Showing posts with label winter. Show all posts
Showing posts with label winter. Show all posts

Thursday, November 26, 2015

TT ::: Igloo

TT - Throwback Thursday

January 2013

Aktiviti anak-anak buat igloo di Horton Park
 Guna bantuan sledge utk bina dinding
Danish yang rasmikan dulu...
 Dikuti oleh Irfan..
 Last sekali Aisyah... 
Mata berair dan hidung merah rasanya lepas nangis ni... 
Kes berebut nak masuk dalam igloo yang secoet tu... huhuhu

NuKilaN:
 

Tuesday, March 3, 2015

Salji di bulan Mac

Kisah kelmarin, 2 Mac.
Sekali lagi salji menyinggah di Bradford.
Sempat lah main snow sebelum pegi sekolah..
Danish and his snowball...
Tapi tak lama pun snow, lepas tu sang mentari terus menyinar...
Yang paling happy, tentunya tetamu kami dari M'sia.
Pengalaman pertama tengok hujan salji.
Alhamdulilah, masih dapat merasa pengalaman salji walau dah nak masuk spring :)

Wednesday, February 4, 2015

WW ::: Nasib si snowman

Snowman hasil tangan Aisyah 100%...
Nasibnya pada keesokan hari....
Ni pula hasil kerja tangan dan Irfan rasanya...

Tapi Danish claim dia punya.... 
Lagi kesian sebab esoknya dah jatuh tersungkur....

Tuesday, February 3, 2015

White Arncliffe...

Kisah si putih lagi...
Gambar minggu lepas... ambil gambar sekitar rumah pula alang2 anak2 cuti sekolah.
Sambil layan anak-anak main snow sampai puas...

Dari gambar ni nampak sgt yang Bradford kawasan berbukit bukau...
 Suka dengan pokok ni... unik sbb masih ada bunga merah di kala pokok-pokok lain dah togel...
 Laluan setiap hari bila nak pegi uni...
Danish: Ummi ni, suka sangat tangkap gambar... Baling snow ni kan baru tau!
Irfan: Eh jangan lah adik... ummi nak letak gambar kat blog tu....

Jejak yang bakal ditinggalkan dan dirindui...


NuKilaN:
 

Monday, February 2, 2015

Senja nan merah

Sekarang ni Maghrib sekitar pukul 4.50 pm.
Jadi pukul 5 dah hampir gelap.

Jom layan gambar sekitar Lister Park@Bradford....
Pukul 4.40 petang... Matahari hampir terbenam...
Walau cuaca sejuk yg amat, tapi puas hati dapat snap gambar ni...
Bulan mula mengambil alih tempat...
Anak dara pun masih syok bermain di taman.... Maklumlah baru pukul 5 pm... huhuhu
Gambar kecil sbb dari phone.
Phone biasa2 jer katakan.
Nak tukar iPhone6 belum mampu.... huhuhu



Saturday, January 31, 2015

White UoB

**UoB - University of Bradford

Hari ni nak tempek gambar sekitar uni pula.
Balik nanti kalau rasa rindu boleh belek entry ni..
Gambar yang saya snap kelmarin masa on the way balik ke rumah lepas jumpa supervisor.

Keluar pintu bangunan, jumpa pemandangan ni...
Jalan sikit, snap gambar ni sebelah kiri....
Jalan lagi hingga ke laluan ni... Laluan ni biasanya penuh dgn dedaun kering bila musim autumn...
Ni pula kawasan parking kereta... Parking kat sini berbayar tau!
Ni pula kawasan tanam tanaman universiti...
Ada pokok epal...
Yang cuma tinggal ranting...
Pokok gooseberry (yang tak berdaun tu) dan pokok rosemary yang kekal berwarna hijau walau musim winter...
Kemudian melalui kawasan currants...
Juga cuma tinggal ranting saja... Biasanya akan mula berputik bila spring nanti (dalam bulan April)
Melepasi kawasan currant ni, dah dekat pintu keluar universiti.... 

Friday, January 30, 2015

White Princeville

Lagi gambar minggu lepas...
Kejadian pagi Rabu sebelum sekolah tutup masa tengah hari.
Hantar Danish pagi tu sempat snap dua tiga gambar sebagai kenangan.
Maaf lah kalau dah ada yang jemu dgn entry snow.
Saja buat entry byk2 sebagai kenangan bila balik M'sia nanti.
Snow terakhir katanya sebelum back for good.
Haruslah abadikan gambar byk2 kat blog sendiri :)

Masa ni pukul 8.45 pagi... Gambagr nampak gelap dengan snow yang berterbangan...
Danish posing di kawasan kelas dia...
Pokok2 yang mula "berbunga" putih...
Kawasan kelas reception... Kelas Danish yang nampak pintu terbuka tu...
Bangunan tu dah luar kawasan sekolah...
Juga ada slide utk main masa playtime...

Akhir Feburary nanti, anak2 akan berpindah ke bangunan sekolah yang baru....
Jadi kawasan ni bakal tinggal kenangan...
Tak sangka, sempat juga anak2 merasa belajar di bangunan baru.

Thursday, January 29, 2015

Cuti lagi

Dalam duk bermalasan nak bangun pagi dalam cuaca sejuk ni, tiba-tiba dapat msg ni...
Wah, best nyer... boleh sambung golek2 dalam duvet.... detik saya dalam hati.
Tapi bila tgk luar tingkap, takde pula snow turun masa tu....
Cuma masa duk taip entry ni baru nampak snow yang sedang bebas berterbangan di udara :)

Kelmarin pula, ada hujan batu bercampur dengan snow.
Sempat rekod video buat kenangan...

Dalam masa tak sampai 20 minit, satu kawasan perumahan dah memutih.
Ya Allah, tenang jer dgn alam yang memutih ni.
Hilang kejap stress duk menulis.

Rupa hujan batu yang terbabas ke dalam rumah bila saya buka tingkap tak sampai seminit...
Hujan batu
Tak lama kemudian, nampak anak2 mula balik dari sekolah...
Nasib baik sekolah dekat jer... Jalan kaki tak sampai 10 minit dah sampai :)
Masing-masing dah buat snow ball kat tangan masing2...
Muka anak2 bila balik sekolah....
Danish...
 Irfan...
 Aisyah yang paling sporting posing spt biasa....


NuKilaN:
 

Sunday, January 25, 2015

Sledging time

Kejadian hari Rabu lepas.
Snow turun tanpa henti dari malam Selasa. 
Bermula tengah hari Rabu, snow semakin lebat.
Sehinggalah dapat msg dari sekolah anak-anak...
Yess, anak2 balik awal. 
Ada peluang utk bawa anak2 sledging di taman.

Then, here we go... 
Sledging time!!!!
Ready... 
Steady.... 
Go!
Tu dia... Hingga tergolek dlm snow...
Danish pun bukan main berani nak sledging on his own...
Memang sledging, part yg paling saya gemari bila salju menebal...

Apa? 
Nak tengok bukti tuan tanah sledging? 
Hahaha, maaf dipinta...
Letak gambar ni aje lah sbg ganti...
Tak payah nak demand lebih2.
Terima aje lah seadanya...
Related Posts with Thumbnails