Hari ni nak cerita pasal pengalaman kami ke Knowsley Safari Park. Yang menarik ke safari ni, boleh memandu kereta sendiri utk tgk haiwan2 dari jarak yang dekat. Semestinya ia satu pengalaman yang sgt menarik utk kami sekeluarga :)
Mula-mula sekali kami lalui kawasan rusa. Ada dua jenis rusa. Yang ni jenis "Fallow deer".
Yang ni pula jenis "Pere David's Deer".
Dua-dua jenis berbeza dari segi warna bulu dan juga bentuk tanduk.
Pergi ke depan sikit, nampak tiga ekor unta yang sedang sarapan pagi kot...
Selepas melepasi kawasan, boleh tgk harimau.
Harimau ni tak dilepaskan bebas. Garang dan ganas sgt kot. Boleh tgk dari luar pagar sahaja.
Kat sebelah kandang harimau, boleh tgk serigala yg berkeliaran.
Aisyah tanya, "Kenapa wolf ni aktif jer pada masa siang? Kan wolf aktif sebelah malam." Ha sudah, mula la keluar soalan yg mencabar minda. Saya jawab mungkin pihak zoo dah train kot utk dia aktif sebelah siang... huhuhu
Tapii kawasan yang agak lama kami luangkan masa ada kawasan di mana singa-singa ni berkeliaran.
Yang ni jenis "African Lion".
Teruja tau boleh tgk lion2 ni dari dekat. Tgk tu, selamba jer singa jalan tepi kereta kami.
Yang tu lion jenis kecil sikit. Ada lion yg jenis besar, rasanya bapak lion yang berdiri tepi kereta kami mmg sgt besar. Nak sama tinggi dengan kereta. Boleh bayangkan tak perasan kami masa tu. Bercampur baur - terkejut ada, eksaited ada, seram pun yer...
Ini lah bapak singa yg saya maksudkan...
Hah, siap bertentang mata lagi. Mau tak seram...
Tapi seronok jer tgk anak beranak lion yg sedang lepak2 bawah pokok tu..
Tempek juga sekeping gambar pemandu pelancong....
Dia yg akan terangkan, next haiwan apa pula yg kami akan jumpa. Kadang2 tukang ambil gambar bila banyak haiwan yg lepak di kawasan belah Irfan duduk.
Byk lagi gambar haiwan yg nak letak... Next entry lah yer :)
NuKilaN: