Monday, June 1, 2020

Kelas Online yang terakhir utk semester ini

Dah lama tak buka Google Classroom (GC).
Sepanjang tempoh working from home (WFH), kelas juga 100% dijalankan secara online.

Ikutkan saya dijangka bersalin 23 Mei, iaitu sehari sebelum raya.
Tapi baby nak keluar awal.
4 Mei dia dah keluar.
20 hari awal dari due.

Pagi 4 Mei tu juga saya adakan kelas online yang terakhir.
Dan esoknya saya rancang nak adakan kuiz yang terakhir, iaitu Kuiz 5.
Tapi terpaksa update GC pada sebelah malamnya...

Masa duk ngajar tu, dah rasa juga baby asyik mengeras jer.
Ingatkan baru braxton hicks sbb baru 37 minggu.
Dalam tgh hari, kebetulan misi ada buat ad hoc home visit.

Masa misi check perut tu, dia kata dah ada strong contraction.
Baru la call hospital boleh ke nak jumpa doktor.
PA doktor kata boleh ke hospital selepas pkl 2.
Jadi baru la saya berbuka puasa dan bersiap apa yang patut sebelum ke hospital.

Oh ya, kali ni saya dah booking hospital swasta sbb perintah PKP.
Tak nak bersalin sorang2 kalau kat spital goverment.

Sampai skrang tak buat lagi Kuiz 5.
So, ada empat kuiz aje la untuk semester ni.
Para pelajar pun ramai dah email tanya carry marks.
Haish, kena siapkan carry mark ni.
Baru boleh berpantang dengan tenang.

Tapi mencabar juga nak buat kerja dalam pantang ni.
Baru buka komputer, baby dah buka mata... huhuhu




6 comments:

  1. SELAMAT HARI RAYA, menarik entry ini btw done follow, follow me back thanks http://acuyuhan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Do you need Personal Finance?
    Business Cash Finance?
    Unsecured Finance
    Fast and Simple Finance?
    Quick Application Process?
    Finance. Services Rendered include,
    *Debt Consolidation Finance
    *Business Finance Services
    *Personal Finance services Help
    contact us today and get the best lending service
    personal cash business cash just email us below
    Contact Us: financialserviceoffer876@gmail.com
    call or add us on what's app +918929509036

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails