Showing posts with label rujukan. Show all posts
Showing posts with label rujukan. Show all posts

Monday, March 16, 2015

Aplikasi tafsir al-Quran

Dalam entry "Sunrise" awal bulan ni, ada yg bertanya pasal aplikasi tafsir al-Quran yang saya letak dalam entry.
Saya gunakan aplikasi "Muslim Pro" dari Apple Store.
Kalau yang versi free, tak boleh download tafsir Quran.
Juga sangat limited untuk beberapa surah Quran sahaja.
Bila bayar, baru dapat aplikasi penuh - surah penuh (114) berserta dengan tafsir Quran.
Juga disertakan audio bacaan Quran.
Kita boleh pilih nak download semua surah, atau beberapa surah sahaja.

Ala, dah lupa berapa kena bayar.
Rasanya tak mahal, dalam 99pence (Kalau convert dalam RM5 kot).
Selain Quran, aplikasi ni juga membantu saya untuk menyemak waktu solat bila keluar jalan-jalan.
Dalam bahagian Qu'ran, ada empat tab berbeza - Surah, Juz, Daily dan Bookmarks.
Kalau perasan, bahagian Daily tu ada ni (2) dalam kurungan...
Maksudnya dah dua hari saya tak buka aplikasi ni utk baca Tafsir Quran.
Bagus juga aplikasi ni sebab boleh mengingatkan utk sentiasa baca Tafsir Quran.
Tak banyak, satu ayat setiap hari pun cukuplah.
Tu pun boleh juga lupa baca hingga dua hari... teruk betul!

Contoh screen ayat Qu'ran dan tafsirannya...

Tapi untuk baca Quran, saya lagi suka guna aplikasi QuraanMajeed.
Sebab menggunakan tulisan Rasm Uthmani...
Lagi satu boleh adjust screen besar atau kecil mengikut keperluan...
Yang ni saya belum beli yang versi berbayar.
Masih lagi guna yang versi percuma.
Jadi belum ada bahagian tafsir Quran.

Saturday, February 14, 2015

Tempat solat di motorway UK

Bermula esok, bermula cuti sekolah untuk February Half Term.
Cuti sekolah maknanya masa utk bawa anak2 jalan-jalan.
Sebenarnya hari Ahad ni kami akan menerima tetamu dari M'sia.
Dia datang sorang2, jadi haruslah jemput di Heathrow, London.
Tak sampai hati nak biarkan YB (Yang Bersara) turun naik flight sorang2.

Alang-alang ke London, Insya Allah akan terus panjang langkah hingga ke selatan UK.
Harapnya YB tak jet lag nanti.

Memandang perjalanan dari Bradford ke selatan UK mengambil masa melebihi 7 jam, jadi saya google tempat2 yang sesuai untuk solat.
Tempek kat sini biar senang nak rujuk...

 

Sumber dari sini.


NuKilaN:
 

Friday, February 6, 2015

Ajak, bukan suruh

Tertarik dengan gambar ni yang kawan share di FB....
Betul sangat!
Kalau suruh anak-anak solat, memang tak berapa nak jalan.
Tapi kalau cakap, "Pergi ambil wudhu, solat dengan ummi."
Ha, memang laju jer mereka ambil wudhu sebab nak solat sama-sama.

Kalau anak-anak seusia Aisyah yang dalam proses belajar solat, memang dia belum yakin nak solat sendirian.
Dia masih perlukan bimbingan untuk solat dengan betul.
Jadi kena solat sama-sama baru dia pun bersungguh.
Baru dia pun yakin untuk solat.

Cuma sekali sekala kena buat praktikal solat juga utk menyemak bacaan mereka dalam solat.
Jadi mereka kena baca kuat2 semua bacaan dalam solat.
Setakat ni bacaan dalam solat yang lain dah lulus, cuma masih perlu perkemaskan bacaan tahiyat akhir.

Dan sebagai mak ayah, selalu lah amalkan baca doa ni....
Insya Allah, semoga anak-anak kita sentiasa menjaga solat lima waktu....

Jangan suruh anak solat, tapi ajak anak solat sama-sama :)

Monday, October 20, 2014

Papan kenyataan maya

Saja nak tempek jadual sekolah anak-anak...
Senang nak rujuk bila anak-anak cuti sekolah....
Bila2 masa boleh rujuk...


Ralat: 21 Nov tu dah dibawa ke 10 Oct sempena raya haji.... Jadi tiada cuti sekolah di bulan November....

Dah namanya blog peribadi, kalendar sekolah anak pun tempek kat sini.
Hahahha, jangan marah!
Utk kemudahan tuan punya blog sahaja....
Tak komen kat entry ni pun tak apa :p

NuKilaN:
 
Related Posts with Thumbnails