Showing posts with label Al Kautsar. Show all posts
Showing posts with label Al Kautsar. Show all posts

Thursday, May 16, 2019

Firas @Taska #01

Taska sekarang, bukan macam taska zaman dulu ( ai mean zaman Irfan/Aisyah).
Taska zaman sekarang, baby pun dah ada aktiviti bagi menggalakkan perkembangan bayi.
Taska yg Firas duduk pula suka update gambar kat FB.
Jadi saya cilok untuk simpan kat sini.
Senang nak mengimbau kenangan bila Firas besar nanti :)

Aktiviti: Keras dan lembut.
Satu tangan pegang span (lembut), satu tangan pegang bola ping pong (keras).
Lucu tengok gambar ni... mcm nak nangis pun ada.. 
Aktiviti 2: main bola dalam bakul

Aktiviti 3: renyukkan kertas
Aktiviti 4: Kacau air dalam cawan
Firas kacau air dengan bantuan pendidik :)
Alololo.. comel jer baby2 ni pakai apron..
Aktiviti 5: Deria rasa... makan kurma :)

Wednesday, May 15, 2019

Aina dan kawan-kawan #02

Aina buat collage hari ni...
Nampak khusyuk juga tengok dia beraktiviti kat sekolah.







Monday, April 1, 2019

Misi check gigi

Hari ni misi gi taska Aina untuk check gigi.
Pengalaman pertama Aina, harus lah buat catatan kat blog.

Behave jer dia masa misi check gigi...
Aina dan kawan-kawan...
Belajar berus gigi dengan kawan kawan...
Misi sedang beri tunjuk ajar cara gosok gigi dengan betul..
Fokus jer Aina gosok gigi.. good girl!


Moga lepas ni makin pandai jaga gigi :)

Tuesday, March 5, 2019

Aina dan kawan-kawan #01

Setiap hari taska Aina buat macam2 aktiviti.
Tu yang dia sangat happy tiap kali pergi taska.
Cikgu pula rajin update aktiviti mereka kat Facebook.
Jadi saya pun tempek la kat blog.
Lagi 10 tahun, mesti Aina suka tengok balik entry ni... hehehe.







Tuesday, February 26, 2019

Aina pergi pantai

Kisah semalam.
Cikgu bawa Aina dan kwn2 ke Pantai Tok Jembal.
Balik sekolah, ready aje la telinga dengar Aina bercerita.
Seronok sgt dia.

Bangun tidur pagi ni pun dia tanya, "Ummi, nak pergi pantai lg boleh?"
Tunggu hujung minggu la Aina, baru boleh santai2 tepi pantai :)










Monday, February 4, 2019

Aina buat donut

Minggu lepas, Aina dan kawan-kawan belajar buat donut kat sekolah.
Jom kita tengok aksi comel mereka.

Mula, mula kita bergambar ramai-ramai dengan doh yang dah siap diuli.

Langkah seterusnya, kita canai doh guna kayu pengglek.
Dah siap canai ikut ketebalan yang bersesuaian, boleh terap guna cawan kalau tak ada acuah doh.

Lepas terap, kena goreng dulu tau.
Budak2 tak boleh main minyak panas, jadi cikgu2 yang tolong gorengkan.

Bila donut dah sejuk, boleh ambil untuk celupkan dalam coklat,
Lepas celup dalam coklat, boleh hiaskan guna pinky chocolate rice.

Lepas tu, boleh la terus makan... hihihi

Thursday, July 19, 2018

Aktiviti Taska Aina

Mula tahun ni, taska Aina banyak lakukan aktiviti walau dia baru dua tahun.
Jadi nak letak kat blog supaya tak hilang.
Juga sebagai kenangan.

Aktiviti 1
Tema: Main perananb dengan tema raya
Aina belajar buat biskut cornflakes... Nyum nyum!



Aktiviti 2
Tema: Pemakanan
Aina belajar buat pisang coklat :)


Aktiviti 3
Tema: Pergerakan tangan
Aina belajar memasukkan butang ke dalam botol..
Good for motor skills :)




Aktiviti 4
Tema: Sosio Emosi
Aina and friends main air.. Seronok sngat nampak Aina dapat main air :)



Aktiviti 5
Tema: Awal Matematik
Aina and friends menyusun kotak dari saiz kecil hingga yg besar


Aktiviti 6
Tema: Haiwan di laut
Aina buat handprint crab
 Aina: Cantik tak ketam saya?
 Masih lagi tema haiwan di laut, tapi mengenal warna haiwan...

Aktiviti 7
Tema: Touch me!
Aktiviti deria pemahaman dan persekitaran..


Aktiviti 8: Kolaj Ikan...
Aina berada dalm group 1 dan 2 tahun..
Advanced sungguh budak2 zaman skrang, mcm2 aktiviti ada di taska..
Patut la Aina suka sangat bila hantar ke taska :)

NuKilaN:
 
Related Posts with Thumbnails