Sunday, May 11, 2014

Day 3... Part 3.... Suka duka naik kereta kabel di Titlis, Swiss

Alamak hari ketiga dah masuk part 3, tapi rasa macam banyak benda lagi nak cerita pasal pengalaman di Swiss. Layankan aje la yer my lovely readers, nak buat mcm mana... penulis blog ni kalau boleh semua benda dia nak cerita. Tu yg kadang2, syok sendiri pun ado...

Yang tak sangka, ada juga nak tahu pasal kejadian kami "macam" tertipu tu. Meh nak tempek harga cable car utk naik ke puncak Titlis berdasarkan website Titlis utk satu kepala...
Bila scroll sikit lagi dari website tu, boleh tgk bahagian diskaun ni...
Memang sah-sah group kami tu lebih daripada 10 orang dewasa. Hati dah berbunga riang sebab dah diskaun 20%. Untuk pengesahan, salah seorang daripada ahli rombongan membuat petanyaan di kaunter A. Yes, penjaga di kaunter A kata dapat potongan 20% tu.

So, bila dah dapat diskaun tu, kami semua sebulat suara utk naik ke puncak teringgi Titlis, iaitu CHF89 kalau tiket return. Selepas diskaun, harga tiket ke Titlis adalah CHF71.20, jadi jimat CHF17.80. Banyak kan jimat tu? Tu baru penjimatan utk satu kepala. Ahli rombongan kami pula terdiri dari 15 dewasa.

Lepas meeting sekejap dan kira bilangan dewasa dan kanak-kanak, setiap keluaraga hantar wakil utk beli tiket. Wakil tu adalah kami kaum ibu a.k.a menteri kewangan. Beratur lah kami mengikut giliran. Kalau tak silap, semua sekali ada 4 kaunter. Setibanya giliran kami, kami diarahkan utk ke Kaunter B (bukan kaunter A yang kawan saya tanya tadi).

Kami beritahu bilangan ahli kumpulan kami dan bertanya adakah dapat diskaun 20% tu? Agak terkejut kami bila penjaga kaunter B kata tidak. Untuk membolehkan kami menikmati diskaun 20%, kena ada senarai nama ahli peserta yang dicetak menggunakan letter head syarikat. What??? Saya mmg sgt tak puas hati. Saya cakap yg dalam website tak inform pula berkaitan senarai nama semua tu. Dengan angkuhnya, penjaga kaunter beritahu yg itu adalah polisi mereka. Bengang dgn layanan yang diberikan, kami tak beli pun tiket kat kaunter B tu dan kembali ke ahli rombongan utk perbincangan lanjut.

Bila tak dapat diskaun tu, rasa macam nak naik hingga ke point Trubsee jer yg cuma CHP30 utk return tiket. Tapi alang2 dah sampai, rasa rugi pula tak nak hingga ke puncak tertinggi. Fikir punya fikir, kami pun redha aje la dgn membayar harga penuh tanpa diskaun. Dah alang2 tak dapat diskaun, jadi kali ni beli tiket asing2 utk keluarga masing2. Kali ni urusan pembelian tiket diserahkan pada kaum bapa pula. Saya yang dah mula naik darah dah malas nak berurusan di kaunter.

Bila lima keluarga beratur utk beli tiket, jadi setiap keluarga berurusan di kaunter yg berbeza. Yang buat kami lagi bengang, keluarga yg bayar di kaunter A beritahu yang penjaga kaunter tanya adakah mereka dalam kumpulan? Boleh pula mcm tu. Tak bagus betul pengurusan kaunter di Titlis ni. Kejap boleh, kejap tak boleh... polisi la sgt kan. Tapi kan, kami pun buat jahat juga... Tipu sunat orang kata. Semua kanak2 dalam kumpulan kami istiharkan bawah dari 6 tahun utk dapat tiket free. Mula2 ingatkan nak istihar Aisyah jer lima tahun. Dah jadi mcm tu, dengan Irfan sekali dah jadi 6 tahun. Jadi jimat CHF44.50 kat situ :)

Dah-dah, tutup cerita sedih tu. Sekarang nak cerita pasal pengembaraan kami naik tiga jenis kereta kabel yang berbeza untuk naik ke puncak tertinggi. Utk lebih jelas, meh kita teropong gambar ni...
A adalah tempat kami mula-mula naik. 
B adalah Gerschnialp (1262)
C adalah Trubsee (1800)
D adalah Stand (2428)
E adalah Titlis (3028)
*Kalau tak silap, nilai dalam kurungan adalah ketinggian berapa meter kedudukan kita dari aras laut.

Dari titik A ke C, kami naik kereta kable ni..
Cuma bersaiz kecil. Boleh memuatkan hingga 6 orang dewasa dalam satu-satu masa.

Dari C(Trubsee) ke D(Stand) pula, kami naik kereta kable ni. 
Rasa macam naik bas pun ada. Tak tahu la berapa orang boleh muat dalam ni. Rasa macam sardin pun yer sebab kena berhimpit.

Akhir sekali, dari D ke puncak titlis (E), kami naik kereta kabel ni..
Istimewanya kereta kabel ni, ia bergantung dan berpusing 360 darjah.
Bangga tgk tulisan Melayu dalam kereta kabel ni.

Lama juga tempoh kena beratur utk naik ketiga-tiga kereta kabel ni. Bila sampai jer kat atas tu, semua anak-anak dan kami yg dewasa ni pun dah rasa kelaparan. Langsung lupa nak bawa makanan dalam beg galas, semua tinggal dalam kereta. Jadi, makan aje la makanan yang ada utk alas perut sebelum teruskan misi bermain salji.

Insya Allah, bersambung lagi part seterusnya dengan aktiviti2 kami di puncak Titlis tu. Sabar yer :)

Nota ummi,
Kebanyakan urusniaga di Swiss boleh menggunakan matawang Euro. Jadi tak bawa matawang Swiss (CHF) pun tak pe. Utk CHF89 tu adalah bersamaan Euro77. Saya guna duit Euro jer sbb duit CHF yg ada agak limited.

NuKilaN:
 

Saturday, May 10, 2014

Nescafe Dolce Gusto

Sebenarnya saya sedang berkira-kira nak beli menda alah ni...
Mesin utk buat kopi atau coklat panas kat rumah. Musim sejuk ni kan best kalau dapat layan kopi atau coklat panas bila-bila masa. Tapi kena beli pod macam ni utk guna dgn mesin kat atas ni..

Ada tak mommies yang guna mesin ni? Senang tak nak beli pod2 ni kat M'sia? Kalau senang, boleh la beli satu. Bukan apa, risau juga kalau susah nak cari kat M'sia. Buat pameran aje la alat ni kalau bawa balik M'sia nanti...

Dalam hati, dah mula berangan... bangun pagi, terus boleh buat kopi sendiri sebijik macam kat kedai....

Lepas tu kalau tetamu datang rumah seorang dua, boleh ambil order mcm kat kedai.. Coffe, Latte, Cappucino, hot chocolate? Tak pe berangan dulu, tak payah bayar pun kan? hihihi

NuKilaN:
 

Friday, May 9, 2014

Day 3.... Part 2... Golek-golek di kaki bukit Titlis

Baik cepat2 sambung kisah kembara ke Europe sebelum memori indah berlalu pergi di bawa angin lalu... cewah, tetiba bermadah pujangga pula di awal entry..

Kita sambung kembara hari yang ketiga di Switzerland. Mula-mula haruslah tempek gambar pemandangan di sekitar kawasan parking...
Ni di sudut yang lain...
Tak jelas pula kereta kabel dalam gambar ni....
Semua sudut nampak cantik.  Dalam duk ralit snap gambar sekitar, sekali tgk anak2 dah main golek2 atas snow berdekatan...
Amboi, kemain lagi buat pura-pura jatuh yer Aisyah...

Danish juga ambil peluang sun bathing bercarpetkan salji....
Tak sejuk ke tu duhai anak.... Layankan ajer telatah mereka. Semua kemaruk nak main snow sebab tahun ni tak dapat main snow tebal musim winter hari tu...

Aisyah and Sephia....
Kata mereka, "We loves Swiss!"...

Budak berdua ni siap feeling2 dengan lagu frozen lagi...
Abaikan suara garang si ibu melarang anaknya dari masuk ke dalam lopak air di kawasan penggambaran... huhuhu. Nanti kalau basah kasut, si ibu juga yang susah....

Nak tempek juga gambar posing El-Firas yang cuba di sabotaj oleh Irfan....
Lepas golek-golek, posing-posing dan nyanyi-nyanyi, baru kami menapak ke main entrance untuk naik kereta kabel. Kami dihidangkan dengan pemandangan ni pula...
Sebahagian dari ahli rombongan yang sedang menapak ke main entrance....
Perasaan tak kawasan becak dalam gambar atas? Itu yang leceh bila snow cair... kena hati-hati juga takut licin bila terpijak snow yang keras...
Anak teruna posing depan main entrance...
Kak Aina, Aisyah dan Danish...
Lepas meeting serba sikit, semua ahli rombongan bersetuju utk naik ke puncak tertinggi Titlis. Maka beratur lah kami ke kaunter utk membeli tiket....
Kat sini la bermula tragedi yang menaikkan darah kami. Ingatkan dapat diskaun 20% untuk ahli rombongan yang melebihi 10 orang seperti yang diberitahu dalam website. Rasa tertipu pun ada bila tak dapat diskaun tu, tapi saya akan cerita lebih detail dalam entry akan datang.

NuKilaN:
 
Related Posts with Thumbnails