Friday, January 3, 2014

Botak


Musim luruh...
 dihidangkan dengan daun pelbagai warna...

Pemandangan sekarang depan sekolah saya...
Semua dah botak.
Bila compare dua gambar ni, baru perasan yang ada jalan baru kat depan ni.
Entah bila mereka buat agaknya.
Kalau balik pukul 5pm tu dah gelap gelita.


Thursday, January 2, 2014

Cebisan memori 2013

Seronok baca kisah kawan-kawan yang recap semula apa yang telah mereka capai sepanjang tahun 2013. Terasa ingin berkongsi sama suka duka kami di tahun 2013. Tapi seperti biasa, saya lebih suka bercerita perkara manis-manis aje. Yang duka tu, biarlah saya simpan kemas-kemas dalam lipatan memori 2013.

Awal tahun 2013, memang sakan dapat main salji. Salji turun on off, on off dari bulan Januari hingga ke bulan March. Memang main salji sampai lebam sampai anak dara dah mula ajak balik M'sia sbb dah tak tahan dengan sejuk.

Bergolek dalam salji hingga lebam
Kenangan yang pasti akan dikenang adalah apabila menjejakkan kaki ke puncak tertinggi Eiffel Tower bersama anak-anak. Walau pada mulanya mereka menolak untuk naik ke menara tertinggi, tapi akhirnya mereka cukup teruja bila berada di atas menara. Tahniah anak-anak kerana berjaya melawan rasa takut. Alang-alang ke Paris, langkah seterusnya tentulah Disneyland.
Eiffel Tower dan Disneyland

Bulan May juga penuh dengan aktiviti percutian dan yang paling seronok apabila menerima kunjungan tetamu-tetamu dari M'sia.

Lake District, 18 May 2013 
Family Day@Ilkley, 25 May 2013
Cuti-cuti London, 28-29 May 2013
Kenangan jalan2 bersama tetamu dari M'sia

Bulan Jun bawa anak-anak ke Muzium kanak-kanak yang juga dikenali sebagai Eureka. Beli tiket sekali dan boleh berkunjung ke Eureka banyak mana yang kita mahu dalam tempoh setahun. Tapi sampai ke hari ni tak sempat lagi nak pergi utk kali kedua walaupun tempatnya agak dekat dgn Bradford.

Tahun 2013 juga merupakan tahun kedua kami berpuasa dan beraya di perantauan. Cabaran berpuasa untuk tempoh yang lebih panjang pada tahun ni disebabkan bulan puasa jatuh betul2 di bulan summer. Namun Alhamdulillah, kami dapat melaksanakan ibadah puasa dengan baik.
Karenah berhari raya di perantauan
Sebenarnya dah lama nak tulis kisah Danish potty training. Tapi sampai ke tahun ni belum berkesempatan. Walau bagaimana pun, tetap nak catat juga sebagai kenangan. Sempena summer holiday 2013 (Julai-Sept), saya mula potty train Danish sbb dia akan mula ke nursery pada bulan Oktober. Memang masa tu agak sibuk dengan tugasan penyelidikan. Yang buat saya terharu, Aisyah yang lebih banyak mainkan peranannya. Dia yang ingatkan Danish bila dah cukup masa dan bawa Danish ke toilet. Terima kasih byk2 Aisyah. Terasa Aisyah dah jadi anak yang besar dan bertanggungjawab :)

Dalam kesibukan untuk menyediakan transfer report, sempat juga saya bawa anak-anak jalan2 ke Legoland semasa summer holiday tu. Baru perasan, yang satu entry pun tak sempat berkaitan percutian ke Legoland. Letak gambar aje la sebagai kenangan (ada masa, nak tulis juga entry tu sebagai kenangan).
Windsor dan Legoland, 17 Ogos 2013
Bulan oktober juga mencatatkan peristiwa penting dalam diari 2013. Danish mula masuk ke nursery pada awal bulan Oktober dan Alhamdulilah, akhir bulan Oktober saya berjaya transfer dari MPhil ke Phd. Syukur sangat-sangat kerana boleh meneruskan kajian ke peringkat seterusnya.

Rasanya itu ajelah yang boleh saya catatkan. Kenangan dan pengalaman berada di rantau orang :)

NuKilaN:
 

Wednesday, January 1, 2014

WW ::: Danish's Learning Picture


Muka depan
Sedikit penerangan dan senarai legend yg digunakan
Minggu pertama
Page kedua
Page ketiga
Page terakhir
Nota ummi,
Gambar tak berapa jelas kes curi snap dari nursery. Akhir semester nanti baru cikgu akan beri dan boleh simpan sebagai kenangan. Tak menyabar nak simpan dlm blog... ekekekke
Related Posts with Thumbnails