Wednesday, June 16, 2010

shopping online

Dalam entry lepas, saya ada cerita pasal buku yang dibeli secara online. Bermula dari situ, rasa seronok pula dapat shopping secara online. Cuma perlu klik jer pada barang yang kita berkenan, isi borang yang perlu, buat bayaran dan dalam masa beberapa hari, barang pun sampai. Rasa seronok sgt bila dapat bungkusan yang dipesan :). Dah la masa tu saya masih lagi dalam pantang. Nasib baik ada teknologi yang boleh digunakan utk shopping barang yang diperlukan.

Lepas baca buku tu, mmg rasa tak sabar nak ada pam. So, saya mula survey kedai kedai online yang jual spectra 3 (s3). Setiap kedai saya listkan harga dan aksesori yang ditawarkan. Mula - mula saya bercadang untuk beli s3 sahaja tanpa pakej double pumping. Kebanyakan kedai menawarkan single pump s3 dengan harga RM388 tak termasuk kos penghantaran. Utk double pumping, kena tambah lagi RM70. Setelah dibuat perbandingan antara kedai kedai online yang ada, kebetulan fabulousmom ada buat promotion. Harga single pam RM329.80 dan boleh buat purchase with purchase (PWP) utk dapat double pump dengan harga RM30. Bila kira sekali dgn kos penghantaran, semua sekali RM366.70. Tanpa membuang masa, saya terus buat pesanan berserta dengan bayaran.

Selang beberapa hari, barang yang dipesan dari fabulousmom pun sampai. Terus buka bungkusan, baca manual dan basuh aksesori yang perlu dibasuh. So far, ok la pam s3 ni sbb dia boleh buat double pumping. Walaupun dah tiga bulan s3 ni berkhidmat, kekdg rasa rindu jugak pada pamku yang lama walaupun sekadar pam manual.

kotak spectra3

Monday, June 14, 2010

two contests in a week

Minggu lepas, secara tak sengaja danish dah join dua contest. Contest pertama ialah Pertandingan Bayi Sihat yang dianjurkan oleh Pusat Kesihatan tempat saya bekerja sempena Minggu Kesihatan Jantung. Contest ini hanya terbuka untuk anak - anak staf sahaja. Saja jer join contest ni utk beri sokongan kepada pihak penganjur. Tapi, masa pendaftaran mmg agak terkejut sbb ramai juga staf2 yang ambil bahagian. Mmg suasana amat meriah dengan pelbagai ragam dan aksi bayi. Contest terbahagi kepada dua kategori: Kategori 1 (bayi berumur enam bulan ke bawah) dan Kategori 2 (bayi berumur 7 bulan hingga setahun). So, danish masuk dalam kategori 1.

Masa pandaftaran, berat bayi ditimbang dan panjang bayi diukur. Berat danish dah 6.5 kg dan panjang pula 65 cm. Lepas pandaftaran, kena jumpa doktor pula. Semasa jumpa doktor, doktor check keadaan fizikal baby dan kadar denyutan jantung. Alhamdulillah, semua tak de masalah tp saya terlupa bawa kad rekod kesihatan danish. Mesti kena potong markah sbb tak bawa kad. Tp masih ada rezeki danish rupanya. Danish dapat jugak hadiah walaupun saguhati. Ni dia hadiah yg danish dapat...

Dan empunya hadiah bersama hamper yg dimenangi...
Tidur dalam kepenatan...

Contest kedua pula Pertandingan Bayi Comel @ tesco. Bila shopping , minima RM50 dalam satu resit, bleh join contest. Masa mula- mula nak ambil gambar aisyah yang pakai costume princess, tapi aisyah bad mood pulak. Then cameraman tu tgk ada baby. Dia pun suggest ambil gambar baby sbb gambar tak cantik kalau ambil masa bad mood. Dalam hati, bleh ke amik gambar danish ni, pandai ke danish senyum? Rupanya, pandai pulak dia layan si danish sampai gelak besar. Dan hasil yang dapat adalah mcm ni...

Keputusannya tak tahu lagi sbb contest berakhir sehingga 11 Julai 2010.

Sunday, June 13, 2010

belajar dari kesilapan

Yang pasti, setelah disahkan mengandung anak yang ketiga, saya dah pasang niat dari awal untuk menyusukan bayi secara eksklusif. No more FM for first 6 months. Memang selalu berdoa agar niat tersebut dipermudahkan oleh - Nya.

Alhamdulillah, saya melahirkan danish di sebuah hospital swasta yang merupakan Hospital Rakan Bayi. Hospital berlainan saya melahirkan aisyah dan irfan disebabkan doktor yg menyambut irfan dan aisyah telah bertukar ke hospital tersebut. Pengalaman yang saya lalui di hospital tersebut memang cukup berbeza dengan pengalaman yang pernah saya lalui sebelum ini.

Bila danish lahir ke dunia dan siap dibersihkan, saya terus diberi peluang utk menyusu danish. Mmg seronok diberi peluang menyusukan danish dalam tempoh tersebut. Pengalaman yang tak pernah dirasai semasa melahirkan irfan dan aisyah. Walau pun danish belum pandai menyusu dan susu belum keluar, pengalaman tersebut mmg sangat indah dan terlalu manis untuk dikenang.

Disebabkan danish dilahirkan pukul 1 pagi, bayi tidak diletakkan bersama saya di dalam bilik. Pada keesokan hari, saya terus minta bayi dibawa ke bilik selepas siap dimandikan. Tanpa membuang masa, saya terus menyusukan bayi. Kali ini, danish sudah pandai menyusu dan kolestrum susu sudah mula keluar. Memang seronok sangat tengok danish sudah pandai menyusu. Sedang danish menyusu, seorang nurse datang utk memberi sedikit taklimat berkaitan penyusuan susu ibu. Dia mengucapkan tahniah sebab saya telah meyusukan bayi dengan kaedah pemangkuan dan pelekapan yang betul. Banyak juga maklumat yang dikongsikan bersama seperti cara menyimpan EBM, cara mengumpul EBM dan mcm2 lagi berkaitan penyusuan SI. Saya juga diberi satu pamplet sebagai rujukan. Dalam masa yang sama, saya seolah - olah makin teruja utk menyusukan bayi secara eksklusif.

Taklimat yang diberi semasa berada di hospital mmg amat bermakna pada saya. Apabila pulang ke rumah, saya terus mencari maklumat dalam internet. Disebabkan pam yang saya guna sebelum ni sudah agak uzur, saya bercadang utk mendapatkan pam yg baru. Bukan dah x boleh guna, tp ada spare partnya yang perlu ditukar. Spare part nya pulak, dah lupa letak kat mana. Maklum la, beli 4 tahun yang lalu. Mmg sayang jugak pam tu sbb senang nak guna. Pam yang sedia ada jenis manual jer. Walau pun manual, tp boleh beroperasi pada tahap yang optima.

Bila minta pendapat salah sorang kawan, dia cadangkan guna Spectra 3 (s3). Masa first time dengar brand tu mcm jakun jugak la. Dalam hati berbisik, ada jugak pam jenis elektrik rupanya. Sebelum ni saya ingat ada jenis manual dan bateri jer.  Hahaha... kawan saya kata, bukan setakat yang guna elektrik, jenis freestyle pun ada. Saya dah ketinggalan zaman rupanya. Masa godek2 maklumat pasal s3 la, saya jumpa laman web susuibu.com dan terus daftar jadi ahli.

Disebabkan saya susah nak akses internet kat rumah (sbb laptop hubby rosak), saya mintak ehsan mak sedara. Nasib baik dia bermurah hati pinjamkan labtop nya. Masa survey harga s3 kat kedai online, saya cuba order buku Panduan Menyusu bagi ibu yang berkerjaya. Dalam dua hari, buku yang saya order dah sampai.

Buku ini mmg banyak membantu saya mendapatkan maklumat yang diperlukan. Bila ada rujukan dalam bentuk hard copy, lebih senang untuk dirujuk pada bila-bila masa. Saya juga rasa lebih bersedia utk membuat stok EBM apabila kembali bekerja.

Salah satu maklumat berguna yang saya pelajari ialah jika kita hendak melatih bayi meminum EBM, seelok- eloknya biar orang lain yang memberi EBM kepada bayi seperti suami atau pengasuh. Sebab jika bayi sudah terbiasa dengan bau ibu, kemungkinan besar bayi akan menolak EBM yang diberi. Jadi saya pun terfikir, mungkin disebabkan saya sendiri yang memberi EBM kepada irfan, maka irfan sentiasa menolak apabila diberi EBM seperti yang saya ceritakan dalam entry lepas. So, utk perkenalkan EBM pada danish, saya serahkan pada maid. Alhamdulillah, danish tidak menolak EBM dan saya merasa cukup lega sekali kerana part yg sgt digeruni tidak berulang.

Related Posts with Thumbnails