Ni kisah beberapa minggu lepas selepas saya menghadiri parent meeting sempena Danish akan masuk ke reception September nanti. Selepas meeting tu, pihak sekolah ada beri satu folder yang mengandungi beberapa dokumen penting berkaitan pendaftaran Danish utk reception nanti.
Antaranya jadual hari-hari pertama Danish di Reception.
Walau sesi persekolahan bermula pada 3 Sept (Rabu) nanti, tak semua pelajar perlu mendaftar pada hari tersebut. Ada giliran-giliran tertentu yang perlu mendaftar. Jadi cikgu pun tak kalut. Dibuatnya ramai yang menangis, tak ke haru jadinya. Lepas tu nak suaikenal dan ambil tahu perkembangan pelajar lagi. Jadi kemasukan nanti adalah secara berperingkat. Giliran Danish kena pada hari Khamis. Itu pun mula half day dulu. Hari Rabu minggu seterusnya baru sekolah full day.
Selain jadual, ada juga satu set borang yang kena isi dan kembalikan ke pejabat sekolah berserta dengan salinan surat beranak.
Ada juga beberapa pamplet.
Nak dijadikan cerita, saya cuma letak folder ni atas meja di ruang tamu. Bila nak teringat nak isi form tu, cepat2 saya turun ambil kat ruang tamu. Tapi folder tu dah tak ada!
Eh, misteri sungguh. Saya mmg ingat yg saya letak atas meja. Tanya abah, kot2 dia ada simpan. Dia kata tak simpan pun. Kalau abah tak simpan, mcm mana pula boleh tak ada? Hurm, misteri sungguh...
Maka bermula la sesi mencari folder tu. Segenap ceruk rumah saya cari. Dah la rumah tiga tingkat. Semua sekali saya cuba cari possible tempat yang saya selalu letak barang. Tapi tak juga jumpa2. Dah macam-macam doa saya baca nak cari folder tu.
Lepas penat duk mencari selama dua hari, tiba2 saya dapat idea nak tanya anak-anak bertiga. Kata saya, "Siapa jumpa folder Adik yg dapat dari nursery tu, ummi kasi 10 pound!". Tak agak2 nak beri byk tu. Janji dapat balik folder tu. Jawab Aisyah, "Kakak rasa kakak tahu folder tu kat mana if I'm not mistaken." Saya dah berbunga gembira bila Aisyah kata macam tu. Saya suruh Aisyah pergi ambil.
Tak lama lepas tu, Aisyah bawakan folder yang dicari-cari tu. Ya Allah, rasa lega sangat. Saya tanya, "Kat mana kakak jumpa?". Jawab kakak, "Kat dalam locker adik!". Huwaa, Danish yang simpan dalam locker dia rupanya. Patutlah puas saya cari tak jumpa. Tak terfikir pula nak intai dalam locker Danish.
Nak tak nak, kena la tunaikan janji kat Aisyah. Saya beri dua note GBP5. Saya cuba nego lagi dgn Aisyah, "kakak nak satu ke, nak dua-dua duit ni?". Jawab kakak, "Bagi satu kat kakak cukup lah."... Hihihi, melayang lima pound aje la. Lagi lima pound masuk semula dalam poket ummi :)
By the way, bermula September nanti semua pelajar kelas reception hingga Year 2 akan diberi
school dinner secara percuma. Untung Danish tak perlu bawa bekal ke sekolah macam abang dan kakak. Takde rezeki kakak dan abang utk dapat school dinner percuma. Kalau berbayar, kena charge GBP1.50 juga sehari. Untung Danish, kan? Rezeki dia :)
Nota ummi,
Budak2 ni mmg ada locker sendiri. Memang permintaan mereka sbb kat sekolah pun mereka ada locker masing-masing. Jadi senang nak simpan barang peribadi masing-masing :)