Wednesday, August 29, 2012

sedikit tips pavlova

Sekarang ni, pavlova dah semakin sinonim di kalangan rakan-rakan. Rupanya ramai betul peminat pavlova di Bradford ni :)

Selepas cubaan pertama saya yang boleh dikira menjadi, saya hidangkan pavlova kepada rakan-rakan semasa majlis berbuka puasa (hari lahir Irfan) dan majlis rumah terbuka (hari lahir Aisyah). Masa majlis berbuka, sekejap jer pavlova licin dikerjakan muslimat tanpa sempat dirasa oleh muslimin. Saya buat lagi sekali semasa open house - juga licin sekelip mata, siapa datang lambat memang tak sempat nak merasa.

Rahsia tak nak bagi pavlova rasa muak - kena buat bentuk meringue agak nipis supaya ia lebih garing. Kata mereka, pavlova ni memang cair di mulut. Sangat kena dengan manis dan masam buah-buah dan fresh cream. Ada juga rakan yang cadangkan supaya meringue dibentuk kecil-kecil - boleh cuba kot lain kali :)

Lagi satu, kena pandai pilih whipping cream. Saya pernah guna whipping cream jenama tesco. Bila putar, cream tu jadi tak berapa creamy dan rasanya kurang sedap. Bila diletakkan atas pavlova, cream tu akan masuk dalam pavlova menyebabkan kerangupan pavlova tu akan hilang :(

Pavlova pandangan sisi
Pavlova pandangan atas
Bila tengok gambar ni, teringat lagi rasanya yang unik tu..
Saya juga dah jadi penggemar pavlova!

NuKilaN:
 

Sunday, August 26, 2012

Raya kedua

Raya kedua, giliran rumah kami pula mengadakan rumah terbuka. Disebabkan hari raya kedua jatuh pada 20 Ogos, maka kami meraikan sekali hari lahir Aisyah yang kelima.

Saya tak masak banyak sebab masih banyak lebihan makanan pada hari raya pertama - terutama nasi himpit  dan mee spagetti. Daripada membazir, kami sepakat untuk menghidangkannya di rumah saya pula dengan menjadikan juadah soto. Nasib baik kat sini suhu sejuk - makanan susah nak basi. Ada juga sedikit kerisauan takut tetamu sakit perut, tapi Alhamdulillah... semuanya berjalan lancar.

Majlis bermula selepas Zuhur dalam pukul 2 disebabkan en Abah dan mula kerja pada raya yang kedua. Saya cuma masak kuah spaghetti, murtabak, nasi, ayam goreng dan gulai ayam. Agak kelam kabut juga waktu pagi tapi sempat juga hidang semua makanan sebelum tetamu sampai.

Walaupun kek birthday Aisyah ni agak comot, tapi nak letak juga kat blog sebagai kenangan.
Entah dari mana datang idea letak finger pastry kat tepi kek...
Nama Aisyah pula jadi AISYA jer sebab tak cukup space, nasib baik tuan punya kek tak complain.
Aisyah kata, "Kakak tahu sebab apa ummi tak letak H kat nama kakak. Mesti sebab tak cukup space, kan?".. . Ha ah, bijak pun anak ummi ni :)



Lepas potong kek, Aisyah dihiaskan dengan inai pula.
 Tak de dalam tentatif program pun..
Saja suka-suka
Aisyah dan Syasya
 Sabar menunggu inai kering
Taraa... ini la hasilnya...
Cantik tak tangan kami?

NuKilaN:
 

Saturday, August 25, 2012

Solat Aidilfitri @IslamBradford

Suasana  yang sangat berbeza bila menunaikan solat Aidilfitri di sini. Yang pasti, ia satu kenangan yang manis buat kami sekeluarga.

Disebabkan kami sampai agak awal, ruang solat masih lagi kosong. 
Kami mengambil tempat di ruang belakang.
Dalam 10 minit ke pukul 9, keadaan di ruang solat semakin sesak. 
Kami beralih ke ruang hadapan sikit.

Rasa insaf bila jumpa umat Islam yang pelbagai bangsa dari pelbagai negara.
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar!
Terima kasih Allah, nikmat-Mu tidak terhingga.

Disebabkan ruang solat sangat sesak, kena pandai-pandai adjust kedudukan solat bersama anak-anak. Mula-mula saya letak danish dan Aisyah di belakang. Bila mula solat, Danish dan Aisyah bergerak ke depan saya pula. Mereka tak kacau saya solat, tapi turut sama solat hingga habis. Tujuh kali iman angkat takbir, tujuh kali juga danish angkat takbir. Danish dah tahu, bila imam kata Allahuakbar... tangan kena angkat takbir.

Suasana yang berbeza, ramai bayi yang diangkut sama utk solat!
 Saya snap gambar ni semasa dengar khutbah raya.

Aisyah juga khusyuk dengar khutbah raya...

Selepas khutbah raya, kami dijamu dengan sedikit makanan ringan.
Kek, roti dan muffin - semuanya sedap2
Danish pun makan beberapa ketul kek..
Nyum nyum....
Lepas solat raya kami ke rumah terbuka di rumah kawan
Semua M'sian berkumpul kat sana...
Lewat petang baru balik rumah :)

Jangan terkejut, kat sini pun ada lemang dan rendang tau...
Ini buktinya....


NuKilaN:
 
Related Posts with Thumbnails