Tuesday, March 18, 2014

Residential trip

Hari ni dalam sejarah apabila Irfan buat kali pertama keluar outstation. Kalau sebelum ni, saya atau suami yg outstation dan tinggalkan anak-anak. Sekarang Irfan pula yg outstation dgn kawan2 dia satu kelas dan pengawasan cikgu kelas. Tetiba terasa anak teruna dah besar bila dah pandai bawa diri :)

Sebenarnya Irfan menghadiri residential trip di Robinwood selama dua hari satu malam. Pukul 12 tgh hari tadi dia tiba di kem dan akan bertolak balik ke sekolah pada pukul 12 tgh hari esok. Mcm macam aktiviti mereka akan lakukan di sana seperti caving, climbing, archery dan beberapa aktiviti lasak yg lain.

Masa mula2 Irfan beritahu yg dia nak menghadiri residential trip ni, hati saya berbelah bagi juga. Rasa dia masih kecil nak beri keizinan keluar bermalam dgn pihak sekolah. Tapi melihatkan Irfan yg cukup teruja utk turut serta dalam trip tu, saya cuba pertimbangkan. Kalau saya di tempat Irfan pun, memang saya pun akan join utk merasa pengalaman baru. Bila saya beri lampu hijau, berkali kali Irfan cakap terima kasih sbb beri dia peluang tu.

Ada juga pihak sekolah aturkan mesyuarat utk menjawab persoalan dari ibu bapa berkaitan residential trip ni. Mcm2 soalan yg parent tanya. Siap ada yg nak pergi melawat anak kat kem tu. Tapi melihatkan cara penerangan cikgu semasa mesyuarat, hilang sikit rasa risau tu :)

Dari mesyauarat tu, baru saya tahu yg tak semua pelajar berpeluang mengikuti residential trip ni. Dari 35 orang pelajar, hanya 30 orang pelajar yg dipilih. Lima yg tak bernasib baik tu adalah berdasarkan cabutan undi. Yang tak bernasib baik utk mengikuti residential trip semasa Year 4 akan mengikuti residential trip semasa Year 5 nanti. Bagi pelajar Year 5, tempoh residential trip adalah lebih panjang iaitu selama 3 hari dua malam. Bagi pelajar Year 6 pula, lagi lama iaitu 4 hari 3 malam.

Baru sekejap tadi saya terima mesej ni dari pihak sekolah...
Tidur baik-baik kat sana yer Irfan. Ummi tak sabar nak tunggu cerita pengalaman Irfan kat sana :)

15 comments:

  1. Pengalaman baru buat Irfan ni. Siap dapat update pasal aktiviti diorang lagi...best la kan. Takla ibu tertanya2 apa yg dibuat olrh diorang tu. Semoga selamat dan gembira sampai balik k.

    ReplyDelete
  2. Bila camping macam ni semua budak teruja nak pergi Nur... tak pe bagi mereka pengalaman.. macam anak akak masa tahun 4 pun ada bermalam juga... lepas tu kak nabilah dah tak nak pergi sebab dia kata tak dapat tido mama... katak masuk khemah kakak... hahaha budak perempuan kan mana tahan lasak-lasak ni :)

    ReplyDelete
  3. wah!!!bestnya Irfan. klu kat Msia pun start year 4 byk le aktiviti luar especially camping ni. hat Brunei plak mmg xde aktiviti luar utk budak2 primary school. terlalu protective rasanya.

    ReplyDelete
  4. kita sentiasa merasakan anak2 masih kecil,perlukan perhatian 24 jam..tanpa kita sedar mereka dah boeh berdikari...ingin merasai kehidupan dan suasan adiluar...

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. tidak dibenarkan bawa sebarang alat digital/elektronik la UA… frust Irfan bila tahu tak boleh bawa kamera...

      Delete
  6. Aktiviti anak-anak di sana pun tak sama dgn anak-anak di sini Nur. Kalau ada memanah macam itu kan bagus. Riadah yg disukai rasulullah tu...

    Moga Irfan menimba banyak ilmu di kem tersebut..

    Nur dah rindulah ye:)

    ReplyDelete
  7. waa bestnyer irfan pi trip...auntie pun tak sabo nak tahu pengalaman irfan jugek tau..

    ReplyDelete
  8. msti sronok kan kak....apa lah agaknyer cite irfan bawak masa balik nnti, lagi2 bile pg ngn kwn2 kan, meriah nyer lain kot

    ReplyDelete
  9. It will be a good exposure to him. In shaa Allah, he'll be fine kak Nur..:)

    ReplyDelete
  10. Wah bestnye...pengalaman baru utk irfan kan..

    ReplyDelete
  11. Tahniah irfan sbb terpilih utk trip ni.

    ReplyDelete
  12. hehehe faham sgt perasaan seorang mak, yg penting doakan saja anak2 kita tu yer

    ReplyDelete
  13. Kalaulah saya, mungkin tak dapat keizinan anak saya nak mengikutinya. Sentiasa aje berfikiran negatif apalagi bila membabitkan anak-anak. Kesian pulak kat anak-anak. Kalau macam ni cara seliaan sekolah Irfan, kuranglah juga susah hati ibubapa yang terbabit. Nanti bolehlah cerita tentang pengalaman Irfan bermalam di luar bersama rakan-rakan sekolah ya.

    ReplyDelete
  14. Bagusnya cikgu cikgu kat sana ...bertanggungjawab sungguh....siap update status mcm update entry hehe...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails