Wednesday, November 9, 2016

Aina 7 bulan

Update Aina 7 bulan..

Berat dah 7 kg... boleh tahan juga rasa bila dukung Aina lama2. Nasib baik ada abang kakak yang boleh gilir2 dukung Aina.

Dah mula makan solid food. Sekarang ni dah tak suka sgt kalau blend halus sgt. Dia lagi suka yg ada tekstur halus2 sikit.

Susu kat taska minum banyak lagi. Masih kena bekalkan 4 oz EBM sebanyak 6 botol. Kadang2 cikgu kata pukul 3 pun susu dah habis. Ingatkan cukup la susu bila top up dengan solid food, tapi menten jugak minum susu dengan banyak... huhuhu

Dah boleh duduk dengan sendiri. Tapi masih kena buat pengawasan. Bila2 masa jer boleh tumbang. Tapi dalam duduk pun masih nak tumbang, dah ada hati nak bergantung pada kerusi untuk berdiri. Kuat semangat sungguh!

Merangkak dah makin laju. Apa dia nampak dan berkenan, cepat2 merangkak ke tempat yg nak dituju.

Suka sangat mengutip apa2 jer yang ada atas lantai. Dapat kertas, terus masuk dalam mulut. Dapat buku pun, dia boleh masukkan dalam mulut. Nak cepat pandai yer Aina, asyik makan buku ni?

Dah, jom tgk telatah Aina pula..

Keluar makan senang sebab Aina dah boleh duduk dalam baby chair...
Suka sgt dpt selfie... Mungkin sereonok tgk muka dia ada dlm kamera...
Boleh pula Aina buat aksi gimnas letak kaki mcm tu...
Muka ketat baru balik dari nursery..
Skrang kena beringat bila letak atas katil... Suka hati jer dia nak terjun ke bawah...

Sunday, November 6, 2016

Penutup SUKIM

Publish entry yang dah dua minggu dalam draf...

Ni sebenarnya kisah hari Sabtu, 22 Okt lepas.
Skrang dan masuk 6 Nov.
Dah tak lama nak masuk tahun baru.
Huhuhu...
Rasa banyak lagi target tak tercapai tahun ni.
Eh, dah melalut ke lain pula...

Rentetan minggu SUKIM 2016..
Seminggu lepas tu baru diadakan majlis penutup dan penyampaian hadiah...

Sebelum majlis penutup, diadakan juga acara sukaneka untuk kanak-kanak.
Anak2 yang paling eksaited bila saya kata ada sukaneka.
Kalau ikutkan, pagi Sabtu tu saya tak berapa sihat.
Pening kepala dan muntah2 (muntah ni tiada kaitan Aina nak dapat adik yea!!)
Tapi sebab dah beritahu awal2 yang ada acara sukaneka kat mereka, awal2 pagi mereka dah bersiap.
Rasa tak sampai hati pula nak cancel ke program penutup tu.
Jadi bersiap juga la dalam keadaan yang tak berapa sihat tu :(

Masa ni pelajar baru nak susun kumpulan sukaneka.
Ada dua kumpalan sahaja, jadi team boys lawan team gegirl.
Abang urusetia tunjukkan cara nak main game yg pertama - isi air dalam botol.
Aisyah in action...
Amboi, bukan main teliti lagi irfan masukkan air dalam botol...
Danish siap pegang botol lagi takut terbalik....
Satu game ni jer saya sempat snap gambar.
Lepas tu kepala mula rasa pening dan tak lama lepas tu kena cari toilet utk muntah.
Rasanya ada empat game yang mereka main pagi tu.
Nasib baik mereka bertiga dah pandai berdikari utk main game yang dijalankan :)

Sebelum majlis penutup, acara bergambar beramai-ramai dulu...
Kemudian diteruskan dengan sedikit ucapan dan penyampaian hadiah..
Untuk acara sukaneka, setiap peserta dapat hadiah hamper.
Seronok sangat mereka dapat hamper.

Ada juga cabutan bertuah.
Tak sangka, melekat juga satu nombor cabutan bertuah yang dipegang oleh Irfan :)

Untuk game, staf berjaya juga bawa balik beberapa pingat sebagai kenangan.
Alhamdulillah...

Balik dari majlis penutup, terus tidur.
Alhamdulillah, lepas tu baru rasa sihat sikit.
Betul la kan, kadang2 kita sakit tu as a warning that our body need to rest :)

Tuesday, November 1, 2016

Danish si Haji cilik

Program ni dianjurkan oleh tadika Danish pada hari Khamis lepas...

Banyak pula gambar Danish yang cikgu share dalam Telegram.
Jadi apa lagi, tempek la kat blog sebagai kenangan :)

Masa ni pelajar2 dah siap berpakaian ihram bagi lelaki...
Taklimat dari wakil Tabung Haji..


Kutip batu untuk melontar..
Dengar taklimat sebelum melontar..


Apa laa yang Danish duk menungkan tu...
Kemudian mereka tawaf pula...
Comel jer tgk haji dan hajjah cilik ni sedang tawaf...

Yang ni Danish bawa balik ke rumah...
Ada kertas yang kononya passport...
Jangan main-main, mereka pretend naik kapal terbang lagi..
Saya tanya, "Kenapa kena naik kapal terbang?"
Jawab Danish, "Mekah kan jauh".

Dan kalau perasan, ada plastik kecil yg berjalur putih ditulis dengan nama Danish.
Yang tu berisi rambut Danish masa aktiviti bercukur.

Saya pula yang eksaited tgk gambar2 tu.
Untung betul Danish, kecil2 dah belajar pasal haji siap dgn praktikal lagi.
Ummi dulu, belajar pasal haji masa form 4 atau form 5 (dah lupa.. huhuhu)
Tu pun belajar teori jer.. belajar pun utk exam jer.. huhuhu
Related Posts with Thumbnails