Showing posts with label Legoland. Show all posts
Showing posts with label Legoland. Show all posts

Thursday, April 4, 2019

Pas tahunan legoland

Salah satu sebab kenapa kami ke Legoland masa cuti sekolah lepas adalah untuk buat pas tahunan legoland.
Kebetulan masa bulan Feb lepas, ada promosi utk triple park: theme park, water park dan sea life.
Untuk dewasa RM 239 dan kanak-kanak RM190. Murahkan?
Jadi dalam setahun ni boleh la ulang alik masuk ketiga-tiga park tu :)

Kalau ikutkan rekod, ni pas tahunan legoland kami yang ke-3.
Pas 2: Merlin Pass (termasuk Legoland)
Memang kami ni hantu legoland.. haahaha

Dah, jom layan gambar.
Letak kat blog buat kenangan.

Sementara menunggu, kita tengok dulu map yer...
Puas tengok map, kita posing pulak..


Ni muka bosan tahap gaban dah ni.. lama juga nak dapat giliran. Kalau tak silap, kami dapat no 16.
Sampai giliran kami, sorang sorang dipanggil untuk diambil gambar.



Yeay, kad dah siap.
Harapnya lepas ni ada lagi peluang kami utk ke sana.
Anak2 tak sabar nak ke Sealife.



Wednesday, April 3, 2019

Gagal lesen memandu

Cuti sekolah minggu lepas, kami bawa anak2 pergi Legoland. 
Nanti ada masa harapnya sempat up entry.
Yg kami pergi tahun 2017 pun belum buat entry... hahhaa

Tapi hari ni nak cerita pasal Aina dulu.
Meh kita tengok gambar.

Mula2, sporting jer dia ambil gambar utk buat lesen kereta.

Sempat lagi posing masa mula2 masuk kereta.
Nampak dia macam eksaited nak memandu.


Bila saya tinggalkan dia dan keluar tunggu di luar, nampak Aina dah mula cemas.
Tak lama lepas tu dia terus meraung... hahaha

Tengok tu, beria menangis.. nak ummi... nak ummi...
Aina, Aina.. habis hilang keayuan bila nangis.
Jadi saya cakap kat adik yg jaga untuk keluarkan dia.

Maka, di umur 3 tahun, Aina masih lg gagal lesen memandu.. kikiki

Thursday, January 29, 2015

Pirate show @Legoland Windsor

Kalau ke Legoland Windsor, jangan lupa tengok persembahan lanun2 ni kat Pirate Shore.
Memang persembahan yang sangat best!
Aksi mereka sangat mendebarkan dan juga mencuit hati.
Dengan selambanya mereka terjun dari menara yang tinggi ni...
Tinggi tu satu hal, tak sejuk ke mereka berenang dalam air tu. Dah la masa tu musim autumn, suhu bawah 15 degree celcius.

Lepas persembahan, ambil peluang beramah mesra dengan lanun dan lanin (aci lah yg pompuan panggil lanin) pula...

Semua muka ceria dapat bergambar dengan lanun yang hensem dan lanin yang gorges....
 Hari kedua kami kat legoland terserempak lagi dengan lanun hensem dan mesra alam tu...
Haruslah bergambar lagi sekali :)

NuKilaN:
 

Monday, January 26, 2015

Legoland lagi...

Monday blues katanya...
Jadi layan gambar budak budak  bertiga masa ke Legoland Ahad lepas...
Eh, gambar kelamrin lah tu sebab hari ni kan baru Isnin...

Mula2 bergambar dgn harry potter...
Nak juga posing dgn kereta lumba...
Sementara tunggu giliran nak masuk, boleh layan lego dulu...
Danish yg request nak bergambar dgn pakcik polis ni...
Dah ready kad merlin ni siap2 masa beratur...
Bulan depan kad ni dah expired... huhuhu...

Tempat pertama yang kami singgah adalah Lego Factory... iaitu sesi penerangan mcm mana lego dihasilkan...
Tengok tu, beria Danish angkat tangan bila mereka nak dua orang volunter to push one machine...
Tak sempat pula snap gambar Danish tolak machine tu....

Next, Irfan pula terpilih utk pusingkan mesin yang lain....
Keluar dari Lego factory, masing2 dapat satu keping Lego utk dibawa balik...

Lepas tu belajar memandu pulak... Danish yg khusyuk memandu...
Kemudian bersuka ria di kawasan permainan....
Irfan dan Aisyah dgn kereta ciptaan masing2...
Lepas design kereta, boleh test kat litar kereta siapa paling laju....

Sempat juga pau ummi kat Legoland store sebelum balik....
Sebelah Legoland Manchster, ada Sealife...
Mula lah mereka merengek nak masuk SeaLife pula...

Friday, November 28, 2014

LDC Unlimited Annual Pass

*LDC - Legoland Discovery Centre



Selain Merlin Pass, kami juga pernah buat LDC unlimited annual pass untuk satu keluarga (seperti yg saya cerita dalam entry ni).
Kebetulan masa tu Danish masih free, jadi boleh beli unlimited family pass dengan harga GBP75 untuk setahun. Jadi boleh ulang masuk legoland kat manchester byk mana pun :)


Kelebihan bila ada kad ni:
Kalau mommies perasan, harga pass ni tanpa promosi adalah GBP120. Jadi kena tunggu promosi dulu baru berbaloi nak beli :)

Untung juga beli pass ni sebab dapat sekali entry ke Legoland windsor. Harga untuk ke Legoland windsor for family of four (2 adults+2 kids) ialah GBP 169.20 seperti yang saya cerita dalam entry ni. Daripada beli tiket nak masuk legoland windsor, baik beli LDC pass ni sebab lagi untung berganda-ganda :)

Legoland kat Manchester ni tak besar sangat sebab dalam bangunan...
Bila dalam bangunan, musim sejuk pun boleh luangkan masa kat sini. Budak-budak ni dapat main lego pun dah bukan main eksaited sangat. Mereka boleh luangkan masa berjam jam kat kawasan ni jer...
Rekabentuk kereta lumba... lepas tu test kereta siapa yang paling laju. Ada litar disediakan untuk test kereta siapa yang paling power. Tu yang mereka ralit design kereta yang tahan lasak dan paling laju :)

Danish dan Aisyah pula suka luangkan masa kat playground ni....
Ada byk soft lego bricks untuk mereka berimaginasi...
Detail utk tarikan2 lain kat Legoland Manchester ni saya akan buat satu entry khas.
Nanti senang buat rujukan kawan2.
Selalu ramai juga yang tanya, "Best ke legoland Mancheter ni?".
Bagi saya, dua2 legoland (Manchester dan Windsor) memang best!

NuKilaN:
 

Thursday, April 17, 2014

Legoland di UK

Yang setakat saya tahu, ada dua Legoland kat UK ni. Satu yang indoor dan lagi satu yg outdoor.

Ni Legoland Discovery Centre, Manchester., iaitu legoland dalam bangunan dua tingkat berdekatan dgn The Trafford Centre.
Bila dalam bangunan, ruang tu takde la besar sgt. Pilihan attraction pun tak berapa banyak. Tapi kebaikannya, bila bila masa kita boleh pergi. Tak kira musim, tak kira cuaca. Walau pun ruang bermain yg agak terhad, kadang2 satu hari juga kami spent masa dalam tu. Anak-anak bila jumpa lego, mana boleh main kejap kejap. Semua benda dia nak cuba :)

Legoland outdoor pula terletak di Windsor, London. Jauh sikit la dari tempat kami. Kalau pergi, sah-sah kena bermalam.
Saja nak tunjuk resit berapa kena bayar utk family kami (2 adults, 2 children sbb Danish masih lagi free)....

Tapi sbb kami pemegang kad Legoland Discovery Centre, dapat sekali free entrance ke Legoland Windsor. Legoland Windsor ni mmg sgt2 luas. Satu hari nak tawaf dalam tu memang tak sempat. Tu tak termasuk kena beratur lagi utk naik ride. Kalau favorite ride, lagi la panjang masa beraturnya. Jadi paling kurang, dua hari kena spend masa kat dalam ni, baru la syok :)

NuKilaN:
 

Wednesday, February 26, 2014

WW ::: Danish pun vroom vroom jugak

Kelas memandu lesen L utk umo 3 hingga 5 tahun






Yang ni kat Legoland Windsor...
Yang Aisyah dan Irfan vroom vroom sebelum ni kat Legoland Manchester :)
psst, ni gambar tahun lepas :)

NuKilaN:
 

Related Posts with Thumbnails