Sunday, December 28, 2014

Bah @Pasir Tumboh

Sedikit sejarah banjir di Pasir Tumboh yang kawan share dari FB Kelantan...
Memang betul pun.
Seumur hidup, belum pernah mengalami banjir seteruk ni.
Bah 2014 yang sangat luar biasa.
Begitu juga kata saudara mara dan orang sekampung.
Memang terkejut bila tgk jalan2 ni dipenuhi air...
Jalan saya selalu lalu nak ulang alik ke sekolah naik basikal....
Memang jalan ni tak pernah dinaiki air sebelum ni walau setiap tahun kelantan dilanda banjir...
Sejarah juga tercipta bila air melimpah hingga ke kawasan rumah rumah peninggalan nenek...
Gambar ni diambil dari surau tingkat dua...
Tak sangka air penuh sebegini...

Besar sangat ujian untuk rakyat Kelantan tahun ni.
Elektrik terputus, minyak pun kena catu.
Talian telekomunikasi juga dihentikan.
Makanan apatah lagi...
Allah, hanya doa yang mampu kita panjatkan....
Sekok sebok bedooh!

Friday, December 26, 2014

Update Bah

Selepas banjir besar di bahagian hulu kelantan, Gua Musang dan Kuala Krai, gelombang banjir bergerak ke Tanah Merah, Pasir Mas dan Kota Bharu.
Tak ketinggalan rumah mertua di Tanah Merah juga mula dinaiki air.
Sepanjang kami kahwin (10 tahun), ni kali pertama banjir melimpah hingga ke dalam rumah.
Tak dapat nak bayangkan betapa besarnya bah yang melanda tahun ni.
Semoga mereka yang diuji dengan banjir diberi ketabahan dan sabar dalam menghadapinya....

Tak kurang juga banjir di Pasir Tumboh.
Ni gambar yang saya dapat dari WA dan juga FB keluarga dan kawan2....
Pemandangan air dari depan taman perumahan kami...
Retok (jambatan) Pasir Tumboh....
 Kawasan sekitar Pasir Tumboh...
 Suasana di seberang jalan...
Jalan ke rumah kakak ipar...
 Air dah makin tinggi...
 Semua tangga rumah dah tenggelam...
 Juga air dah masuk dalam rumah...
Yang lagi mengejutkan bila adik WA kata yang dapat amaran suruh siap sedia takut air melimpah hingga ke dalam rumah.
Risau pula dibuatnya, dah la dia sorang jer kat rumah sekarang ni.
Sepanjang kami duduk dah berbelas tahun, memang tak pernah air melimpah hingga ke rumah kami.
Melihatkan trend banjir tahun ni yang agak luar biasa, segala kemungkinan boleh jadi.
Hanya mampu doa dari jauh semoga semuanya terkawal.... Insya Allah...

NuKilaN:
 

Thursday, December 25, 2014

Bah besar

Sedihnya tengok gambar2 yg sedara mara dan kwn2 duk kongsi dalam WA mahupun FB.
Banyak kawasan yang mengalami banjir yang teruk.
Terutama di daerah Kuala Krai yang katanya semakin tenggelam.
Ni gambar di depan pasar besar Kuala Krai pada 23/12/14.
Keesokan harinya (24/12/14) pasar semakin ditenggalami air.
Ada juga yang melaporkan sekolah yang empat tingkat pun hampir tenggelam dan mangsa banjir terpaksa dipindahkan ke tempat yang lebih selamat.
Ada juga yang terpaksa melarikan diri ke bukit berhampiran.
Tak boleh nak bayangkan nasib susah yang menimpa mereka.
Hanya mampu doa dari jauh.

Info terkini banjir juga boleh diperolehi dari ebanjir.kelantan.gov.my.
Ni printscreen aras air tertinggi dari laman tersebut di sungai2 uatama...

Kalau tgk pada hari ni, semua paras sungai berada di tahap yang merbahaya kecuali di Pasir Putih.
Bukan setakat melepasi, tetapi bacaan yg sangat jauh meninggalkan aras merbahaya.
Cepat benar air naik dan sekarang ni masih lagi naik.

Ya Allah, ampunilah dosa dosa kami. Kasihanilah kami Ya Allah....
#PrayForPantaiTimur

Related Posts with Thumbnails