Wednesday, February 29, 2012

WW ::: sedapnyer strawberry

 biasanya beli sekotak dgn 89 pence
kalau convert, 0.89 x  RM 4.8, berapa yer?
rasanya masih lagi murah :)
kadang-kadang time sale boleh dpt dua kotak dengan harga 1.50 pound
memang manis dan sedap
makan saja pun sodap
kalau blend buat stawberry lassi lagi sodap

NuKilaN:
 

Monday, February 27, 2012

dua tahun - Alhamdulillah :)

Sepatutnya saya tulis entry ni minggu lepas, iaitu pada tarikh yang sangat bermakna buat saya, 20/2/2012. Dah jadi belated entry pula :)

Pada 20 Feb lepas, danish genap dua tahun. Dengan ini, saya ingin meraikan kejayaan saya kerana berjaya menyusukan danish selama dua tahun. Alhamdulillah, sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk menyusukan permata hati yang ketiga dengan susu badan sepenuhnya. Terima kasih Allah, finally I did it!

Segala sokongan rakan-rakan di alam maya selama ini juga sangat saya hargai. Terima kasih yer kawan-kawan kerana membantu saya melangkah sejauh ini dalam penyusuan :)

Sehingga hari ini pun, danish masih lagi menyusu. Belum ada sebarang pelan dalam fikiran untuk menceraikan susu. Biarlah danish menyusu sebanyak mana yang dia nak. Selagi saya mampu dan keadaan mengizinkan, menyusu lah sepuasnya sayang! Cuma sekarang saya akan menyusu mengikut permintaan danish :)

 danish bila bercerita
siap tangan pun gerak sama

Happy belated birthday, danish!
Love you very much.. muuuahh!
Jadi anak dan adik yang baik yer... jgn selalu buli abang dan kakak :)

NuKilaN:
 

Sunday, February 26, 2012

sekolah

Irfan dan Aisyah dah mula sekolah di Princeville Primary School. Jarak dari rumah ke sekolah dalam 10 minit berjalan kaki. Memang trend kat sini parent hantar anak jalan kaki jer sebab jarak sekolah yang sangat dekat. Seronok tengok situasi sebelah pagi bila parent dan anak-anak berinringan pergi ke sekolah.

Untuk minggu yang pertama, mereka hanya ke sekolah separuh hari sahaja iaitu dari pukul 9 am - 12 pm. Kalau sekolah penuh dari pukul 9 am hingga 3.30 pm. Maka bermula esok, mereka akan mula sekolah penuh :)


Hari pertama sekolah, bila saya tanya seronok ke sekolah?

Jawapan Irfan: Ermm, best... tapi abg tak belajar apa-apa pun. Abang duk kat belakang tengok orang belajar. Lepas tu main kat luar dengan kawan.

Jawapan Aisyah: Seronok la ummi... kat sekolah kakak boleh main play doh. Mcm mcm kakak buat dengan playdough tu..... (bla bla bla... hihihi, jawapan Aisyah memang sangat panjang... tak larat nak taip satu satu)

Lagi satu, perasan tak book bag yg Irfan pegang tu. Memang beg buku yang sangat kecil kalau dibandingkan kat Malaysia. Irfan tak perlu bawak buku yang banyak ke sekolah. Sistem kat sini lebih banyak belajar melalui bermain. Itu yang buat mereka sangat seronok.

Harapan saya semoga mereka cepat membiasakan diri dengan sekolah baru. Risau juga takut mereka rasa tersisih sebab belum tahu communicate in English. Insya Allah, anak ummi boleh!

NuKilaN:
 

Tuesday, February 21, 2012

snow man lagi

Lagi sambungan kisah snow....

Disebabkan snow turun tanpa henti, sebelah malam salji dah sangat tebal. Sekali lagi saya ambil peluang membawa anak-anak keluar untuk main salji. Bila keluar dari rumah, Ya Allah, tak terucap rasanya. Pemandangan sangat cantik bila seluruh kawasan rumah dipenuhi dengan salji.

Bila salji dah tebal, sangat mudah nak buat snow jadi bulat. Apalagi, Irfan pun gigih bina snow man yang kedua.
 aktiviti golek bola salji
 tengok, kejap jer dah jadi bola besar

Ni video yaang sempat dirakam sebelum snow man siap
dari mana la irfan tahu badan snow man ada tiga
ummi main belasah letak dua jer, eekekeke
 taraa!!! dan siap pun snow man
walaupun tak berapa handsome,
saya sgt suka dengan hasil tangan irfan ni
 bergambar kenangan
mereka bertiga
si danish bukan main susah nak tangkap gambar

NuKilaN:
 

Wednesday, February 15, 2012

beras basmati

Walaupun duduk di negara orang, tapi kami dapat menikmati nasi setiap hari. Kat sini kami makan beras basmati. Harga 5kg beras adalah 5 pound. Kalau beli yang guni besar lagi murah, 15 pound utk 20 kg :)

Anak-anak memang suka makan beras basmati. Selalu sangat mereka meniru gaya iklan di TV. Kata mereka,"Ermm.... panjanggggg!". Hehehe, kat sini baru boleh makan beras basmati. Kalau kat Malaysia, jangan harap ummi nak beli beras macam ni. Mahal tau, beras siam lagi murah :)

Makan nasi kosong dengan ikan bilis pun dah sedap dengan beras basmati ni. Even bila saya goreng nasi, Aisyah masih request nak nasi putih makan dengan ikan bilis. Nyum nyum!

Danish pun banyak makan nasi sejak akhir-akhir ni. Badan danish juga nampak sedikit berisi. Tak pasti samada sebab cuaca yang sejuk atau sebab beras basmati tu sedap. Apa-apa pun, saya tetap happy sebab danish dah pandai nak makan nasi dan dah pandai minta nasi tambah :)

NuKilaN:
 

Friday, February 10, 2012

first snow man

Bila salji turun, anak-anak paling seronok. Aktiviti utama yang mereka selalu sebut adalah nak buat snow man. Saya cuma layankan saya permintaan mereka.

Sebelah petang, dalam pukul 3 petang salji belum tebal lagi. Lepas solat Asar, saya bawa anak-anak keluar untuk main snow. Tapi disebabkan salji belum tebal, hasil yang dapat tak berapa cantik.
snow yang masih belum tebal
snow man irfan sebelah kiri, yg kanan tu saya buat utk aisyah
sekali tengok mcm penguin jer yg sebelah kanan tu, hihihi

zoom in snow man irfan
bukan main gigih irfan kumpul salji nak buat snow man ni
hingga tak perasan letak mata tak sama tinggi
Ini lah snow man pertama Irfan
sama juga dengan saya
kali pertama dalam sejarah hidup dianugerahkan pengalaman mcm ni
Thank you Allah, Alhamdulillah :)

NuKilaN:
 

Thursday, February 9, 2012

malam panjang

Hari ni nak share soalan Irfan yang ditujukan khas kepada saya kelmarin. Bunyi soalan tu lebih kurang macam ni...

Irfan tanya...
Ummi, kenapa kalau kat Malaysia ummi pergi kerja pagi, balik kerja petang. Tapi kat negara org putih ni, ummi pergi kerja pagi tapi balik bila malam?

Terkedu saya dengar soalan mcm ni dari anak yang berumur tujuh tahun. Tapi saya cuba terangkan sebaik mungkin.

Jawapan saya...
Sebab kat negara orang putih ni, malam dia panjang. Sekarang kan musim sejuk, jadi siang jadi singkat dan malam panjang. Kalau abang tengok jam, sekarang kan baru pukul 6 petang, tapi dah mcm malam. Kalau kat Malaysia, pukul 6 abang masih boleh main kat luar, kan?

Then Irfan kata, "OOOooooo, mcm tu.". Entah dia faham atau tidak dengan penjelasan saya. Harapnya Irfan boleh faham.


NuKilaN:
 

Wednesday, February 8, 2012

WW ::: kenangan

Cilok gambar ni dari FB kawan kat sini.....
Suka sangat dengan gambar ni... tp aisyah tak der sebab dia dah surrender... tahan tahan dengan sejuk, maka dia tunggu dalam kereta jer semasa proses bergambar sedang berlangsung.


NuKilaN:
 

Sunday, February 5, 2012

snow

Alhamdulillah, merasa juga nak tengok snow turun. Subhanallah, memang sangat cantik ciptaan Allah ni... kecantikan tu tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata. Rasa macam tak percaya bila snow turun depan mata... tengok pic ni, cantik kan?
masa snow mula turun dalam pukul dua ptg
sebelah malan, semua pokok dan jalan dah dilitupi snow
jalan kat depan rumah kami
kereta kami yg warna biru tu
juga diselaputi dengan salji
aktiviti irfan buat snow man

Insya Allah, akan update more story lepas ni... sekarang masa untuk menikmati snow sebelum ia cair!

NuKilaN:
 

Saturday, February 4, 2012

Jet Lag

Mengikut Wikipedia, Jet lag didefinasikan seperti berikut:

"Jet lag, medically referred to as desynchronosis, is a physiological condition which results from alterations to the body's circadian rhythms; it is classified as one of the circadian rhythm sleep disorders. Jet lag results from rapid long-distance transmeridian (east–west or west–east) travel, as on a jet plane."


Kalau dalam bahasa mudah, kita akan tidur ikut waktu Malaysia walaupun sebenarnya jasad sedang berada di negara yang berlainan meridian seperti kat UK ni kesan dari kita menaiki pesawat.


Alhamdulillah, saya tak rasa sangat penangan Jet Lag. Mungkin sebab dah mentally prepared untuk menghadapi jet lag. Waktu tidur saya di sini dapat diubah mengikut waktu tempatan.

Tapi anak-anak memang sangat ketara kesan jet lag. Rasanya ia mengambil masa lebih dari seminggu untuk recover kesan dari jet lag. Saya selalu juga diajukan soalan, "Anak-anak tak jet lag ke?" dalam minggu yang pertama kami sampai di Bradford.

Kat sini mahgrib awal. Dalam pukul 4.30 ptg dah maghrib. Bila maghrib, kat luar rumah dah jadi gelap. So dia orang akan tidur awal dan semestinya akan bangkit awal. Pukul 4 lebih di awal pagi, ketiga-tiga mereka dah bangun. Nak tak nak, saya pun kena bangun juga untuk tengokkan anak-anak.

Disebabkan mereka tidur awal, tak sempat makan malam pun dah tidur. Bila bangkit sebelah pagi, mesti minta nak makan nasi. Kelebihan kat sini, makanan susah nak rosak sebab cuaca sejuk. So, sebelum subuh saya dah kena masuk dapur untuk panaskan apa yang patut. Selesai sarapan di pagi buta, baru mereka akan bermain dengan riang. Saya juga boleh mandi untuk solat subuh dan bersedia untuk ke sekolah.

Tapi sekarang, mereka dah tak jet lag. Dah pandai berjaga malam sambil layan internet dan game. Bila berjaga malam, mesti bangkit pun agak lewat. Pagi tadi pun belum bangkit sebelum saya datang ke sekolah :(
 tgk danish pun dah pandai layan angry bird
 siap berguru dengan irfan lagi 

ummi panggil nak ambil gambar pun danish x layan

NuKilaN:
 
Related Posts with Thumbnails