Thursday, December 1, 2011

Burung kakak tua

Suatu hari, Aisyah bertanya, "Ummi tahu tak nak nyanyi lagu burung kakak tua?" Saya jawab, "Tahu!". "Cuba ummi nyanyi lagu tu," ujar Aisyah. Saya pun layan jer nyanyi lagu Burung kakak tua.

Burung kakak tua
Hinggap di jendela
Nenek sudah tua
Giginya tinggal dua...

letchu letchu letchu o la la
letchu letchu letchu o la la
letchu letchu letchu o la la
Burung kakak tua..

atau lebih kurang dalam video ni la...
Lepas saya nyanyi Aisyah diam sekejap, kemudian dia tanya lagi, "Ummi, burung ABANG tua tak ada ke?". Hahaha, nak pecah perut saya tahan gelak dengan soalan Aisyah. Tapi dengan muka yang dibuat-buat konfiden, saya kata, "Burung ABANG tua mana ada, itu nama burung la kakak". Tapi muka Aisyah masih tak puas hati. Kemudian saya dengar dia nyanyi...

Burung ABANG tua,
Hinggap di jendela....

Hihihi, rasa kelakar pulak, mungkin Aisyah fikir, kenapa burung dia jer yang boleh tua, kena burung abang tak tua? Ekekekeke!

Yang lagi kelakar, bila sampai part, "Letchu letchu letchu o la la" boleh pulak Aisyah tukar lirik, "Songkok songkok songkok o la la"... hahaha, lagi sekali nak pecah perut dibuatnya...

Saya tanya, "Kenapa tukar jadi songkok pulak?". Aisyah jawab, "Orang lelaki mana pakai LETCHU, kena la pakai songkok." ... Hahaha, bijak tak Aisyah saya ni???

p/s: Lecthu kalau dipronounce ke bahasa kelate adalah bermaksud "LIPSTIK".

NuKilaN:
 

Wednesday, November 30, 2011

konvokesyen Irfan

Sekolah dah hampir dua minggu bercuti. Tapi hari ni baru sempat nak update pasal majlis konvokesyen Irfan :)

Sebenarnya, kami baru balik dari KL. Lepas saya selesai kursus BTN, sengaja ambil cuti untuk bersama dengan  anak-anak. Nak spend masa berkualiti bersama anak-anak. Mulanya ingat nak ke Melaka, tapi macam tak best pulak kalau pergi bercuti tanpa perancangan yang teliti. So, kami just bawa anak-anak ke mandi kolam kat Sunway Lagoon dan bermalam di Putrajaya.  Banyak benda nak cerita, tapi kena mulakan dengan yang dah nak basi dulu, ekekeke.

Ni gambar konvo yang diambil dua minggu lebih awal.
Bila tengok gambar ni, macam tak percaya jer... eh, dah besar anak teruna saya ni :)

Majlis konvokesyen ni berlangsung pada 14 November 2011 bertempat di Dewan Terbuka, SK IPG KDRI. Majlis secara rasmi bermula pada pukul 11.00 am. Yang ada kat banner tu adalah tentatif awal.

 Sebelum majlis konvo tu, Irfan ada juga buat persembahan. Pasal persembahan tu, saya akan cerita dalam entry yang akan datang. Tapi lepas persembahan Irfan, ucapan dari wakil rakyat mengambil masa hampir dua jam. Ia membuatkan Aisyah yang menemani saya sempat dibuai mimpi.
 nula-mula ralit baca buku program
kemudian terus, ZzZZzzZzZZ.....

Usai majlis perasmian, penyampaian skrol kepada pelajar Pra-sekolah dimulakan. Ni antara gambar yang sempat saya snap.
 irfan yang sedang beratur
 siap sedia dipakaikan topi
 bersedia untuk naik ke pentas
 jalan hati-hati takut topi terjatuh
Huwaa.... sedih sangat bila tengok gambar ni... tiba-tiba boleh ada muka orang yang interprem... sabar aje la.. huhuhu...

Bila dah selesai, sesi bergambar dengan Aisyah dan kawan-kawan pula.
 Irfan dan Aisyah
 Irfan dan kawan-kawan
 Aisyah ambil peluang bergambar dgn jubah konvo
Gambar akhir, posing dengan beg sekolah baru. Jimat duit ummi sebab tak perlu beli beg sekolah utk tahun depan :). Dalam beg tu banyak juga set alat tulis yang pihak sekolah bagi termasuk kotak pensil, pensel warna, marker pen.

Tak sangka, tahun depan Irfan dah nak naik Darjah Satu. Cepat betul masa berlalu!

NuKilaN:
 

Tuesday, November 29, 2011

gambar kelas Irfan

Sebelum ni dah letak gambar Aisyah bersama kawan-kawan sekelas PASTI. Hari ni nak tempek gambar Irfan pula.

Satu kelas ada 25 orang. Sebelah kiri adalah guru kelas iaitu Cikgu Suzana dan sebelah kanan adalah pembantu guru yang dikenali dengan panggilan Kak Tie. Irfan berada di kedudukan lima dari kanan.

Bila tengok gambar ni, mengingatkan saya pada perbualan Aisyah. Dia tanya, "Ummi, kenapa gambar kelas abang, lelaki kena berdiri dan perempuan duduk. Tapi dalam kelas kakak, orang perempuan berdiri, tapi orang lelaki duduk?". Saya pun terkedu nak jawab soalan Aisyah tu. Sampai ke hari ni masih lagi terfikir, apa jawapan yang sesuai untuk soalan Aisyah tu... any suggestion?

NuKilaN:
 
Related Posts with Thumbnails