Monday, April 22, 2013

Minggu Teddy Bear

Semester ni, kelas Aisyah akan belajar tema berkaitan dengan Teddy Bear. Setiap semester, kelas Aisyah akan mempunyai tema yang berbeza. Kalau tak silap semester lepas berkaitan dengan Party.

Jumaat lepas, dapat surat dari cikgu yang kena bawa teddy bear ke kelas pada hari ni. Bukan main eksaited Aisyah bila tahu boleh bawa teddy bear ke sekolah. Hujung minggu pun dia asyik tanya,"when is Monday?". Entah berapa kali saya kena jawap soalan yang sama.

Bukan setakat bawa teddy bear, tapi kena beri nama kat teddy dan berbincang personaliti teddy tu. Nanti kena cerita masa kat sekolah. Dari situ kot mereka belajar new vocabulary berkaitan teddy bear. Rasa macam saya pun nak tunggu dalam kelas tgk apa mereka buat dgn teddy bear tu :)

Hari ni pula, pagi-pagi lagi dia dah bangkit. Biasanya pukul lapan baru saya kejut anak-anak bersiap untuk ke sekolah, tapi hari ni pukul 6.40 pagi dia dah bangun. Siap tanya saya, kenapa tak kejut dia dari tidur? (lagipun skrang pukul 6.40 pagi dah terang benderang). Nasib baik dia puas hati bila saya kata masih terlalu awal :)

Tepat pukul 8.00 baru anak-anak mula bersiap ke sekolah dan kamai bertolak awal sikit, 10 minit sebelum gate buka. Masa jalan ke sekolah, Aisyah ternampak kawan sekelasnya yang tidak bawa teddy. Masa tu dia dah mula resah dan sorok teddy bear tu belakang stroller Danish. Tapi muka dia kembali ceria bila tgk kawan2 sedang beratur utk masuk kelas sedang memegang teddy bear :)
Saya parking stroller danish dan snap gambar :)

Aisyah terus meluru masuk ke kelas

Tapi sempat lagi posing dgn bebear nya
Masa ni muka dah ceria :)
Balik sekolah nanti, mesti lagi banyak cerita keluar dari mulut Aisyah :)

NuKilaN:

JJD5 ::: Show di Walt Disney Studio Park

** JJD5 - Jalan jalan Disneyland Paris bahagian 5

Dalam entry JJD4, baru perasan yang saya tertinggal satu show iaitu Stitch Live (lepas show tu baru kami tengok Disney Parade). Biasa saya tulis entry berdasarkan gambar. Disebabkan satu pun gambar tak snap gambar masa Stitch Live, tu yang terus lupa. Memang tak dibenarkan ambil gambar masa dalam studio, tapi search dalam Youtube, ada pula orang yang share video tu. So saya nak tempek kat blog buat kenangan....

Masa show tu, semua kanak-kanak dibenarkan duduk di depan skrin. Saya letak juga Danish kat depan, tapi dia tak nak. So hanya Irfan dan Aisyah join duduk kat depan.
Print screen dari Youtube

Anak-anak sangat terhibur tgk Stitch berinteraksi dengan para penonton. Telatahnya yang bersahaja sangat mencuit hati. Bila show habis pun, anak2 tetap tak berganjak, tak puas tengok gelagat Stitch :)

Kami juga berpeluang menonton show Cinemagic (cinema yang sangat magic). Penonton sangat kagum dengan wayang yang ditayangkan iaitu  gabungan beberapa filem popular dari zaman dulu hingga sekarang seperti Titanic, Star Wars, Marry Poppins,  Angels dan banyak lagi.


Banyak magic yang dilakukan semasa wayang ditayangkan. Ada watak yang boleh keluar masuk skrin, tiba-tiba pedang keluar dari skrin, ada pintu untuk keluar masuk antara dunia wayang dan dunia luar dan macam-macam lagi. Saya ingatkan anak-anak tidur masa wayang ditayangkan, tapi ketiga-tiga mereka menonton dengan begitu asyik sekali.

Juga nak tempek video dari youtube buat tatapan mommies yang merancang ke sana. Sangat berbaloi utk tgk show ni  :)


Show seterusnya bertempat di backlot, Moteurs.... Action!! Stunt show spectacular.

Moteurs.... Action!! juga adalah show yang mesti tengok bila ke sana. Aksi stunt motor dan kereta cukup membuatkan kami sekeluarga terpegun. Pengalaman menarik bila tengok aksi stunt motor dan kereta berkejaran, aksi tembak menembak, juga mereka menunjukkan aksi stunt orang dibakar api :)
Lokasi show sebelum bermula
Ada juga penampilan Mc Queen

Lima lapis baju kalis api dipakai untuk aksi ni :)

Untuk video penuh aksi2 stunt, boleh tengok video di bawah...



Masa kami pergi, PlayHouse Disney Live on Stage tidak ditayangkan. Memang yang ni pun sangat menarik utk tontonan anak-anak. Anak-anak memang suka tgk video kat bawah, so saya letak juga kat sini....


Animagic juga kami tak sempat masuk. Ingatkan nak masuk hari yang kedua, tapi tak sangka ada plan lain hari yang kedua. So yang ni pun layan ikut youtube aje laa :)


NuKilaN:
 

Saturday, April 20, 2013

Resepi kek pisang

Atas permintaan mommies, saya tempek resepi kek pisang yang kami anak-anak beranak cuba minggu lepas. Saya pun tak tahu dah berapa kali cuba masak kek pisang, tapi cubaan kali ni memang puas hati.

Saya dapat resepi dari blog SedetikIlham, tapi resepi asal adalah dari Periuk Tanah. Minta izin copy gambar dan resepi kat sini yer :)

Rupa kek pisang dari Sedetik Ilham
Hasil dari blog periuk tanah

Dah tgk gambar, jom kita intai resepi pula...

Resepi kek pisang...

Bahan-bahan:
4 biji pisang emas/ awak (saiz sederhana)- hiris nipis dan lecek
1 cawan gula pasir
1 cawan minyak masak
4 biji telur gred A
1 1/2 cawan tepung gandum diayak bersama 1 sudu teh baking powder dan 1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu besar air limau nipis
1 sudu teh esen pisang/ esen vanilla

Cara-cara:
1. Panaskan oven ke suhu 185 darjah Celcius api atas bawah. (saya guna Gas 4).
2. Sediakan loyang 4 persegi. Lenser dengan margerin dan alas kertas minyak atau kertas biasa AA
3. Kisar gula, telur, minyak di dalam 'blender' hingga putih. (3-5 minit)
4. Tuang ke dalam mangkuk. Masukkan campuran tepung. Kacau rata dengan senduk.
5. Masukkan pisang, esen pisang dan air limau. Gaul sebati.
6. Tuang adunan ke dalam loyang dan masak dalam oven selama 45 minit atau kek keperangan seperti di dalam gambar. Cucuk bahagian tengah kek dengan lidi sate untuk mengetahui kek masak sempurna atau tidak. (Saya bakar 30 minit sebab buat bentuk muffin)
*** Letakkan kek di rak paling bawah oven ( kalau guna oven elektrik 21 l) api atas bawah sepanjang proses untuk hasil memuaskan.

Ni pula hasil yang anak-anak buat...
buat dalam bentuk cupcake 
Sedia untuk makan :)

Selamat mencuba buat buat Farah, IF, dan Yati :)
NuKilaN:
 
Related Posts with Thumbnails