Tuesday, March 18, 2014

Residential trip

Hari ni dalam sejarah apabila Irfan buat kali pertama keluar outstation. Kalau sebelum ni, saya atau suami yg outstation dan tinggalkan anak-anak. Sekarang Irfan pula yg outstation dgn kawan2 dia satu kelas dan pengawasan cikgu kelas. Tetiba terasa anak teruna dah besar bila dah pandai bawa diri :)

Sebenarnya Irfan menghadiri residential trip di Robinwood selama dua hari satu malam. Pukul 12 tgh hari tadi dia tiba di kem dan akan bertolak balik ke sekolah pada pukul 12 tgh hari esok. Mcm macam aktiviti mereka akan lakukan di sana seperti caving, climbing, archery dan beberapa aktiviti lasak yg lain.

Masa mula2 Irfan beritahu yg dia nak menghadiri residential trip ni, hati saya berbelah bagi juga. Rasa dia masih kecil nak beri keizinan keluar bermalam dgn pihak sekolah. Tapi melihatkan Irfan yg cukup teruja utk turut serta dalam trip tu, saya cuba pertimbangkan. Kalau saya di tempat Irfan pun, memang saya pun akan join utk merasa pengalaman baru. Bila saya beri lampu hijau, berkali kali Irfan cakap terima kasih sbb beri dia peluang tu.

Ada juga pihak sekolah aturkan mesyuarat utk menjawab persoalan dari ibu bapa berkaitan residential trip ni. Mcm2 soalan yg parent tanya. Siap ada yg nak pergi melawat anak kat kem tu. Tapi melihatkan cara penerangan cikgu semasa mesyuarat, hilang sikit rasa risau tu :)

Dari mesyauarat tu, baru saya tahu yg tak semua pelajar berpeluang mengikuti residential trip ni. Dari 35 orang pelajar, hanya 30 orang pelajar yg dipilih. Lima yg tak bernasib baik tu adalah berdasarkan cabutan undi. Yang tak bernasib baik utk mengikuti residential trip semasa Year 4 akan mengikuti residential trip semasa Year 5 nanti. Bagi pelajar Year 5, tempoh residential trip adalah lebih panjang iaitu selama 3 hari dua malam. Bagi pelajar Year 6 pula, lagi lama iaitu 4 hari 3 malam.

Baru sekejap tadi saya terima mesej ni dari pihak sekolah...
Tidur baik-baik kat sana yer Irfan. Ummi tak sabar nak tunggu cerita pengalaman Irfan kat sana :)

Saturday, March 15, 2014

Ceria musim bunga

Masih tiada sebarang perkhabaran dari MH370. Hanya doa, doa dan doa agar misteri kehilangan menemui titik noktah. Entah mcm mana derita rindu ahli keluarga yang saban detik menunggu perkhabaran yang belum kunjung tiba.

Kat sini sekarang dah pun masuk musim bunga. Belum ada mood nak berceloteh panjang. Layan gambar2 early spring yg sempat saya snap...



Bermula la edisi bunga bungaan memenuhi entry lepas ni. Spring is in my heart :)

Thursday, March 6, 2014

World book day

Sempena world book day pada hari ni, anak2 ke sekolah tanpa memakai uniform. Mereka dibenarkan mengenakan costume dari sebarang karekter yg mereka minati. Utk anak2, saya pakaikan mana yang ada jer. Aisyah dgn costume snow white, Irfan pula pakaian kelasi dan Danish dgn jumper favouritenya, Batman.

Tgk la, semua muka eksaited nak pergi sekolah :)
My handsome boy...
Sampai di sekolah, boleh tgk pelbagai fesyen yg pelajar dan guru gayakan. Kalau gegirl, ramai yg jadi princess. Cikgu2 pun tak ketinggalan menggayakan pelbagai costume. Tapi rugi pula nak snap gambar - mula la nak salahkan cuaca sejuk di pagi hari :(

Bila Danish balik dari nursery, dia dapat beg bookstart. Beria galas beg tu dari sekolah hingga sampai ke rumah. Balik rumah, haruslah posing dgn beg besar itu...
Jom tgk apa isi dalam beg besar tu...
Ada dua story books, CD dan beberapa pamplet utk menggalakkan anak-anak membaca dari seawal usia. Ada juga kad library utk didaftarkan di library yang berdekatan. Entah bila la dapat register jadi ahli kat library ni. Asyik bertangguh jer... huhuhu.
Related Posts with Thumbnails