Friday, January 31, 2014

Tiket utk sehari

Kalau korang perasan, skrang ni bukan main kerap lagi kami naik bus. Bukan apa, baru jumpa benda murah katakan. Sebelum ni nak keluar jer dari Bradford, mesti intai tiket train sbb dah beli kad diskaun utk keluarga. Banyak juga potongan yang dapat bila guna kad diskaun tu. Tapi, bila guna bas rupanya jauh lagi jimat :)

Ni tiket yg saya maksudkan...
Nampak sgt gambar dah lama peram dalam draf. 
Semua tiket tahun lepas lagi dan kalau perasan, boleh dikatakan setiap minggu hari Sabtu kami beli tiket tu. For information, tiket dengan harga 7.80 tu adalah untuk lima orang dewasa yang boleh digunakan dalam mana-mana Metro bus dalam kawasan West Yorkshire. Nak tahu luas mana kawasan West Yorkshire ni, boleh tgk dalam map kat bawah...
Jadi kalau nak ke Ilkley, Otey, Halifax, Dewsbury, Wakefield, dan destinasi2 lain dalam kawasan West Yorkshire, boleh guna tiket 7.80 tu.  Utk info juga, kalau tambang biasa dari rumah kami ke city center, kena bayar 1.40 utk dewasa dan 70p utk kanak-kanak. Dengan tiket ni, sangat jimat, kan?

Thursday, January 30, 2014

Mini pavlova

Dah lama tak buat pavlova. Jarang dapat request lately sbb dah ramai yang expert buat pavlova kat Bradford ni. Tapi masa birthday Arissa tempoh hari, ada yg request nak makan pavlova. Jadi saya buatlah yang jenis mini pula....
Utk satu adunan tu, bukan main banyak mini pavlova yang dapat. Dua kali bakar baru habis. Yang best nyer mini meringue tu sangat rangup. Ralit juga duk meratah meringue satu satu sebelum sempat letak cream kat atas tu :)

Ni pula rupa lepas letak toppingdan buah...
Sekali ngap dah habis.
Rasanya lagi senang buat pavlova sebiji dari buat yang bentuk mini mcm ni. Mungkin lepas ni kena fikir byk kali dulu kalau nak buat yg mini mcm ni. Satu2 nak kena hias. Renyah la juga berbanding dgn yg sebiji boleh main tabur jer  cream dan buah sekaligus :)

Wednesday, January 29, 2014

WW::: Out and about

Keluar jalan2 lepas jumpa nurse utk asthma review...
Bukan boleh duduk senyap dak Danish ni..
Boleh la duduk diam jap sementara tunggu bas...
Asal naik bas jer nak tdo... asal tidur jer naik bas... 
Tgk tu.. beria memilih baju di rak clearance....
Ikut kan hati, nak jer rembat baju2 tu...
Tapi abah kata, jangan nak memandai... elaun tak masuk pun lagi ni... huhuhu

Tuesday, January 28, 2014

Danish hari ni

Alhamdulillah, bengkak di mulut Danish dah semakin surut. Terima kasih pada semua yang mendoakan Danish cepat2 baik. Tempek sekeping gambar budak yang dah boleh sengih dengan baik hari ni :)
Kalau sebelum ni, Danish cakap pun macam tak berapa clear sbb bibir atas yang susah nak gerak. Tapi skrang mulut dah semakin petah  bercakap. Nasib baik selera makan Danish macam biasa jer masa mulut dia bengkak tu. Bangun pagi terus minta nasi :)

Hari ni tak hantar lagi Danish ke nursery. Nak bawa dia jumpa nurse kejap lagi kat GP untuk asma review. Repeat presciption utk Danish dah expired. Kena bawa Danish jumpa nurse dulu untuk sambung repeat prescription. Jadi tiap kali Danish kena asma, boleh order prescription utk inhaler secara online jer. Lepas tu pergi ambil presciption tu kat GP dan boleh terus ambil ubat di farmasi :)

Monday, January 27, 2014

Majlis dan tragedi

Seperti yang saya tulis dalam entry sebelum ni, hari Ahad kami menghadiri majlis doa selamat sempena kehadiran anak sulung tuan rumah dari Mesir. Menu utama nasi jagung yg mabeles dan menu2 sampingan lain hingga tak muat meja.

Dah ada rezeki depan mata, diet utk hari tu kita tolak ke tepi dulu. Mana boleh tahan tgk menu sedap2 ni....
Gambar cilok dari FB tuan rumah...
Sedang ralit makan sambil bersembang, tiba2 terdengar Danish menangis dengan kuat di tingkat atas. Ingatkan dia berebut mainan ke apa. Tak lama lepas tu, abah bawa Danish dengan bhgn mulut yg berlumuran darah. Darah masih mengalir dgn banyak. Cepat2 ambil tisu to stop the bleeding. Alhamdulillah, lepas tu darah berhenti mengalir. Saya check takut gigi depan patah atau tercabut, rupanya bibir depan bhgn atas "pecah". Berdasarkan saksi yang berada di tempat kejadian (mcm ayat reporter daa), Danish terhantuk pada bucu katil. Poor Danish :(

Bibir yang mula membengkak
Moga bibir Danish ni cepat baik. Rasanya tak boleh hantar Danish ke nursery dengan bibir macam ni. Takut nanti mereka ingat kita yg dera anak. Cepat baik yer sayang :)

Sunday, January 26, 2014

Makan makan

Hujung minggu yg agak bz. Sabtu dan ahad ada majlis makan2. Memang habis la diet kalau ada aktiviti makan2 :)

Ni majlis semalam. Sambutan hari lahir buat budak comel, Arissa yg ke 4.

Birthday girl
Anak2 yg happy dapat jumpa kawan2
Masa utk potong kek
Hari ni pula ada majlis solat hajat dan bacaan Yassin. Berkumpul ramai2 sambil makan-makan dan sambil merapatkan ukhwah :)

Saturday, January 25, 2014

Kena rompak

Salam hujung minggu mommies...

Mohon bantuan.....

Pukul 4 pagi kelmarin, rumah kawan saya dirompak. Habis semua barang berharga, wang tunai, laptop, handset, termasuk kereta telah dilarikan. 

Hari ni nak share gambar kereta yg mereka ambil....

Mana tahu, kot2 ada mommies yg kebetulan ternampak kereta ni boleh la cepat2 laporkan kepada pihak yg polis di kawasan yang berdekatan.

Moga kawan saya dan keluarga tabah dgn ujian tersebut.

Betul ke M'sia masih AMAN? Hurmm.....

Friday, January 24, 2014

Pagi yg berbeza

Tiga cuaca berbeza sepanjang pagi minggu ni yang saya sempat snap selepas hantar anak-anak ke sekolah.

Yang ni gambar ulang tayang... cuaca cerah dgn matahari, tapi suhu cuma 1 degree. Kawasan rumah dipenuhi dengan ais akibat embun yang membeku.
Yang ni pula cuaca dua hari kemudian. Cuaca berkabus sebelah pagi dengan suhu 5 degree.
Yang ni cuaca pagi ni. Hujan renyai-renyai dengan suhu 5 degree tapi rasa sejuk tu hingga ke tulang hitam. Tangan kebas dan hidung terus jadi merah.
Kalau mommies bandingkan antara ketiga-tiga gambar, waktu matahari naik semakin cepat manakala waktu matahari jatuh pula makin lambat. Itu tandanya masa siang semakin beransur-ansur menjadi panjang :)

Sebelah petang pula, anak-anak bukan main bersorak riang bila melihat hujan salji...
Apa yang ditunggu musim winter dah tiba. Masya Allah, seronok tengok salju putih berterbangan di udara. Tapi snow tak lama pun. Tak lama lepas tu terus hujan. Jadi la buat ubat sementara tunggu betul2 snow :)

Bila check cuaca pula, dah mula nampak simbol snow minggu depan...
Harapnya masih ada peluang untuk berguling dalam salji bagi musim winter tahun ni :)

Thursday, January 23, 2014

Suka sembang

Anak saya yang dua orang tu, Irfan dan Aisyah suka sangat bersembang sesama mereka. Kadang2 masa sarapan, bukan main lagi bersembang mereka berdua hingga saya tegur suruh cepat2 habiskan makanan tu.

Saya jarang dapat pasang telinga apa yang mereka sembangkan. Kalut siapkan bekal utk mereka ke sekolah. Tapi pagi tadi, lepas makan dan bersiap nak ke sekolah pun, cerita budak berdua ni tak habis-habis lagi. Sambil bersiap pakai kasut dan winter coat, masih lagi bersembang.

Tapi kali ni saya pasang telinga sambil pakaikan kasut dan coat utk Danish.

Irfan: Kakak, did you still remember what is my dream? I mean not what I'm dreaming when sleep, but what I want to be.
Aisyah: Erm not.
Irfan: Ok, I'll give you a clue then. It start with "S".
Aisyah: Owh, I remember. You want to be a scientist.
Irfan: Yup, correct. Then what else? It also start with "S".

Bila kakak diam jer, Irfan sambung...
Irfan: Ok, I give you another clue. I want to help people.
Aisyah: Yeah, you want to be a superhero.
Irfan: Yes, true. And one more dream also start with "S".
Aisyah: What else? I don't know.
Irfan: This is a tricky one. It is about my hobby.
Aisyah: "S" and your hobby?
Irfan: Yeah, you know. I want to be a super player in sport. I want to be the best player ever...

Gitu la lebih kurang...

Ha, bukan cakap2 kosong aje rupanya. Bukan juga gossip artis. Tapi lebih kepada imaginasi mereka utk masa depan walaupun super hero tu mcm tak berapa realistic. Macam-macam la budak-budak berdua ni.

Best buddy :)

NuKilaN:
 

Wednesday, January 22, 2014

WW ::: Bila boring dalam bas....

Danish dgn muka boring dlm bas...
Bila bercerita, mmg dua2 tangan pun bercerita sama...
Tengok lah apa jadi bila dah boring sgt...
Buat "sit up" guna palang depan bas...
Batman mana boleh duduk diam kan Danish?

Tuesday, January 21, 2014

Menjawab persoalan...

Terima kasih pada semua yang tinggalkan komen dalam entry "Pegang Stereng" dan mengucapkan good luck utk saya memperolehi lesen kereta UK. Terharu sgt2 tau. Tiba-tiba semangat nak belajar kereta makin berkobar-kobar :)

Banyak juga persoalan yang mommies tanya pasal dalam entry tau. Jawab dalam satu entry terus kira ok la, kan?. Kalau nak jawab satu-satu, entah bila la tu. hihi

Wirda dan Lia ada tanya, pasal kedudukan driver. Sebenarnya kat sini sama jer dgn M'sia. Kita masih lagi drive sebelah kanan. Cuma kalau negara Europe lain, macam Jerman, Perancis, Swiss dan negara2 lain yang seangkatan, baru drive sebelah kiri.

Menjawab persoalan MummyDearie dan Aisy Nasiha pula pasal convert lesen M'sia ke UK. Tak tahu le kenapa lesen M'sia tak boleh convert ke lesen UK. Kalau lesen Singapore, boleh pula convert terus. Padahal negara berjiran jer. Lesen international pula cuma valid utk tempoh setahun di UK. Lepas 6 bulan menetap di UK, baru layak untuk memohon lesen memandu UK.

Pasal pertanyaan kereta apa nak bawa balik tu, biarlah rahsia dulu. Yang pasti bukan Mercedes atau BMW sbb kami anak ramai (mana tahu lepas ni bertambah lagi umat). Jadi kena cari yang 7 seater terus. Bagi hint pun cukup la yer... ekekekkek, jangan marah :)

Buat mama Alma nun di Bristol, nanti saya cuba ingat balik langkah2 nak buat lesen tu. Yang saya ingat, langkah pertama kena pergi post office dan minta borang utk buat Driving lesen. Isi la borang tu dan kepilkan bersama dokumen yang diminta (passport + money order/cheque+ gambar ukuran passport latar putih). Tapi betul2 dah lupa berapa yang kena bayar. Dalam dua minggu, DVLA akan berikan lesen L. Dapat lesen L, boleh la register utk theory test lepas. Insya Allah, detail prosedur saya buat dalam entry khas sebagai rujukan mommies yang berminat :)

NuKilaN:
 

Monday, January 20, 2014

Frosty morning

Keluar dari rumah untuk hantar anak2 ke sekolah, tengok kereta depan rumah diselaputi frost. 

Ala mcm tak clear pula dlm gambar.
Check suhu pagi ni, dapat la hasil mcm ni....

Walau matahari memancar terang, suhu baru 1 degree. Mmg sejuk mcm duk dalam freezer. 

Tgk laaa daun ni....
Kan betul mcm dalam freezer? Embun pun dah tukar jadi ais. 

Jalan pun kena hati2 sbb jalan sedikit licin. Anak2 pun dah mula tanya, bila snow? Entah la anak2.... Entah dpt main snow atau x tahun ni... Kita tunggu aje la yer :)

Pegang stereng

Hari ni dalam sejarah, haruslah catat dalam blog sendiri. Kali pertama bawa kereta kat UK lepas lebih dua tahun tak pegang stereng. Bila cuti pantang dua bulan dan kali pertama bawa kereta lepas pantang,  tu pun dah rasa nerbes. Inikan pula dah dua tahun lebih tak pegang stereng, sekali pegang lagi di negara lain pula. Boleh bayangkan tak betapa nerbesnya perasaan saya?

Tapi, Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Eh lupa pula nak cakap. Sekarang ni saya dalam proses nak ambil lesen. Alang-alang belajar kat sini dan dapat AP, rugi pula kalau tak manfaat sepenuhnya. Jadi lepas timbang tara apa yang patut, saya rasa perlu juga untuk ambil lesen kat UK ni. Ada yang kata  suami yg ambil pun takpe, boleh claim AP jugak. Ada pula yang kata pelajar jer yang dapat AP, pasangan tak dapat. Entah la, peraturan manusia ni berubah ubah. Jadi kami ambil langkah selamat, saya yang ambil lesen.

Lagi satu untuk dapat AP, kena guna kereta kat UK ni sekurang-kurangnya 9 bulan. Tempoh belajar kat sini pun dah tak lama. Tak boleh bertangguh lagi. Kena cepat2 dapatkan lesen sebelum dapat beli kereta idaman untuk melayakkan dapat AP.

Berbalik pada kisah belajar kereta hari ni. Pukul 10 pagi dah buat temujanji dengan cikgu yg mengajar, Inam. Dalam 10. 05 pagi, Inam datang jemput depan rumah. Dari luar saya tak cam kereta apa yg Inam pakai. Masuk jer dalam, agak terkedu bila tgk simbol "W". Haa, boleh agak tak kereta apa? Tak nak la main teka teki. Bila balik rumah baru hubby cakap tu kereta volkswagen polo.

Jangan main2... belajar kereta pun terus guna volkswagen. Tapi memang best la bawa kereta tu. Mmg takde adegan enjin mati. Cuma asyik tertukar signal dan wiper jer. Kereta saya sebelum ni, signal sebelah kanan, wiper sebelah kiri. Tapi kereta tu pula sebaliknya. Jadi asyik la terpasang wiper bila nak pasang signal. Huhuhu...

Sebelum balik, Inam beri nota ni utk ulangkaji sebelum kelas seterusnya hari Khamis depan...
Tiga benda yang saya belajar hari ni... Cockpit drill, moving off dan stopping :)

Saturday, January 18, 2014

Maero attack

Salam hujung minggu...

Ada kawan post video ni kat FB...



Cerita yang cukup nostalgia zaman sekolah dulu-dulu. Terlopong mulut tgk mereka buat aksi sommer sault berpusing.

Siapa suka tgk cerita ni dulu-dulu angkat tangan?

NuKilaN:
 

Friday, January 17, 2014

Jumpa BFF di GAP

Masa kami mengukur jalan di Leeds Sabtu lepas, Aisyah terjumpa dengan kawan sekelasnya, Ahmed di GAP Outlet. Buka main seronok lagi Aisyah dapat jumpa Ahmed. Siap main kejar kejar dan hide and seek dalam outlet tu. Sabar aje la. Nasib baik tak ramai orang. Tu mereka buat kedai tu macam mak ayah mereka punya., ekekek.

Saya memang malas nak larang. Biar la mereka explore dan main sambil saya cuci2 mata. Eh boleh percaya ke cuci mata jer? Takde maknnya... memang "ter" rembat juga beberapa helai baju dan seluar utk anak-anak. Seluar jeans Aisyah baru 5 pound... kalau nak convert ke RM, darab 5.4.... skrang duit M'sia sgt murah... Balik M'sia, nak melangkah masuk ke GAP outlet pun dah rasa gerun. Kat sini aje la boleh bergaya dgn baju GAP yer anak-anak :)

Sempat juga snap gambar mereka bersama. Mula-mula saya candid dulu gambar ni...
Lepas tu semua setuju utk bergambar sama-sama..
Aisyah dah request utk print gambar kat atas ni. Dia nak tunjuk kat kawan di sekolah sebab mereka mmg ada satu slot untuk anak-anak bercerita tentang apa saja kepada rakan-rakan sekelas. Dari situ mereka menggalakkan pelajar bercakap dan mengeluarkan idea. Bagus, kan?

Ni la hasil rembatan bahagian anak-anak...
Ada lagi satu beg bahagian abah. Mau tak kempis purse... ekekekke

Thursday, January 16, 2014

A clown in the house...

Seperti yang saya pernah tulis sebelum ni, setiap semester kelas anak-anak mempunyai tema tertentu macam fairy tales, detective, magic dan mcm2 lagi.

Untuk term ni, kelas Aisyah pula bertemakan clown. Pergi pagi2 masa hantar Aisyah, seronok pula tgk2 cikgu Year 2 buat persembahan depan kelas. Semua cikgu2 tu berlakon jadi badut dgn make up, dgn pakaian yang cukup melucukan. Memang terhibur sangat pagi tu hingga Danish tetap tak berganjak walau persembahan dah tamat :)

Kelmarin pula, semua pelajar di make up sebagai clown. Aisyah balik rumah dgn muka mcm ni...
Adik pun nak posing sama..
Suka tgk dua beradik ni jeling menjeling....
Lepas jeling, Danish cuba sentuh pipi kakak... pelik sgt agaknya....
Baru saya ingat, minggu lepas saya ada isi borang kebenaran untuk memberi izin cikgu2 conteng muka Aisyah. Dalam surat tu, cikgu list kan semua ingredients yang ada dalam cat yg mereka gunakan. Mana tahu kot2 ada pelajar yang allergik, tak pasal2 cikgu pula dipersalahkan.  Tu yang siap ada surat kebenaran sebelum make up muka budak2 :)

Bukan main susah lagi nak pujuk Aisyah cuci muka dia tu. Dah la kebetulan dia ada kelas mengaji malam tu. Boleh dia kata nak pergi mengaji dgn muka lagu tu? Sayang sgt dgn master piece cikgu dia tu... Tapi pujuk punya pujuk, last2 dia sapu juga muka dia sikit2 dgn tisu hingga habis :)

Wednesday, January 15, 2014

WW ::: Putera puteri....

Tahun 2007...
ni tahun 2008...
Bersama-sama sepupu... 
Aqil, Arifudin, Irfan, Aisyah, Afi
masa tu cuma Aisyah sorang jer cucu perempuan belah saya...
Tapi skrang Aisyah dah ada ramai sepupu perempuan :)

NuKilaN:

Tuesday, January 14, 2014

Salam Maulidur Rasul

Salam Maulidur Rasul buat semua....
Mari la kita perbanyakkan selawat buat junjungan mulia Nabi Muhammmad s.a.w dalam kehidupan kita sehari-hari :)




NuKilaN:
 
Related Posts with Thumbnails