Tuesday, September 20, 2016

Sibuk...

Minggu ni sangat sibuk dan kemuncak sibuk adalah pada minggu depan.
Ada event besar yang kena handle minggu depan.
Banyak lagi persiapan yang perlu dilakukan.
Berdebarnya rasa.

Tapi dalam sibuk tu, tiba2 rasa terawang-awang bila baca komen pelajar berkaitan pengajaran dan pembelajaran untuk semester lepas...


Betul la kan, kita yang "tua" ni pun makan pong!
Senyum lebar hingga ke telinga baca komen2 ni...'
They really made my day :)
Tiba2 rasa semangat nak pergi kelas petang ni  (^__^)

Honestly, lepas balik dari cuti belajar rasa sangat stress bila pergi kerja.
Banyaknya Sasaran Kerja Tahunan (SKT) yg nak kena capai.
Tak capai SKT, dah boleh kena exit polisi.
Sangat berbeza dgn suasana kerja sebelum tahun 2012.

Bila dapat compliment macam ni, jadi la ubat sikit untuk pergi kerja.
Rasa diri diperlukan.
Rasa diri dihargai.
Rasa ada lagi tanggungjawab utk mendidik anak2 yg sentiasa dahagakan ilmu.

Apa2 pun, kena cuba buat yg terbaik.
Mengeluh pun tak guna.
Hanya mampu mengadu pada-Nya.

Btw,semoga event minggu depan berjalan lancar.
Doakan saya yer...


Monday, September 12, 2016

Salam Aidiladha 1437H

Salam 10 Zulhijjah...

Tak tahu nak update apa...
Dah beberapa minit tenung skrin tanpa sepatah kata...
Entah bila la mood berblog nak kembali ni...
Rindu zaman tulis entry dgn idea yg selalu ada...

Tuesday, September 6, 2016

Baru senyum

Jam dah menunjukkan pukul 11.41 mlm.
Mata dah berat sgt, tapi tak boleh tidur lagi sebab budak bulat ni..
Pukul berapa la nak tidur ni... 
Masa ni pun duk ralit main, sembang dan senyum yg cukup menggoda...
Sebenarnya, after 5 days baru boleh tgk Aina senyum...
Dari hari Jumaat lepas dia batuk2...
Suara pun jadi serak...

So beberapa hari lepas, mmg cranky habis la Aina...
Asyik nak berdukung dan mengempeng jer...
Bila kita agah pun, dia buat derk jer dengan buat muka blur...

Ni gambar semalam..
Letak dlm walker kejap sbb nak basuh pinggan.
Tgk2 dia tertidur sendiri dlm walker...

Alhamdulillah, hari ni dia kembali ceria...
Jadi layankan aje telatah dia yg dirindui sejak lima hari lepas..
Semoga Aina sihat2 aje lepas ni :)

Related Posts with Thumbnails