Sunday, February 20, 2011

danish 1st birthday

Just a quick update
He is turns one today

Happy birthday, Danish!
Be good and smart boy :)
Love you so much... muaaahhh!
NuKilaN:

Thursday, February 17, 2011

kena stop mengepam ke?

Salam semua...
Ermm, nak mintak pandangan BF mommy skit
dah hampir dua minggu sebenarnya perkara ni berlarutan
danish skrang ni dah tak nak minum susu yg dipam @ EBM
huhuhu, sedih sangat tau
susu yang dicairkan langsung tak disentuh
kalau panaskan 2 oz susu, jawabnya 2 oz jugak la yang kena buang
kalau paksa jugak, jawabnya dia duk gigit gigit jer puting
langsung tak nak hisap
dah cuba bagi minum pakai cawan... dia tolak
cuba bagi EBM pakai syringe... pun dia tolak
buntu betul dibuatnya

Masa minggu pertama danish buat hal mcm ni sy mcm tak kisah sgt
mungkin sbb dia bengkak gusi
so, dia refuse EBM
kekadang tu rasa happy jugak
sbb at least boleh simpan buat stok
teruk betul ummi danish ni

Bila gigi danish dah keluar, dia masih xnak minum EBM
terus gundah gulana dibuatnya
stok dalam fridge semakin bertambah 
even fresh EBM yang saya baru pam di pejabat pun danish xnak minum
 Sanggup dia berlapar tunggu saya balik tgh hari utk menyusu
Tapi, mungkin juga dia tak lapar
sbb dah makan makanan pejal sekrang ni
Adakah keadan ini normal utk bayi yg dah nak masuk setahun?
lagi tiga hari danish genap setahun :)

p/s: harap ada mommyy yg sudi berkongsi pendapat


NuKilaN:

Monday, February 14, 2011

HaSue Giveaway:'Saya telah melahirkan bayi 2010'

GA ni utk ibu yg ada baby lahir tahun 2010
Moh kita join sama-sama GA ni.
Maklumat lanjut, klik sini
Tarikh tutup : 15 Dec 2011


Ni gambar pertama yg En suami rakam selepas kelahiran danish
 Selesai danish dimandikan,
saya berpeluang menyusukan danish utk kali pertama
lepas menyusu, danish terus posing mcm ni
Gambar ni adalah antara rakaman detik paling manis bagi saya.
Kali pertama dapat memeluk dan menyusukan bayi yang telah dikandung selama 37 minggu.
Pengalaman yang tidak dapat diceritakan dengan kata-kata.
Memang pengalaman yang sangat berharga, kan?
(walaupun danish anak yang ketiga, ekekeke..)

Danish dilahirkan secara normal pada 20 Februari 2010 jam 2.10 am.
Berat 2.7 kg dan panjang 48 cm.
Rasa mcm baru jer melahirkan danish.
Belum puas lagi menikmati saat saat indah bersama danish
::: meniarap, menjulur, merangkak dan belajar bertatih :::

Minggu depan, danish dah genap setahun (20 Februari 2011)
Pantas betul masa berlalu
Dah besar panjang anak teruna saya ni
Dah dpt berjalan 2, 3 langkah
Dah pandai geng dengan abg dan kakak
Menyakat abg dan kakak pun dah pandai
Tapi belum dapat panggil Ummi
Boleh panggil Abah, 'Abe' dan kakak jer
Huhuhu, bila la nak sampai giliran ummi pulak ni....
Saya akhiri entry ini dengan gambar danish semasa berumur 11 bulan


Sekian :)

NuKilaN:
 

dah ada gigi

Hari Selasa (18/2/2011) lepas,
saya perasan yg gigi danish nak naik
satu batang sebelah kiri di bhgn bwh

terlintas dalam hati...
"bagus juga si danish ni, langsung tak demam @ meragam bila nak tumbuh gigi"
tup tup, pukul 5.30 pagi hari jumaat
danish duk merengek jer lepas minum susu
biasanya, bila danish xnak tidur lepas menyusu
dia boleh jer buat hal sendiri
pagi tu, lain macam pulak jadinya
bila sentuh dahi danish, terasa sedikit panas
ooo... danish demam rupanya
tapi lupa pula nak check suhu berapa, huhuhu

Hari jumaat tu mmg seharian
asyik nak bergayut jer
nak tinggal sorang2 pun tak boleh
tiba2 terfikir...
biasanya anak2 yg lain, demam dulu baru tumbuh gigi
danish ni pulak, terbalik
tumbuh gigi dulu baru demam
jgn2 ada gigi lain nak tumbuh tak?
so saya check gusi danish
rupa-rupanya lagi sebatang gigi belah atas nak tumbuh
gigi belah atas kan lebih besar berbanding gigi bhgn bawah
gusi jadi merah dan sedikit bengkak
patut la danish tak sedap duduk
bila bagi makan pun, dia nangis
kesian, anak ummi

nasib baik demam tak lama
petang jumaat tu, badan danish dah kembali normal
danish pun dah kembali aktif

sama dengan abg dan kakak
danish ada gigi pertama ketika berusia 11 bulan

NuKilaN:

Sunday, February 13, 2011

TOTE BOUTIQUE'S GIVEAWAY

Jom pakat join GA ni..
Cantik kan passport sleeve kat bawah ni...


Nak join, klik sini ....
Due date: 28 Feb 2011

NuKilaN:
 

Saturday, February 5, 2011

kad utk ummi

Antara hobi irfan adalah menulis, melukis dan mewarna
ni antara kad yg dia buat utk saya baru ni
sbb xde kertas yg cantik
just guna kertas buku yg dikoyak
then dia lipat dua
rupa kad tu kat dalam mcm ni
 masa first time tengok nak tergelak pun ada
then tetiba rasa terharu pulak
ada semua ahli keluarga kami
dihiasi dengan simbol hati
zoom pic keluarga kat bawah ni
 dari kiri:
danish, ummi, aisyah, irfan dan abah
 dan pic kat atas ni muka depan kad
so far ok la utk budak umur 6 thn
the way he expressed his feeling
sweet jer, kan?
NuKilaN:
Related Posts with Thumbnails