Irfan dan Aisyah dah mula sekolah 2/8 (Ahad) lepas.
Danish pula mula ke sekolah 4/8.
Ingatkan nak buat entry masa mula2 mereka sekolah.
Tapi tak sempat nak menaip entry.
Jadi hari ni dah masuk minggu ketiga mereka ke sekolah.
Masa hari pertama Irfan dan Aisyah ke sekolah, berdebar juga saya rasa.
Malam Ahad sebelum pergi sekolah, Aisyah duk berzikir, "I'm feel nervous"... jer sebelah malam tu.
Dengan saya sekali merasa berdebar-debar.
Irfan pula tetap cool macam biasa.
Saya cuba juga tenangkan perasaan Aisyah.
Ummi: Kakak, do you remember the first day when you go to school in UK?
Aisyah: Yes.
Ummi: Do you know anyone in your school?
Aisyah: No.
Ummi: Do you know how to speak English?
Aisyah: No.
Ummi: Now, you will repeat the same experience with new school and new environment. But it will be more easier as you know how to speak Malay and all of your friends are Melayu. I'm pretty sure you will enjoy your school day here as well.
Lepas tu baru nampak muka Aisyah tenang sikit.
Pagi Ahad tu selepas lapor diri di pejabat, kami dibawa ke kelas Aisyah dulu.
Jadi perkenalkan Aisyah dengan kawan-kawan dan guru yang mengajar.
Tapi Aisyah tak nak masuk ke kelas.
Jadi kami dibawa ke kelas Irfan pula.
Di kelas Irfan, Irfan seperti biasa dengan caranya yang sentiasa "cool".
Bila diperkenalkan dengan kawan-kawan, ada kawan yang hulurkan tangan.
Tanpa disangka, Irfan bersalaman sambil cium tangan kawannya.
Apa lagi, pecah la gelak tawa satu kelas tgk perlakuan Irfan.
Dan sebenarnya Irfan masih lagi keliru dengan siapa perlu bersalam cium tangan atau sebaliknya.
Adoi, saya sendiri tak dapat nak tahan gelak tengok gelagat Irfan.
Tapi lepas tu saya tengok Irfan cepat berkawan dengan kawan-kawan sekelasnya.
Jadi kami tinggalkan Irfan di kelas dan kembali ke kelas Aisyah.
Aisyah sedari tadi menggengam tangan saya dengan kemas.
Seakan-akan beritahu, "Ummi, janganlah balik. Temanlah kakak kat kelas."
Tapi nak tak nak, terpaksa juga saya leraikan genggaman tangan Aisyah bila sampai ke kelasnya.
Dia nampak nak menangis, tapi masih lagi Aisyah dapat tahan diri dari menangis.
Dia tengok saya pergi dalam pandangan yang sayu dan sedih.
Masa tu, kena juga keraskan hati untuk tinggalkan Aisyah dalam kelas.
Bila saya jemput mereka di sebelah petang, soalan pertama yang saya tanya, "How was your day?".
Jawapan Irfan, "OK".
Jawapan Aisyah, "It was a fun day. I got to know many friends. All the people want to be friend with me... bla bla bla".
Jawapan Aisyah selalunya berpatah patah.
Alhamdulillah, lega rasanya dapat feedback yang positif dan mereka dapat sesuaikan diri dengan sekolah :)
Cuma yang agak liat sikit untuk kejut mereka bangun pagi.
Kat UK, pukul 8 baru bangun pagi.
Kat sini, pukul 6 dah kena kejut bangun tidur.
Tak pe, lama-lama mereka akan biasa lah tu.