Sunday, January 20, 2013

Tak tahan sejuk?

Nak kata Aisyah tak tahan sejuk, rasanya tak juga. 
Hari ni pun bila si adik duk ajak main snow kat luar, dia pun beria sama nak main snow. 
Kalau balik sekolah pun, Aisyah boleh pegang snow hingga sampai ke rumah. 
Dah la cuma pakai glove kain.
Kalau saya, nak sentuh snow pun tak lalu - sejuk!
Kalau tgk telatah dia dari gambar kat bawah ni, lagi la rasa confius...

Balik sekolah terus pegang ais kepal

Guna glove kain pun Aisyah oleh tahan

Yang tak tahan, siap buat snow angel lagi


Kakak pakai spek takut snow masuk dlm mata
Habis baju dipenuhi snow lepas golek dalam salju

 Puteri salju sedang berendam dalam snow... 
Masa main mmg tak ingat sejuk kot... 
bila habis main dan rasa penat, mula la mengadu sakit itu sakit ini... 
yang paling cuak siap pesan suruh ummi belajar cepat, biar cepat2 boleh balik M'sia... 
alahai Aisyah!

NuKilaN:
 

White Bradford

Hari ni salji sudah mula menebal. Hujan salju juga masih renyai-renyai. Pemandangan di Bradford telah menjadi putih. Dijangka snow akan berterusan hingga ke hari Isnin.

Tak puas snap gambar bila salji. Rasa macam semua penjuru nak abadikan sebagai kenangan. Saya tempek di blog buat kenangan.

Belakang rumah kami
Halaman depan rumah
Suka tgk putihnya salju
Semua dah jadi putih
Rumput di taman sudah tenggelam dek salji

Ukur kedalaman salji, rasanya dalam 5cm

Pastinya kenangan yang akan dirindui bila balik ke M'sia nanti :)

p/s: Aisyah dah mula ajak balik M'sia... dia kata, M'sia tak sejuk... kaki dia pun tak sakit... tu la, sapa suruh golek dalam salju lama-lama...

NuKilaN:
 

Saturday, January 19, 2013

Cerita kegemaran Danish

Hari ni nak kongsi cerita kegemaran danish di siaran CBeebies. Siaran TV rasmi di rumah saya. Yang bagusnya, siaran Cbeebies akan berakhir pada pukul 7.00 malam. Sebelum siaran berakhir, akan ada cerita utk bedtime story. Tapi, tak pula danish tidur lepas tu.... masih lagi lasak bermain, hurm!

Ok, la berbalik pada tajuk utama. Saya letak beberapa sampel video youtube...

1. Mr Tumble - bila tgk cerita ni, mmg dah tak gerak pun dari depan tv. Kadang-kadang saya pun ralit sama tgk telatah Mr Tumble yg sangat menghiburkan.



2. Justin House - Pelbagai kisah lucu antara Justin dan pembantunya, Robert. Juga diserikan dengan kehadiran little monster.



3. Alphablocks- Belajar phonics, pendedahan awal kanak-kanak mengenali bunyi huruf.



4. Numtums - belajar mengenali nombor.


Belajar dengan cara berhibur, tak ada la anak-anak rasa jemu :)

NuKilaN:
 
Related Posts with Thumbnails