Wednesday, August 26, 2015

Katanya nak siram pokok..

Kisah bulan lepas rasanya ni...
Suatu petang, anak2 eksaited tgk pokok pisang dah mula berbuah.
Walau yang ada cuma satu sikat dari setandan pisang tu, eksaitednya mereka macam tengok buah pisang bertandan tandan.
Tiba-tiba aisyah mula memberi cadangan.

Aisyah: Ummi,  can I water the banana tree and all other trees?
Ummi: Yes, sure you can.

Dengan muka happy, dia terus pasang air dan siram pokok satu persatu.

Lepas siram pokok pokok tu, dia pun mula memanjangkan akalnya.
Katanya, "Ummi, can I watering ourselves?".
Amboi, mula-mula nak siram pokok.
Lepas tu nak siram diri sendiri pulak.
Semestinya saya cakap, "No!".

Minta izin bukan main lagi, tapi langsung tak dihiraukan.
Terjadilah pesta air yang sgt menyeronokkan bagi mereka bertiga..
Beria main air sambil nyanyi lagu raya.


Sempat juga saya rakamkan video keseronokan mereka...



Bukan main marah lagi aisyah bila sedar saya rekod video ni.
Hahaha, bukan setakat rekod, ummi cerita dalam blog lagi tau aisyah :)

NuKilaN:
 

Monday, August 24, 2015

Tip kilatkan dapur

Saya tak cuba lg tip ni, tapi nak parking kat blog dulu biar senang nak buat rujukan.



Bila dah cuba nanti saya update kat blog.
Kena pergi kedai cari CIF dulu ni :)

NuKilaN:
 

Wednesday, August 19, 2015

Free ride

Antara tempat kegemaran anak-anak di KT...
... iaitu playground dalam Giant.
Nak main kat outdoor park macam kat UK kan panas.
Jadi nasib baik ada indoor play area dalam Giant.
Dah la bersebelahan dengan food court.
Mak ayah menjamu selera sambil tengok anak-anak main di play area bersebelahan :)

Kakak posing dengan si adik...
Tengok gambar ni, teringat perbualan saya dan kakak masa mula2 kami ke sana...

Kakak: Ummi, I don't know who pay the ride for us.
Ummi: Why?
Kakak: You know what, the ride keep moving when I press the start button. I don't know how much previous person pay for that.

Saya masa tu dah nak gelak guling guling.
Dia tak tahu yang ride kat sana tu percuma.
Bukan macam kat UK yang kena bayar satu pound untuk naik ride mcm tu.
Tapi saya cuba juga tahan gelak dan terangkan sebaik mungkin yang ride tu, "Free of charge".
Lepas tu, bukan main panjang lagi "Oooooooo..." dia, sambil buat muka malu-malu :)
Related Posts with Thumbnails