Monday, January 5, 2015

Shopping time....

Kisah hari ni, iaitu hari Ahad...
Kami ke Boundary Mill, Colne.
Kali pertama kami ke sini bulan February 2012, iaitu masa mula2 datang UK.
Ni kira rombongan kali ke dua lepas hampir tiga tahun...

Cuaca pagi yang sangat sejuk...
Sila fokus pada dedaun hijau yang memutih...

Anak2 duduk lepak sini sementara tunggu abah shopping kasut..

Tapi mereka tetap juga mengepau dengan set painting ni...
Danish pula nak yang ni tapi tak diperkenankan... 
Hahaha... Mahal sgt rasanya sbb lebih dua pound...

Posing dulu dgn hasil rembatan sementara tunggu abah ambil kereta...
Esok tiga-tiga ni dah sekolah.
Bermula lah rutin harian seperti biasa....

psst, mommies kat UK... Portmerion Botanical Garden ada sale up to 75% + additional 10% diskaun bagi ahli. Harga yg berbaloi utk tambah koleksi :)

Saturday, January 3, 2015

Salam Maulidur Rasul

Marilah kita perbanyakkan selawat ke atah junjungan mulia Rasulullah s.a.w...

Thursday, January 1, 2015

1.1.2015

Tahun 2014 telah berlalu.
Sebenarnya saya macam tak sedar semalam dah hari terakhir tahun 2014.
Macam tak percaya bila ramai mommies tinggalkan komen dan ucap selamat tahun baru.
Baru lah terhegeh hegeh tgk tarikh.
Ya Allah, cepatnya masa berlalu.

2015... Tahun penentu segalanya (walau visa tamat Mac 2016).
Harapnya dapat habis belajar seperti dalam perancangan, Insya Allah... Doakan saya yer mommies...
Dah tak sabar nak balik ke Msia ni.
Rindu sgt2 kat keluarga di sana.

Letak juga pic tiga buah hati yang sangat memahami sebagai penghias entry pertama tahun 2015....


Apa pun, semoga tahun 2015 memberi sinar yang lebih ceria, lebih bahagia, lebih tenang dan lebih yg sewaktu dengannya :)
Related Posts with Thumbnails