Thursday, October 4, 2012

Stay and Play

Minggu lepas saya bawa danish ke stay and play
Dapat panggilan dari Princeville Children Centre 
Mereka tanya, nak tak bawa anak ke  stay and play?
Saya kata, OK...

Sesi tu mula pukul 1.15 petang hingga 3.15 ptg
Setiap hari Rabu
Habis sesi boleh terus ambil Irfan dan Aisyah kat sekolah
(Kalau hari Khamis, 9.15 hingga 11.15 pagi)

Aktiviti yaang danish suka - main pasir, main air dan painting
Tempat pertama yang dia terjah adalah main pasir
Gigih isi pasir dalam baldi guna penyedok
Bila tengok orang lain ralit main air...
Danish pun nak join sama
Kena pakai apron dulu la sebelum main air...
Tengok, danish dah tak sabar nak main air
Belum siap pakai baju, tangan dah capai bola
Pemandangan lain dalam bilik
Ramai yang datang sebenarnya, tapi ada yg join sesi lain
Kena gilir-gilir ikut giliran :)

Sesi lain pun best juga
Ada sesi bercerita
Sesi nursery rhymes
dan sesi children confidence

Over all, we enjoyed the session!

NuKilaN:
 

Wednesday, October 3, 2012

WW:: Lakeside Village, Doncaster

Muka boring
Tunggu ummi dan abah shopping
Posing dulu....
Adik dah malas posing
Akhirnya...
 Upah utk anak2

Tu yg best bila datang kat shopping village di UK
Ada play area yg percuma
Dapat la mak ayah rehat kejap hilangkan penat
Sambil tu anak-anak boleh main...
win-win situation mat salleh kata :)

NuKilaN:
 

Monday, October 1, 2012

"Khemah" dalam rumah

Hari ni nak share salah satu hobi anak-anak - buat khemah dalam rumah. Kalau ikutkan hati, memang nak marah dengan kreativiti mereka ni. Mana taknya, sakit mata tau bila tengok rumah yang berjaya mereka sepahkan dengan mengantung kain untuk dibuat" khemah".

Tapi bila fikir dari sudut positif, biar aje la mereka dengan dunia kreativiti yang sedang berkembang. Mereka sedang mengasah otak kanan ( ke kiri?) dan berada dalam dunia imaginasi tanpa sempadan.... hehehe, ayat penyedap hati ni :p

Mcm ni rupa khemah mereka
Siap buat sign peace bila sedar ummi snap gambar
Kemudian dua2 tunjukan muka
Bila tgk muka mcm ni, mcm mana nak marah?
Toys dan bahan bacaan mereka
Kira ok la, main sambil belajar..... ekekekeke

Agak-agak, ada tak anak-anak orang lain yang ada hobi mcm anak-anak saya ni????

NuKilaN:
 
Related Posts with Thumbnails