaya kaler cucur jadi cantik. Pastu besarkan api semula. Kena goreng dgn api yg besar.
6. Goreng sambil kacau2, golek2 cucur tu utk sekatakan warna cucur.

Macam biasa, jarang sangat boleh masak ikut resepi. Entah mcm mana, doh yg saya dapat sedikit lembik. Jadi tak boleh bulatkan cantik2.
Jadi saya skip langah 3, terus cedok doh guna sudu dan masukkan ke dlm minyak panas.

Hasilnya, doh tak cukup bulat...
Tapi, rasa cucur ni memang sedap.
Garing di luar, tapi lembut di dalam.

Monday, February 29, 2016

Aiskrim sumi


Dah terjebak dengan eskrim yang makin viral ni...
Dah lama save resepi ni sebenarnya.
Tapi hujung minggu hari tu baru sempat buat.

Hasil eksrim buat dengan anak-anak...
Aisyah tolong masukkan sumi dalam plastik eskrim.
Tapi sumi pula ada dua bungkus jer, jadi banyak lagi susu yang lebih.
Bila tambah perisa sirap, jadilah eskrim bandung pula....
Danish ni memang penggemar eskrim bandung... Kalau ke kedai makan pun, dia suka order air bandung :)
Tapi rasanya anak2 lagi suka makan eskrim bandung compared to eksrim sumi.
Senang keje saya, sebab lagi simple buat eskrim bandung dari eskrim sumi :)

Friday, January 23, 2015

Resepi ibu dalam pantang/anak berkhatan

Saja nak parking resepi dalam pantang. 







Walau tak tahu bila akan berpantang lagi. 
Kalau bukan utk diri sendiri, boleh rujuk bila jaga anak2 lepas berkhatan.
Ataupun, rujukan mommies di luar sana yang memerlukan.

NuKilaN:
 

Monday, December 22, 2014

Banana soup

Inilah rupa banana soup yg budak2 ni kat rumah ni beri nama...
Tapi saya panggil pengat pise (eh pengat pisang laa)..
Beli pisang tanduk ingat nak goreng, tp tetiba ubah selera lepas potong.
Malas pula nak menggoreng musim sejuk2 ni.
Tak tahan sejuk nak berdiri lama-lama kat dapur (en, bukan alasan ni.... memang betul pun boleh beku kaki bila buat keje lama2 kat dapur).
Jadi mula la fikir jalan pintas...
Letak santan, gula perang dan dua sudu sagu - masak hingga mendidih.
Dah siap utk dimakan...
Sedap juga hirup banana soup ni dalam cuaca sejuk yang makin menggigit!

Monday, November 24, 2014

Resepi kek epal yang mudah dan sedap

Masa kami bercuti kat Thorpe Park, ada kawan yang buatkan kek epal.
Lepas aktiviti apple picking, terus dia buatkan kek epal yang mabeles hingga saya pun terus jatuh cinta dengan teksturnya yang sgt gebu..
First time makan kek epal yang sedap macam tu.
Bila kak FM update resepi dalam blog beliau, terus saya cuba baking kat rumah...
Maklumlah resepinya yang mudah dan ringkas.
Tapi nak tempek juga resepi kek tu kat sini...
Minta izin yer, kak FM....

(Bahan A) Bahan-bahan kering untuk digaul rata
3 cawan tepung gandum
2 cawan gula kastor
1 st soda bikarbonat             *st = sudu teh
1 st baking powder
1 st serbuk cinnamon
sedikit garam

(Bahan B) Bahan-bahan untuk diblender
3 biji telur
1 1/2 cwn minyak masak (saya guna sunflower oil)
1 st esen vanila

(Bahan C)  4 atau 5 biji epal merah dibuang tengah dan dipotong sesuka hati dadu.

Cara-cara:
1. Bahan A digaul rata.
2. Bahan B diblender hingga kembang.
3. Tuangkan adunan yang diblender (Bahan B) ke dalam mix bowl dan masukkan bahan A dan kacau hingga sebati.
4. Dah sebati, masukkan bahan C.
5. Tuangkan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 170 darjah celsius (saya guna gas 4) selama 45 minit atau sehingga masak.
6. Siap!

Sangat sedap dimakan panas-panas.

Ni rupa adunan sebelum dibakar....
Rupa kek epalku bila masak... Nyum nyum....
Sesuai juga dijadikan santapan sambil buat kerja....
Mommies, cubalah.... Tak rugi sebab senang dan sedap :)

Tuesday, November 18, 2014

Resepi keropok lekor

Dah lama save resepi ni dalam draf...
Sumber: Facebook Resepi Ringkas

Akhirnya berjaya juga buat kerepok lekor bulan lepas...
Kat sini takde ikan kembung, jadi saya gunakan ikan makarel.
Beli dua ekor ikan makarel yg beratnya mencecah hampir satu kilogram.
Dapatkah dalam 18 batang kerepok lekor yang saiz comel2....

First step, asing isi ikan dan kisar....
Ada blog yang saya rujuk kata kena asing kulit juga.
Tapi sayang pula nak buang kulit... Jadi dengan kulit2 saya taram sekali...
Dah siap kisar, ulilah dengan tepung ubi hingga menjadi doh.
Lepas uli, bentukkan jadi panjang2.
Then rebus dalam air mendidih.
Tengok tu, keropok lekorku dah terapung - maksudnya dah masak lah tu. Boleh angkat dan toskan...
Hasil selepas direbus..
Kemudian potonglah ikut suka (tak nak potong pun takpe) dan goreng.
Taraa... keropok lekor made with love @Bradford...
Rasanya ni kali pertama dan kali terakhir kot buat keropok lekor.
Part nak asingkan isi dan tulang ikan tu paling mencabar.
Lama juga duk bergelumang dengan ikan, sampai satu badan berbau makarel...
Maklumlah, tukang masak yang masih tak berapa nak pro lagi.
Masih lagi belajar selok belok kat dapur.
Nak asingkan isi dan tulang pun ambil masa berejam...
Gelakkan kita ler tu... tak baik tau!

NuKilaN:
 

Friday, November 7, 2014

Cucur tak kembung

Ramai dah cuba resepi cucur kembung manis ni...
Sedap katanya...
Saya pun terus save dalam komputer....


Tapi mcm biasa lah kan...
Resepi dah siap simpan, tapi nak rujuk semula memang bercinta...
Malas jadinya nak godek semula resepi bila nak masak.
Jadi atas dasar ingat-ingat lupa dan suka sgt berlagak ala2 master chef, saya terus buat tanpa semak semula resepi.
Yang saya ingat, kena letak tepung gandum, air panas dan susu cair.
Semua main agak agak dan hentam aje lah...
Hasilnya....
Keh keh keh... Cucur ku tak mengembong....
Jadi selim melim pulak kejadiannya...
Tapi rasa  dia saya suka... Rasa lemak2 manis...
Aisyah pun suka dgn cucur ni.... siap nak bawa bekal ke sekolah.
Tapi maaf lah Aisyah... ummi tak berapa rajin nak menggoreng cucur pagi2...

Bila cucur tak kembung, baru lah saya beria godek semula komputer cari resepi ni.
Patut lah, adunan saya terlebih cair agaknya.
Sepatutnya adunan kena jadi ala2 doh keria tu biar boleh cubit bulat2.
Lain kali kena cuba lagi....
Praktis make perfect... tak gitu???

Saturday, November 1, 2014

Resepi kuih bakar

Tiap kali nak buat kuih bakar, tiap kali itu lah saya akan minta bantuan Puan Google.
Macam2 resepi saya dah cuba.
Bila guna resepi yang berlainan, jadi hasilnya juga tidak sama walaupun namanya sama- Kuih Bakar.
Jadi hari ni nak jot down kat blog sendiri pulak sebagai rujukan.
Dari banyak2 resepi kuih bakar, saya paling suka rasa dari blog Mat Gebu dengan sedikit pengubahsuaian dgn bahan2 yg ada kat sini...
Check it out....

Bahan-bahan.
4 biji telur saiz B
1 tin santan 400 ml
200 ml air
250 ml air pandan (250 ml air+6 helai daun pandan ->blend dan ambil airnya sahaja)
2 sudu makan butter (cairkan guna microwave 30 saat)
1 cwn gula
2 cwn tepung gandum
Sedikit garam
Sedikit pewarna hijau

Cara-cara:
1. Panaskan oven pada suhu 200C (oven saya jenis gas, jadi saya guna gas 7).
2. Pukul telur da ngula hingga kembang.
3. Masukkan santan, air dan air pandan.
4. Bila sebati, masukkan butter, garam dan pewarna hijau dan akhir sekali tepung gandum. Kacau lagi hingga semua adunan sekata.
5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 50 minit atau sehingga masak.

Kuih bakar yang baru dimasukkan dalam oven

Bila takde stok daun pandan, kadang2 saya ubah suai buat kuih bakar perisa jagung.
Cuma letakkan setengah tin jagung manis.
Tambah sikit pewarna kuning nak beri warna menarik sikit.

Taraa.... Hasil kuih bakar dan rupa bila disejukkan..
Kena tunggu betul2 sejuk baru elok dipotong...
Jemput makan....

Nota ummi,
Kuih bakar ni tahan hingga tiga atau empat hari kalau simpan dalam bekas kedap udara.
Mungkin sebab cuaca kat UK ni yang kering dan sejuk, jadi kuih bakar ni boleh tahan lama walau tak disimpan dan peti sejuk.
Kalau keluar jalan2, saya suka bawa bekal kuih ni.
Jadi lah untuk alas perut bila jalan-jalan.

Tuesday, September 30, 2014

Kek marble terlebih naik

Hari tu tergoda dgn kek marble mama JJ.
Apa lagi, terus membaking hari Ahad lepas.
Macam biasa, buka resepi kek marbel kat blog sendiri bila nak buat kek ni.

Ingatkan semua bahan dah ada, tup3 tepung naik sendiri dah habis.
Buat juga lah dgn gantikan self raising flour dgn plain flour ditambah baking powder dan soda bikarbonat sesuka hati.
Suka hati jer tuang tanpa sukat baking powder dan soda bikarbonat tu... huhuhu.

Siap adun, inilah kejadian kek marble saya sebelum bakar...
Tak sangka, naik berganda ganda pulak.
Jadi kena lebihkan masa membakar sikit.
Dah syak dah... ni mesti terlebih tuang soda bikarbonat atau pun baking powder.
Itu lah, pandai sangat berlagak ala-ala Masterchef... dush!

Tak sempat tunggu sejuk, terus potong...
Ini lah hasilnya....
Buka setakat terlebih naik, rasa pun ada sedikit rasa pahit.
Dah hilang rasa lemak butter tu.

Pengajaran utk diri sendiri ... lain kali kena RAJIN sukat soda bikarbonat dan baking powder tu. Letak setengah sudu teh pun dah cukup.

Thursday, August 7, 2014

Resepi nasi kerabu mudah versi perantau

Sebelum ni, saya rasa macam rumit jer nak masak nasi kerabu. Rasa mcm banyak benda jer nak kena buat. Kena rebus ikan, lepas tu asingkan isi dan tulang, kena goreng kelapa, dan mcm2 lagi la. Masa kat M'sia, memang tak pernah rasa pun nak cuba masak nasi kerabu sebab dah set dalam kepala, SUSAH dan RUMIT! Lagi pun, kalau nak makan memang senang jer nak cari nasi kerabu yg sedap2 sekitar rumah.

Tapi bila dah kena lontar kat negara orang ni, mesti lah rindu nak makan nasi kerabu. Sah-sah tak de orang yang jual nasi kerabu kat kedai. Nak tak nak, saya cuba juga belajar masak nasi kerabu. Haa, persepsi saya pun dah mula berubah. Bukan susah pun nak masak nasi kerabu. Lagi-lagi, kat sini banyak gantikan dengan bahan-bahan yang segera. Ikan ganti dengan ikan salmon dalam tin, kelapa pula guna yg jenis "dessicated coconut" dan santan juga guna yg segera dalam tin. Kelentang kelentung kat dapur, satu jam nasi kerabu dah sedia terhidang :)

Dah lama sebenarnya nak share resepi nasi kerabu kat sini. Walau dah berkali kali cuba masak, hari ni baru rasa confident nak kongsi kat blog sendiri. Hasil try and error, kena la dengan tekak kami sekeluarga. Open house raya kali ni pun saya cuma hidangkan nasi kerabu. Seronok tengok tetamu makan bertambah. Sambal tumis dan sambal ikan pun licin hingga ke titisan terakhir. Senang nak cuci pinggan mangkuk lepas habis majlis :)

Berbalik pada nasi kerabu. Bagi saya, bahan utama yg wajib utk nasi kerabu adalah sambal ikan dan sambal tumis. Sambal tumis seeloknya sediakkan lebih awal. Nak makan utk sarapan pagi, lagi sedap kalau kita buat sebelah malam. Sambal tumis ni, lagi kita perangat lagi la bertambah sedap :)

Resepi asal saya rujuk Nasi Kerabu Kelantan yan terlajar sedap dari AzieKitchen. Dari situ saya sesuaikan dgn bahan-bahan yg ada kat sini.

Mula-mula kita tgk cara nak buat sambal tumis...
Bahan-bahan utk sambal tumis:
#1 biji bawang holland
#1 biji bawang merah besar
#4-5 ulas bawang putih
#1/2 inci halia
1-2 sudu besar serbuk cili
1 cawan air
1 tin santan (400 ml)
2 - 3 batang serai (serai kat sini mahal, jadi saya guna dua batang jer)
2 keping asam keping
1/2 kerek nise (gula melaka)
1-2 sudu besar gula*
2 sudu kecil garam *
2 sudu besar budu (saya gantikan dengan sos ikan)
Minyak masak utk menumis (dlm 1/2 cawan)
* adalah kuantiti anggaran 

Cara nak buat sambal tumis...
1. Potong kecil2 bahan bertanda # dan masukkan dalam chopper berserta dgn serbuk cili.
2. Kisarkan sehingga halus.
3. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Kemudian masukkan air. Lepas tu masukkan santan dan kacau hingga sebati.
4. Masukkan serai, asam keping. Bila mendidih, masukkan sos ikan, gula melaka, gula dan garam. Kacau hingga pecah minyak dan kepekatan yg dikehendaki. Kalau terlalu pekat, boleh tambahkan air.
5. Bila rasa dah cukup, tutupkan api. Siap!

Bak kata kak Azie, kuah sambal tumis ni biarkan sedikit masin.

Ni pula bahan-bahan utk buat sambal ikan....
Bahan-bahan:
1 tin pink salmon
2 cawan dessicated coconut ( saya guna yg jenis "Fine")
*1/2 atau 1 biji bawang holland (bergantung pd saiz bawang dan kuantiti kelapa)
*2 batang serai
*2 sudu besar gula
*2 sudu kecil garam
*1 sudu kecil serbuk lada hitam

Cara nak buat sambal ikan...
1. Mula-mula sagai kelapa hingga keperang-perangan (jangan sampai hitam pulak). Hingga warna mcm gambar la lebih kurang. Ketepikan -Bahan A
2. Asingkan kulit dan tulang ikan. Lenyekkan isi ikan. Ketepikan - Bahan B
3. Masukkan semua bahan bertanda ke dalam chopper. Kisar hingga lumat - Bahan C
4. Gaulkan bahan-bahan A, B dan C hingga sebati dan sesuaikan rasa. Siap!

Kata kak Azie lagi, sambal ikan ni kena manis sikit.

Utk masak nasi pula...
Basuh beras dan masukkan air seperti biasa. Saya letakkan sedikit pewarna biru (boleh juga guna kunyit), sedikit garam dan sebatang serai yg dititik. Masaklah nasi seperti biasa.

Selain tu, saya juga sediakan sambal merah utk mereka yg suka pedas.
Saya blend cili merah, cili padi, garam, gula, sedikit air dan sedikit jus lemon.

Boleh la hidangkan dengan ayam bakar/ayam goreng, takde keropok jadi saya ganti dgn ikan bilis, timun yang dipotong panjang. Tapi kalau pekena dengan daging/kambing bakar lagi la terangkat. Disebabkan anak-anak tak suka makan taugeh dan kacang panjang, jadi saya cuma gantikan dengan lettuce. Sedap juga makan nasi kerabu dengan lettuce rupanya :)


Tiada dalam gambar nasi dan sambal cili. Gambar ni yang dah lama, yg gambar terkini masa open house tak sempat nak snap. Macam biasa, selalu lupa nak snap gambar makanan bila buat majlis makan-makan.
Related Posts with Thumbnails