Showing posts with label breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label breastfeeding. Show all posts

Tuesday, May 24, 2016

Bermulanya perjalanan...

... untuk simpan stok susu!

Blog ni terhasil pada awalnya pun sebab nak dapatkan support masa menyusukan Danish enam tahun yg lepas, tahun 2010.
Sebab tu kalau mommies perasan, nama blog pun ceritaDanishDanUmmi...
Tak tahu nak letak nama apa masa tu... hehehe.

Masa tu selalu la jenguk blog Ummi Alya, kak MiejaAyu  dll untuk dapatkan panduan dan juga semangat. 
Bila susu merudum tu, memang dapat semangat balik bila dapat komen2 positif daripada mommies yang seangkatan :)

Alhamdulillah, Danish berjaya dapat minum susu ummi selama 2 tahun 2 bulan.
Dengan Danish, nak ceraikan susu badan pun boleh dikatakan agak senang :)

Sekarang perjalanan yang sama diteruskan untuk baby Aina.
Ya, perjalanan yang bukan mudah dan banyak cabarannya.
Harapnya dapatlah ummi susukan Aina selama dua tahun macam abang Danish.

Tak terfikir pun nak buat stok lagi sebenarnya.
Sebab rasa macam lambat lagi nak masuk kerja.
Maklumlah, lepas raya baru masuk kerja.

Tapi bila sembang dengan adik, baru rasa betul juga kata dia.
Rugi pula kalau last minit baru nak buat stok.
Lagipun lagi dua minggu dah nak puasa.
Masa susu tengah meriah ni la seronok buat stok.

Bila tengok Aina pun seronok tidur, saya pun keluarkan pam.
Pam sebelah jer dulu sebab yg lagi sebelah simpan untuk Aina bila dia bangun nanti.
Wah, tak sangka.. Dapat lah dalam 4.4 oz...
Patutlah bila Aina minum asyik muntah jer lepas tu.
Dah overload agaknya.
Mana nak muat 4.4 oz dalam perut yg kecik tu... huhuhu.

Praktis guna botol susu pun belum buat lagi untuk Aina ni.
Harapnya Aina dapat minum guna botol dengan mudah.. amin!

Doakan semoga perjalanan penyusuan untuk baby Aina dipermudahkan oleh Nya dan berjalan dengan lancar :)

Sunday, April 29, 2012

kebaikan susu ibu kepada bayi

Walaupun danish sudah bercerai susu, saya tetap suka baca buku dan artikel bekaitan penyusuan. Tambahan pula, pelbagai buku penyusuan dan keibubapaan boleh didapati dengan harga yang murah di sini. Banyak buku terpakai yang boleh dibeli di amazon dengan harga yang murah.

Hari ni nak kongsi tentang buku "Food of Love" dari Kate Evans. Sangat suka baca buku ni sebab ia banyak ilustrasi bergambar dan penerangannya yang sangat mudah nak faham. Kate menggunkan simple english yang mudah difahami.

Ni salah satu helaian yang menceritakan kebaikan susu ibu kepada si anak'

Bayi menyusu susu ibu adalah lebih sihat.

NuKilaN:
 

Friday, April 20, 2012

2 tahun 2 bulan - bercerai susu!

Danish dah masuk 26 bulan. Kalau sebelum ni danish allergic dengan susu lembu, tapi sekarang alhamdulillah, dia dah boleh telan makanan yang berasaskan susu lembu macam coklat dan keju. Dah tak ada masalah!

Kat sini pun saya dah ajar danish minum susu segar. Nasib baik susu segar kat sini murah dan sangat sedap. Dalam beberapa hari lepas, saya baru perkenalkan danish dengan botol susu. Dah lama danish tak minum susu dalam botol. Memang danish nampak kekok minum susu dalam botol. Dia macam keliru mcm mana nak hisap dan dalam masa yang sama nak kena telan susu yang bertakung dalam mulut. Sangat kelakar!
Tengok tu, cara lekapan pun dah salah :)

Tapi biasanya danish akan menyusu badan apabila malam sahaja. Siang hari dia ralit bermain dan jika dia minta sekalipun, saya akan tawarkan susu segar sahaja. Alhamdulillah, danish tidak membantah. Saya selalu ulang macam ni, "Adik dah besar, dah tak boleh minum susu ummi tau!" - semenjak usia danish mencecah 2 thn. Dalam sehari, dua tiga kali saya ulang benda yang sama. Saja nak psiko danish supaya nanti senang nak ceraikan susu.

Dan sekarang, apabila datang bulan, nipple agak terasa sakit apabila danish menyusu.  Saya fikir, mungkin dah sampai masanya untuk danish berhenti menyusu badan. Danish pun dah seakan mentally prepared utk wean-off. Jika danish minta menyusu sebelum tidur, saya akan ulang ayat yang sama.

Untuk malam yang pertama, danish menangis bila saya kata dia tak boleh minum susu ummi. Danish menangis, tapi menangis sekejap jer. Bila saya peluk danish dan letakkan muka danish di dada, dia terus tidur. Saya lega!

Malam kedua, saya ulang ayat yang sama. Danish dah tak menangis tapi ada sedikit raut sedih dimukanya. Cepat-cepat saya peluk danish dan lekapkan mukanya di dada. Sekali lagi danish tidur dalam dakapan saya.

Malam ketiga, danish minta lagi nak susu. Saya tak terus tolak, tapi cuba gantikan dengan susu segar. Danish setuju dan tak sempat pun susu habis, danish dah tidur. Dan untuk malam malam yang seterusnya, danish minta susu dan saya gantikan dengan segar sebelum tidur. Alhamdulillah, misi menceraikan susu untuk danish berjalan lancar.

Tamatlah perjalanan menyusu saya buat anak yang ketiga, Ahmad Danish. Tempoh menyusu yang paling lama jika dibandingkan dengan si abang dan si kakak. Terima kasih Ya Allah, akhirnya saya berjaya menyusukan anak sehingga 2 tahun 2 bulan. 
Danish yang dah besar :)


NuKilaN:
 

Tuesday, March 6, 2012

ZzZZzZZzZZz

Senang nyer danish tidur. Gambar ni disnap lepas saya saya siap basuh pinggan di dapur pada suatu malam.
 saya ambil kamera dan snap gambar ni
posisi awal
betulkan sikit sebab nak ambil gambar 
kesian pulak tengok
penat menunggu "milk bar"

NuKilaN:
 

Monday, February 27, 2012

dua tahun - Alhamdulillah :)

Sepatutnya saya tulis entry ni minggu lepas, iaitu pada tarikh yang sangat bermakna buat saya, 20/2/2012. Dah jadi belated entry pula :)

Pada 20 Feb lepas, danish genap dua tahun. Dengan ini, saya ingin meraikan kejayaan saya kerana berjaya menyusukan danish selama dua tahun. Alhamdulillah, sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk menyusukan permata hati yang ketiga dengan susu badan sepenuhnya. Terima kasih Allah, finally I did it!

Segala sokongan rakan-rakan di alam maya selama ini juga sangat saya hargai. Terima kasih yer kawan-kawan kerana membantu saya melangkah sejauh ini dalam penyusuan :)

Sehingga hari ini pun, danish masih lagi menyusu. Belum ada sebarang pelan dalam fikiran untuk menceraikan susu. Biarlah danish menyusu sebanyak mana yang dia nak. Selagi saya mampu dan keadaan mengizinkan, menyusu lah sepuasnya sayang! Cuma sekarang saya akan menyusu mengikut permintaan danish :)

 danish bila bercerita
siap tangan pun gerak sama

Happy belated birthday, danish!
Love you very much.. muuuahh!
Jadi anak dan adik yang baik yer... jgn selalu buli abang dan kakak :)

NuKilaN:
 

Wednesday, December 7, 2011

1 thn 9 bulan 2 minggu

Dah lama tak update pasal danish. Bila tengok ticker di side bar, baru sedar yang danish akan melangkah ke usia dua tahun dalam tempoh 2 bulan setengah lagi. Ini bermakna tinggal lagi dua bulan lebih untuk saya melengkapkan penyusuan susu ibu selama dua tahun untuk danish, Insya Allah.

Sebenarnya hari Isnin lepas (5/12/2011) saya berpeluang bawa danish ke klinik untuk dapatkan imunisasi yang terakhir iaitu DTP. Ia sepatutnya diberi semasa kanak-kanak berumur 18 bulan tapi saya dah terlajak 3 bulan. Tapi, "better late than never, kan?". Hihihi, ayat nak cover line.

Semasa doktor nak cucuk tu, danish langsung tak melawan bila saya baringkannya meniarap dan pegang kedua tangan dan kakinya. Biasanya bila baringkan tu danish akan melawan dan dia mula menangis. Tapi, kali ni danish memberikan kerjasama dengan baik sekali. Saya ingatkan danish akan meraung bila doktor cucuk. Tapi sangkaan saya meleset sekali. Danish masih lagi cool seperti tiada apa yang berlaku. Fuhh, lega saya dibuatnya.

Lagi satu, doktor ada bekalkan paracetamol takut Danish demam. Alhamdulillah, danish langsung tak demam. Bila tak demam, doktor kata kena beri minum ubat cacing setiap 6 bulan sekali. Kemudian baru saya ingat, Aisyah dan Irfan pun dah lama tak minum ubat cacing. Ishh, teruk betul ummi dia orang ni... hhuhuhu

Setiap kali sebelum cucuk, danish kena timbang berat. Ingatkan berat danish dah mencecah 10 kg, tapi baru 9.5 kg. Sama mcm si kakak juga. Kalau si abang, masa 1 thn dah berat 10 kg.

Gambar ni menunjukkan hobi danish sekarang.
Suka sangat buka seluar dengan sendiri kemudian pakai semula seluar tu. Tapi kebarangkalian danish akan pakai semula seluar yang telah dibuka adalah sangat rendah (dalam 30% kot!). 

NuKilaN:
 

Sunday, October 30, 2011

elak bayi menggigit semasa menyusu

Dalam entry lepas, saya ada kongsi cerita berkaitan hobi danish yang suka menggigit. Tapi saya masih lagi bernasib baik sebab setakat ini, ketiga-tiga anak tidak pernah menggigit semasa menyusu.

Setiap kali dengar cerita kawan-kawan yang putingnya berdarah tiap kali digigit oleh bayinya, saya jadi sangat takut. Tak boleh nak bayangkan, puting sedang berdarah dan bayi masih lagi menyusu di nipple yang berdarah tersebut. Saya banyakkan membaca dan mencari tips untuk mengelakkan bayi menggigit semasa menyusu.

Untuk ketiga-tiga anak, saya selalu amalkan dua perkara berikut:

Pertama, sebelum bayi tumbuh gigi, saya selalu bersembang dengan bayi semasa menyusu. Setiap kali bayi cuba menggigit puting, saya selalu ingatkan supaya jangan berbuat demikian bila dah tumbuh gigi. Saya selalu cakap, "Adik, bila dah ada gigi, jangan gigit ummi tau... nanti kalau ummi sakit, adik juga yang tak dapat minum susu ummi."

Kedua, bila bayi tiba-tiba menggigit semasa menyusu, jangan sekali-kali menjerit. Jika kita menjerit, bayi akan tersilap faham. Bayi ingatkan kita seronok dengan gigitannya. Jadi dia akan terus menggigit untuk terus bergurau dengan si ibu.

Untuk mengelakkan salah faham ini, cuba bertenang tiap kali digigit. Apa yang saya buat, saya cuba hentikan  penyusuan dan dengan memandang tepat ke mata si bayi, saya akan beri amaran, "Kalau lagi sekali adik gigit ummi, ummi dah tak nak kasi susu ummi kat adik!" dengan nada yang sedikit tegas dan muka yang sedikit garang supaya bayi tidak mengulangi perlakuannya. Setakat ini, ketiga-tiga anak terkesan dengan amaran yang diberikan :)

pic from google

Mommies:: jom la share  pengalaman/petua mummy :)

NuKilaN:
 

Monday, April 25, 2011

dah tak mengepam

Bila tengok ticker danish kat sebelah
hari ni danish dah berumur 1 tahun 2 bulan 5 hari
ini bermakna, dah dua bulan lebih danish tak minum ebm
tapi masih lagi menyusu susu umi sepenuhnya
dah pelbagai usaha yang dilakukan
especially cadangan dari mommies dari entry lepas
tapi masih tak menampakkan hasil
lastly, saya terpaksa terima hakikat
danish  nak direct feeding jer
huhuhu, banyak juga ebm yg dah dikorbankan
sbb dah tamat tarikh

dan sekarang, saya dah tak mengepam kat pejabat
sebelum ke pejabat, kena menyusu danish kenyang2
nasib baik kerja saya tak perlu punch card 
eh pembetulan, bukan tak perlu punch card
punch card jugak, tapi waktu kerja lebih fleksibel
tgh hari pun balik rumah utk menyusu

nasib baik rumah dan opis dekat jer
dalam 10 minit driving
(kalau laju, 5 minit dah sampai, hihihi)
kekadang tu mmg penat jugak
especially cuaca sekrang ni yg sgt panas masa tgh hari
tp penat tu akan hilang bila tgk muka danish 
muka yg bkn main gembira bila tgk ummi balik
dan boleh minum susu umminya yg sedap :)
betul tak danish?
mula mula risau jugak takut susu makin berkurang
tapi alhamdulillah, production masih lagi maintain
let down masih boleh dirasai semasa menyusu
bila menyusu sebelah kiri, baju belah kanan mesti basah
Ya Allah, permudahkan urusan ku
dalam menyusukan danish sehingga dua tahun... Amin!
Doakan saya yer kawan-kawan :)

NuKilaN:

Thursday, March 10, 2011

sambutan birthday danish

Dalam kesibukan yang amat dua tiga minggu lepas
sempat juga celebrate besday danish
anak anak lain mmg potong kek masa birthday pertama
rasa ralat pula kalau tak belikan kek utk danish

lagi pun hari tu (20/2/2011) sgt bermakna tau
danish genap setahun means my bf journey pun dah genap sethn
Alhamdulillah, syukur sgt pada Nya
diberi peluang utk menyusukan danish selama setahun
Insya Allah, misi ini akan diteruskan sehingga 2 thn
semoga dipermudahkan oleh Nya... amin!

celebrate kecik kecik jer
just beli kek + satu set ayam kfc
tu pun tak berhabisan utk kami berlapan
aik, kenapa berlapan?
hehehe, kami sekeluarga dah ada lima
abah, ummi, irfan, aisyah, danish
campur tok ummi, mak sedara sebelah rumah
and our maid
then, enjoy the piccas...
birthday boy... bila tanya mana gigi
mesti tunjuk mcm ni
kek birthday
sbb nak cepat, 1st birhday pun lupa nak tulis
irfan dan aisyah yang sabar menunggu
anak anak bergambar bersama
NuKilaN:
 

Thursday, February 17, 2011

kena stop mengepam ke?

Salam semua...
Ermm, nak mintak pandangan BF mommy skit
dah hampir dua minggu sebenarnya perkara ni berlarutan
danish skrang ni dah tak nak minum susu yg dipam @ EBM
huhuhu, sedih sangat tau
susu yang dicairkan langsung tak disentuh
kalau panaskan 2 oz susu, jawabnya 2 oz jugak la yang kena buang
kalau paksa jugak, jawabnya dia duk gigit gigit jer puting
langsung tak nak hisap
dah cuba bagi minum pakai cawan... dia tolak
cuba bagi EBM pakai syringe... pun dia tolak
buntu betul dibuatnya

Masa minggu pertama danish buat hal mcm ni sy mcm tak kisah sgt
mungkin sbb dia bengkak gusi
so, dia refuse EBM
kekadang tu rasa happy jugak
sbb at least boleh simpan buat stok
teruk betul ummi danish ni

Bila gigi danish dah keluar, dia masih xnak minum EBM
terus gundah gulana dibuatnya
stok dalam fridge semakin bertambah 
even fresh EBM yang saya baru pam di pejabat pun danish xnak minum
 Sanggup dia berlapar tunggu saya balik tgh hari utk menyusu
Tapi, mungkin juga dia tak lapar
sbb dah makan makanan pejal sekrang ni
Adakah keadan ini normal utk bayi yg dah nak masuk setahun?
lagi tiga hari danish genap setahun :)

p/s: harap ada mommyy yg sudi berkongsi pendapat


NuKilaN:

Sunday, November 21, 2010

danish @ 9 months

Kelmarin, 20 Nov 2010, danish dah genap 9 bulan
Tak sempat nak update semalam
Ni dia gambar budak yg dah makin besar

muka geram nak ambil kamera ni....
danish belum pandai merangkak
 masih dalam proses nak merangkak
sbb montot agak berat
bila angkat jer montot
terus masuk gear undur
asyik mengundur ke belakang
hehehe
kelakar betul

tp, tu normal sebenarnya
sebab otot tangan danish masih belum kuat
berbanding otot kaki
(terbaca pasal ni somewhere)
irfan dan asiyah pun macam tu jugak
sebelum boleh  merangkak dengan betul
mesti merangkak ke belakang dulu

makan pun banyak sekarang ni
mulut pun dah semakin bising
suka sangat bercakap bahasa baby
bila nak gi jalan naik kereta
dan irfan baca doa naik kereta
danish pun bising sama ikut abg baca doa
sweet kan pengalaman mcm ni :)

dah lama tak bawak danish gi klinik
agaknya, dah berapa kg la danish skrang ni
org kelate kata
danish dah semakin 'atap'
'atap' = berat
org tua2 kelate kata
baby tak boleh kata berat
kena sebut 'atap'
tp sebabnya, saya pun tak tahu
ada sesiapa tak yg boleh beri penjelasan?

dan
my bf journey
lagi 3 bulan utk genap setahun
semoga dipermudahkan oleh-Nya... amin!
caiyok caiyok!

NuKilaN:
 

Monday, November 15, 2010

tempoh mengepam

Just nak share pengalaman.
Ada beberapa teman tanya pasal ni.
Kadang-kadang masa mengepam pun ada orang tanya.
"Biasa kak nur mengepam berapa lama yer?"
So saya jawab,
"Biasanya akak tunggu sampai dua kali let down"

Masa mengepam tu sebenarnya bergantung pada let down
kalau let down tu datang cepat
dalam 10 minit dah siap
kalau time susah nak dapat let down
(especially when running with time)
mahu 20 - 30 minit jugak nak dpt dua kali let down tu



Sbb tu untungnya guna s3
boleh guna dual pumping
sangat menjimatkan masa
Kalau rujuk pada manual s3
masa yang disarankan utk mengepam antara 15 - 20 minit
apa-apa pun, ia bergantung pada badan seseorang :)

NuKilaN:
 

Thursday, November 4, 2010

botol susu

Saya ada dua jenis botol yang digunakan untuk menyimpan ebm. Botol MLO dan Bumblee Bee. Untuk menyusu pula, danish gunakan botol dari Pigeon. Yang best nyer botol pigeon ni adalah part putingnya yang peristaltic. Sangat la lembut.

Since irfan lagi saya gunakan botol susu jenis ni, sampai la adiknya danish. Sebab dulu masa irfan umur 5 bulan, tetiba dia jadi keliru puting. Tak nak minum susu pakai botol, nak direct bf jer. Risau sangat time tu. Macam mana nak tinggal bila pergi kerja? Berjenis-jenis botol dan puting susu yang ada kat pasaran saya cuba. Sampai la saya cuba produk ni, baru irfan boleh terima. So far bagi aisyah dan danish, tak pernah pula keliru puting bila guna produk ni :)

dari kiri: pigeon, MLO dan bumble bee

Untuk storage bottle pula, saya ada 12 botol MLO dan 20 botol bumble bee. Kalau dibandingkan antara MLO dan Bumblee Bee, saya lagi suka guna MLO. Selain daripada rekabentuknya yg sgt cute, saya suka sgt part skalanya. Setiap auns dia ada letak penghargaan utk si ibu spt berikut:

                              1 oz - Tq mum!
                              2 oz - You're the best!
                              3 oz - You're superb!
                              4 oz - You're awesome!
                              5 oz - Love u mum!

Bagi ibu yg x byk susu mcm saya ni, seronok sgt bila baca kata-kata perangsang mcm ni. Terasa seolah-olah sangat dihargai walaupun dapat 1 oz shj utk sekali pam :)

Berbeza dengan botol bumble bee, skalanya bermula dari 40 ml. Maksudnya, kalau dapat kurang dari 40 ml, tak boleh la nak sukat banyak mana susu yg kita dah dapat. Boleh down juga la time susu merudum.

Nak inteprem gambar danish yang dah pandai posing sekarang ni :)

Wednesday, November 3, 2010

ice pack cair

Masa bersiap nak pergi keje pagi tadi, skali saya tersentap bila tengok cooler bag... oooo, tidak! macam mana boleh terlupa ni... saya lupa masukkan ice pack dalam freezer! uwaaa... panik la jugak. nak buat mcm mana ni? nak balik tengah hari, malas nak berkejar sbb petang ada meeting. So, dengan hati yang masih sedih, saya ambil ice pack yg dah cair tu dan letak dalam freezer.

Kemudian, hati berbunga riang bila tengok ada beberapa ketul ais yang en suami buat menggunakan bekas dadih. Saya pun ambil jer empat bekas dan letak dalam cooler bag. Dalam pukul 12.10 pm, saya check cooler bag nak tengok ais tu cair ke tidak sebelum masukkan susu yang dah dipam. Taraaa.... cooler bag masih lagi sejuk dan ais baru mencair dalam 5%. Alhamdulillah, syukur sangat!
Tanpa buang masa, saya terus masukkan ebm dalam cooler bag :)

Hasil pam pukul 11.30 am dapat dalam 8 oz...
Alhamdulillah....

Sunday, October 31, 2010

Peraduan Dunia Susu Ibu (siri 1)


Bagaimana saya mengepam dan menguruskan susu ibu perahan (EBM) di tempat kerja/ di rumah?

Sharing is caring. Jom kita berkongsi pengalaman menguruskan EBM.

Biasanya pagi pagi selepas mandi, saya akan mengepam untuk sesi pagi.  Lepas tu, saya akan menyiapkan peralatan mengepam untuk dibawa ke tempat kerja. Semua peralatan menyusu saya bersihkan dan masukkan dalam beg menyusu. Corong pam dan botol susu berserta penutup saya letak dalam 'uncang' khas mcm kat bawah:
dry air pouch dari MLO

Disebabkan tempat kerja saya tidak mempunyai peti sejuk, saya menyediakan beg pendingin (cooler bag) dan bungkusan ais (ice pack) untuk menyimpan EBM. Kesemua peralatan mengepam saya letakkan dalam beg menyusu.
beg pendingin, mesin spectra, uncang MLO, bungkusan ais MLO yang diisikan dalam beg Reebok

Setiap hari, saya bekalkan EBM segar pada danish. Danish memerlukan 4 botol x 2.5 auns EBM setiap hari. Tapi saya akan pastikan ada lima botol EBM dalam peti sejuk sebelum ke tempat kerja. Bila tiba masa untuk menyusu, pembantu rumah cuma perlu panaskan EBM dalam air panas dalam 5 hingga 8 minit.

EBM segar untuk danish

Semasa di pejabat, saya cuma mengepam dua kali sahaja iaitu pukul 11 pagi dan pukul 3 petang. Selepas mengepam, saya terus membersihkan corong pam untuk kegunaan seterusnya. Hasil EBM saya tak terus masukkan dalam beg pendingin. Saya biarkan sekurang-kurangnya selama 30 minit sebelum dimasukkan ke dalam beg pendingin.

Apabila pulang ke rumah, saya terus masukkan EBM dalam beg pendingin ke dalam peti sejuk. Sebelum itu, saya isikan setiap botol dengan 2.5 auns EBM. Lebihan EBM yang ada dalam peti sejuk saya turunkan di bahagian dingin beku (freezer) sebagai stok EBM beku. Semasa nak masukkan EBM dalam bahagian dingin beku, baru saya letakkan tarikh sebagai rujukan. Untuk stok harian, saya tak letakkan tarikh sebab terus digunakan untuk keperluan danish.

Begitulah rutin harian saya menguruskan EBM untuk keperluan harian danish sepanjang saya berada di tempat kerja. Mommies yang lain macam mana pula?

Monday, August 30, 2010

cucuk 6 bulan - berat x naik?

Hari Sabtu lepas bawa danish gi klinik utk check up 6 bulan. So, kena cucuk dos yang kedua Hepatitis B. Danish ni mmg budak baik. Sikit pun tak nangis. Masa Dr cucuk jarum, danish rilek jer. Dia mcm terkejut skit masa Dr tarik keluar jarum. Nasib baik dia ok jer. Balik klinik, terus pegi shopping barang keperluan raya. Ramai betul orang. Nasib baik danish tak demam bila balik rumah :)

Berbalik pada check up masa kat klinik. Bila timbang, berat danish naik sikit jer. Bulan lepas 6.8 kg, berat sekarang 6.9 kg jer. Naik cuma 0.1 kg jer. Saya perasan, berat danish dah tak naik banyak sangat. Rekod berat danish lebih kurang mcm ni:
masa lahir - 2.7 kg
sebulan - 3.8 kg
dua bulan -5.1 kg
tiga bulan - 6.0 kg
empat bulan - 6.5 kg
lima bulan - 6.8 kg
enam bulan - 6.9 kg

Disebabkan berat danish x naik sgt, Dr pun mula tanya beberapa soalan.

Dr: Bagi minum susu apa?
Saya: Susu badan
Dr: Susu badan sepenuhnya ker?
Saya: A ah
Dr: Masa keje, pam la susu kat baby?
Saya: Ya, Dr. Tapi sekarang saya dah suap bubur nasi.
Dr: Ok la kalau mcm tu. Nanti lagi dua bulan datang timbang jer. Cucuk bila umur sethn pula.
Saya: Ok

Ingatkan Dr nak bagi cadangan, mcm mana nak naikkan berat danish. Tp muka dia mcm x puas hati jer bila saya kata menyusu badan sepenuhnya. Mungkin sbb bulan puasa kot, Dr pun macam malas jer nak cakap. Tp, normal ke kalau berat danish mcm ni?

Tuesday, August 17, 2010

tandem nursing + pumping

Hari ni dah cukup seminggu kita berpuasa. Badan pun dah dapat menyesuaikan diri menjalani ibadah puasa. Tak de la rasa penat sgt mcm hari pertama dan kedua. Production susu pula... macam hari hari biasa jugak, cukup untuk bekalan harian. Alhamdulillah!

Tapi, production susu belah kiri masih lagi mendukacitakan. Paling banyak pun boleh dapat 1.5 oz jer dari belah kiri.... huhuhu! Macam mana la nak dapatkan balik kuantiti macam dulu dulu. Saya sangat risau takut danish terus refuse minum susu dari belah kiri. Perkara ini telah berlaku semasa menyusukan irfan dan aisyah. Sekarang ni pun, dia asyik nak tarik jer, dan kadang kadang tu gigit kalau menyusu dari belah kiri. Mungkin geram sebab aliran susu tak berapa laju. Tapi dia buat perangai macam tu bila kita bagi juga dia menyusu walau pun dah kenyang. Kalau time danish lapar, dia akan menyusu tanpa sebarang masalah. Rasanya masalah ni dah berlarutan hampir sebulan.

Ada jugak buat tandem nursing seperti yang mommies cadangan. Mungkin disebabkan saya menggunakan s3, danish macam tertarik dengar bunyi mesin s3 (walaupun bunyi s3 dah agak senyap). Telinga lintah betul budak danish ni :). Danish juga suka sangat menendang manja botol susu yang saya pegang sebelah lagi semasa mengepam. Bila buat tandem nursing + pumping, memang boleh rasa let down tu datang cepat sangat. Tapi tu la, bunyi mesin pula yang menggangu danish. Nak menyusu sampai danish tertidur pun susah. Bila dah kenyang, sibuk jer nak tarik botol yg saya pegang. Kadang kadang buat saya terfikir, patutkah saya dapatkan lagi satu pam manual? Tapi, pam manual ni betul betul senyap ke?

Bila dapatkan bantuan en google, macam berkenan jer pam manual kat bawah ni:
dan yang ni

Tapi, nak pilih yang mana satu yer??

Atau pun cara saya buat tandem nursing yang tak betul?
Ada tak mommies yang sudi kongsi cara dan pengalaman buat tandem nursing + pumping ni? Sangat memerlukan bantuan dari mommies semua....

Ok, la... nak balik dulu. Selamat berbuka!

Wednesday, August 4, 2010

lagi seminggu nak puasa

Hari ni dah Rabu. Pantas betul masa berlalu. Sedar tak sedar, lagi seminggu kita akan menyambut bulan Ramadhan. Sedikit sebanyak, hati ini sebenarnya sedang gundah gulana. Huhuhu, banyak betul soalan cepu mas yang sedang bermain di fikiran. Macam mana nak hadapi puasa dgn bf baby ni? Cukup tak susu utk baby? Kalau susu merudum, nak buat macam mana? Memang soalan soalan cepu mas ni takkan ada jawapan selagi belum hadapi puasa. Tidak, saya mesti positif. Susu saya cukup utk danish. Kena doa byk2 semoga perjalanan bf di bulan Ramadhan nanti dipermudahkan oleh-Nya, Insya Allah.

Sekarang ni pun, stok beku EBM masih lagi tahap mendukacitakan. Rasanya dah hampir dua minggu tak sempat buat stok beku. Yang lebih menyedihkan, sehari dua ni beberapa botol stok EBM beku terpaksa digunakan sebab permintaan melebihi pengeluaran. Sekarang permintaan danish dah meningkat. Dalam sehari, danish minum 3 oz x 4 = 12 oz. Sebelum ni, 2 - 2.5 oz jer. Sekarang dah up kpd 3 oz. Permintaan terhadap EBM semakin meningkat tapi tahap pengeluaran EBM pula sangat menyedihkan. Dalam sehari, saya boleh hasilkan dalam 10 oz sahaja (dr dua sesi mengepam - sikit sgt kan?). Masalah sekarang, B saya sebelah kiri tak banyak hasilkan susu. Kalau mengepam sebelum ni, hasil tenusu yang saya dapat hampir sama jer dari B kiri dan kanan. Macam dalam pic kat bawah....
Memang happy sgt bila sekali pam dapat hampir 8 oz. Tapi sekarang ni, B sebelah kiri macam bermasalah sikit. Paling banyak pun boleh dapat 2 oz jer dari B sebelah kiri. Kadang kadang nak dapat 1 oz pun susah dari B sebelah kiri. Mommies kat luar sana pernah tak alami masalah macam saya ni? Harapnya, ada mommies yang sudi membantu.... huhuhu!

So, sekarang mmg saya tambah sesi mengepam. Jadual mengepam yg saya cuba ikut:
7.00 am
9.30 am
12.00 pm
tgh hari, balik rumah direct bf
 4.45 pm

Hasil ebm yang saya dapat semalam:
7.00 am - 2 oz
9.30 am - 4 oz
12.00 pm - 3 oz
4.45 pm - 2.5 oz
So, total saya dapat 11.5 oz. Masih tak cukup utk bekalan harian :(

Hari ni pula....
7.00 pm - 1 oz
9.30 am - 3 oz
12.00 pm - 3 oz
4.45 pm - 2.5 oz (update)


Kalau tengok pada pic yg terkini tu, nampak sangat perbezaan hasil ebm dari sebelah kiri dan kanan, kan? Tetiba pula teringat lagu Raihan.... Ingat lima perkara, sebelum lima perkara.... huhuhu, time mcm ni, rindu sangat masa susu masih meriah... tp kalau menyesal pun tak de guna pun, kena lipat gandakan usaha lagi ni :)

Saturday, July 31, 2010

susu ibu baik utk ibu dan bayi

Kebaikan untuk ibu:
  • membantu mengecutkan rahim selepas bersalin dan mengurangkan pendarahan
  • menjarakkan kehamilan secara semulajadi - biasanya cuma boleh dijamin bagi ibu yang eksklusif bf untuk enam bulan pertama sahaja. Lepas enam bulan tu, mmg kena guna perancang kalau tak nak mengandung lagi jika haid dah datang. Tapi saya jenis yang lambat datang haid lepas bersalin. Lepas bersalinkan irfan, irfan umur 11 bulan baru 'angkat bendera'. Lepas empat kali angkat bendera, terus pregnantkan aisyah. Aisyah lahir bila irfan cukup 2 thn. Then lepas bersalinkan aisyah pula, umur aisyah 9 bulan dah kena angkat bendera sbb aisyah kurang menyusu badan. Lepas tu mmg buat perancangan sendiri sbb nak tunggu aisyah besar skit baru nak bagi aisyah adik. Dan sekarang umur danish dah 5 bulan lebih, saya belum angkat bendera lagi. Harapnya, tunggu danish setahun dulu la baru bendera tu datang :)
  • mengurangkan risriko kanser payudara dan ovari
  • mengurangkan risiko penyakit osteoperosis
  • membantu ibu kembali ke berat asal selepas melahirkan bayi - Bila menyusu, lemak yang ada dalam badan ibu akan ditukarkan kepada susu yang diminum oleh bayi. Jadi lemak yang terkumpul dalam badan ibu semasa mengandung akan cepat hilang apabila ibu menyusukan bayinya. Perubahan berat badan saya sebelum pregnant dan selepas bersalin memang sangat ketara. Ramai teman sekerja menegur perubahan bentuk badan saya selepas bersalin. Saya pun apalagi, terus promosi susu ibu kalau nak lebih kurus lepas bersalin. Seluar dan baju zaman belajar kat U pun boleh muat balik. Memang happy sgt!
  • mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak - Masa menyusu, kita boleh bergurau dan main main dengan baby kita. Masa menyusu juga la, kita boleh tilik muka anak kita. Masa tu la baru nampak, ada kesan gigitan nyamuk rupanya. Tp yang paling penting, danish kenal saya ni ummi dia. Takut nanti dia tertukar dengan maid. Huhuhu, maklumlah asyik maid jer yg jaga dia kat umah masa saya kerja. Jeles tau bila tgk anak rapat dgn maid! Nasib baik ada susu ibu sbg penyelamat :)
Kebaikan untuk bayi
  • kandungan kolestrum dalam susu ibu yang awal merupakan imunisasi pertama bayi - Tak boleh cari kat mana mana. Hanya kita yang boleh bagi kolestrum kat baby kita. Alangkah ruginya kalau tak bf...
  • mengurangkan masalah alergi - susu ibu tak allergi kepada bayi. Ada juga bayi yang alah kepada susu lembu, jadi kena bagi susu soya. Banyak kos kena belanja bila nak beli susu soya jer!
  • mengurangkan masalah penghadaman -
  • membekalkan zat zat dan juga sumber nutrisi untuk pembesaran optimum
  • mengurangkan risiko obesiti dan juga diabetes untuk bayi apabila dewasa kelak
  • kajian menunjukkan bayi yang menyusu badan mempunyai perkembangan intelek yang lebih baik - Insya Allah, semoga anak anak membesar dengan bijak. Harapan semua ibu bapa semoga anaknya menjadi insan yang bijak pandai bila besar nanti!
Kebaikan untuk keluarga
  • mengurangkan kos perbelanjaan kerana tidak perlu membeli susu formula - Memang jimat sangat! Tak perlu keluar belanja setiap bulan untum beli FM. Cuma buat pelaburan sikit untuk beli pam dan segala aksesori untuk menyimpan susu. Lepas tu kepala dah tak pening nak fikir tantang belanja susu anak. Best best!
  • mengurangkan kos perubatan kerana bayi kurang sakit
  • merapatkan hubungan kekeluargaan
Kebaikan untuk masyarakat
  • mesra alam sekitar - mengurangkan pencemaran dan melindungi alam sekitar kerana tidak perlu menggunakan sebarang pemprosesan, pembungkusan dan pemasaran
  • menjimatkan kos perbelanjaan perubatan sesebuah negara untuk merawat masalah seperti jangkitan telinga, cirit birit, dan masalah pernafasan yang sering berlaku kepada bayi dan kanak kanak
  • mengurangkan kos untuk mengimport susu formula dari luar negara yang secara langsung akan membantu pertumbuhan ekonomi negara - baru tahu, rupanya kita import susu dari luar negara. Harapnya dapatlah bonus tahun ni sebab dah membantu negara berjimat :)

**sumber Pa&Ma, Ogos 2010
* yg tulisan kecil tu, just my point of view. Kalau salah, tolong betulkan yer mommies2 :)

Sunday, July 4, 2010

pengalaman EBM musnah

Masa mula- mula masuk kerja, mmg ada juga buat stok EBM beku. Saya letak dalam bekas dadih. Setiap bekas, saya isi dalam 2 - 2.5 oz EBM. Walaupun stok tak banyak sangat, dapatlah jugak la dalam 20 bekas. Tapi malangnya, semua sekali terpaksa dilupuskan macam tu jer sebab freezer byk sgt frost. So, bila dah defrost... frost cair, EBM pun cair.. huhuhu, sedih sangat time tu! Tapi nak buat macam mana, benda dah terjadi. Ini la risiko bila ada fridge satu pintu. Biasanya kalau frigde yg dua pintu, mmg takde frost bhgn freezer.

Lepas jer kejadian tu, saya pun dah tak buat stok EBM beku. Saya bekalkan danish dengan fresh EBM setiap hari. Alhamdulillah, saya dapat bertahan bekalkan danish dengan fresh EBM. Sehinggalah terjadi satu lagi tragedi yg tak dapat saya lupakan sampai bila bila. Stok fresh EBM saya habis musnah semua sekali sbb pintu fridge tak tutup rapat. Tak tahu pulak kerja siapa, sama ada aisyah atau irfan.

Biasanya lepas sembahyang subuh, saya akan terus mengepam. Masa tu tak perasan lagi pintu fridge tak tutup rapat. Lepas mengepam dan nak masukkan EBM dalam fridge, mmg terkejut sgt bila sedar yg pintu yang tak bertutup rapat. Perasaan masa tu, hanya Allah saja yang tahu. Saya beristigfar banyak banyak dan cuba bertenang. Saya pun rasa EBM yang ada dalam fridge satu persatu. Uwaa... dah tak boleh nak guna! Mmg dah nak nangis dah masa tu sbb semua skali EBM dan rosak. Kalau nangis pun tak guna, bukan boleh kembalikan EBM tu pun. So, time kritikal mcm tu kena fikir dengan lebih waras. Nak snap gambar EBM pun xde mood :(

Nasib baik dapat banyak juga EBM yang dipam pagi tu. Dapat la dalam 3 botol x 2 oz. Cukup untuk 3 kali penyusuan. Sebelum tu, saya tak pernah lagi guna double pump sbb sayang nak guna. Bila dah jadi mcm ni, terpaksa juga guna utk dapatkan EBM yg optimum. Apa yang saya buat, setiap dua jam sekali saya akan mengepam (guna double pump). Walaupun dapat dalam 1 oz pun setiap kali mengepam, mmg rasa syukur sangat. Dalam masa yang sama, saya gugle kat internet cari maklumat pasal makanan dalam kategori milk booster dan tanya kawan kawan dalam facebook. Sejak itu jugalah saya mula makan lobak putih dan air longan kering+kurma merah. Saya juga banyakkan makan buah kurma dan minum air barli, horlick. Waktu malam pun saya bangun untuk mengepam. Sebelum ni mmg malas sangat nak bangun malam utk mengepam.

Alhamdulillah, atas sokongan keluarga dan kawan kawan, saya mampu survive. Terima kasih pada semua. Kalau tak silap, dua hari selepas kejadian bekalan EBM sangat melimpah ruah. Mungkin hasil pengambilan milk booster dan mengepam setiap dua jam. Tapi yang penting, mind set kena sentiasa positif. Tak boleh rasa tertekan, baru susu pun bleh keluar dengan lancar.

Tetapi, apa yang berlaku memang ada hikmahnya. Ia mengajar saya supaya buat stok EBM beku, makan makanan penambah susu dan kena rajin mengepam. Tapi yang lagi best, lepas tu en suami dah bagi green light nak beli deep freezer. Yippie... seronoknya, boleh beli deep freezer....sayaaang abg!


Related Posts with Thumbnails