Saturday, April 20, 2013

JJD4::: Walt Disney Studio Park (WDSP)


** JJD4 - Jalan jalan Disneyland Paris bahagian 4

Lepas main Orbitron di Discoveryland, pengembaraan diteruskan ke taman sebelah iaitu Walt Disney Studio Park (WDSP). Boleh dikatakan kami banyak habiskan masa di WDSP berbanding Disneyland Park pada hari yang pertama. Walaupun WDSP tidak seluas Disneyland Park, tapi tarikan yang ditawarkan di sana memang menarik.

 Masuk jer dalam ni, terus nampak orang beratur nak jumpa dengan Mickey. Kami pun terus masuk dalam queue untuk menunggu giliran.
 Bukan main seronok lagi dapat ambil gambar dengan Mickey dan Minnie.
Opps, sorry... muka abah kena crop :)
Selain Mickey dan Minnie, boleh juga jumpa watak dalam filem Toy story. Tapi dah malas nak masuk barisan, so curi snap gambar dari jauh jer :)
Memang tak sah kalau tak singgah Toy Story Land. Tak naik pun ride kat sana sebab queue yang agak panjang. So hanya snap gambar anak-anak di tempat menarik :)
Lepas tu terus nampak Studio Tram Tour. Antara tempat yang saya memang nak masuk dan ramai yang review kata best. So, terus beratur menunggu giliran :)
Kami dibawa menaiki train ni untuk mengembara tentang cara-cara filem dihasilkan dari A ke Z.
Dengan kata lain, kami dibawa menjelajah penceritaan di belakang tabir apa yang berlaku dalam menghasilkan sesuatu filem bermula dari pembuatan skrip hinggalah kesan sampingan dalam movie.

Yang menariknya, kami juga turut merasa effect yang diecritakan - macam dalam pic kat bawah ni, tetiba jer air datang dan train kami mmg bergoyang-goyang :)
Nasib baik seat saya jauh dari air tu... kalau tak, memang basah :)
Lepas merasa kesan air, kami melalui effect kesan api pula. Memang terasa bahang panas tu. Tapi tu la, tu baru api atas dunia... entah panas mana bahang api neraka nanti, Nauzubillah!

Selesai mengembara di alam filem, kami nampak ramai yang dah menunggu untuk Disney Parade. So, tanpa membuang masa, kami juga terus mencari port yang strategik untuk menyaksikan perarakan watak2 Disney di depan mata :)

Perarakan diterajui oleh Goofy
Daisy dan donald duck :)

Snow White

Marry Poppins??

Monster - terkejut dia bila tgk ada geng cilik :)

Ratatouille

Perarakan di akhiri oleh Mickey dan Minnie. Ramai anak-anak yang menjerit memanggil nama Mickey dan Minnie. Memang ramai betul peminat Mickey dan Minnie ni. Rasanya tak ada orang yang tak kenal dengan Mickey dan Minnie, betul tak?

Bersambung...


NuKilaN:
 

Friday, April 19, 2013

Penuh dengan polis

Pagi tadi siapkan anak-anak agak lambat. Dengan hujan renyai-renyai, susah pula nak kejutkan mereka bangun pagi. Lagi dikejutkan suruh bangun, lagi mereka menarik duvet.

Tapi macam biasa, lima minit sebelum sekolah buka baru gerak. Keluar dari rumah, amat terperanjat bila tengok ramainya polis di sekitar rumah. "Eh, apa kes ni?" detik saya dalam hati. Nampaknya tak dapatlah guna jalan pintas untuk ke sekolah.

Kena guna jalan jauh sikit. Bila guna jalan jauh, memang kami jalan selaju mungkin. Nasib baik sempat sampai ke sekolah sebelum gate tutup. Fuh, lega :)

So, bila balik dari sekolah baru la boleh risik sikit2 apa yang berlaku. Memang ramai anggota polis yang sedang berkawal. Ada juga jiran sekitar yang bertanyakan polis apa yang berlaku. Jawab polis, "Maaf, kami masih menjalankan siasatan. Tiada komen boleh diberikan sehingga siasatan selesai". Tu dia, tak terjawab juga la persoalan yang bermain di kepala saya.

Tapi, ada juga desas desus yang saya dengar mereka sebut "suicide". Mungkin boleh jadi kes bunuh diri sebab kalau tengok kepada pegawai perubatan yang memakai baju macam angkasawan . Siap van "scientific support" dan ambulans pun ada. Tak sangka benda yang duk tgk dalam tv tu sekarang berada depan mata.
gambar dari tingkat tiga.. tak jelas sbb hujan
Dalam pukul 10.30 pagi  tadi hubby ada call (masa taip entry ni baru pukul 11.53am).  Dia kata polis siap ketuk setiap rumah untuk mencari saksi. Kot2 ada dengar apa2 semalam. Tapi memang kami pun tak dengar apa2. Biasa kalau tidur lambat, dengar juga kalau jiran2 gaduh, ni memang keadaan sunyi sepi jer.

Tiba-tiba rasa tak selamat jer. Tapi kat mana-mana pun memang tak selamat sekarang ni. Ramai betul orang jahat. Ya Allah, lindungilah kami sekeluarga!

NuKilaN:

PRU13::: Undi pos di United Kingdom


NOTIS PUSAT PENYERAHAN DAN PENERIMAAN BALIK KERTAS UNDI POS DI UNITED KINGDOM

Kepada Rakyat Malaysia yang telah memohon untuk mengundi melalui pos, Pusat Penyerahan Sampul Undi Pos akan dibuka pada ketetapan seperti berikut: 

Tarikh : 28 April 2013 (Ahad)
Masa : 9.00 pagi – 8.00 malam
Tempat : Suruhanjaya Tinggi Malaysia, 45-46 Belgrave Square, SW1X 8QT, London

SPR ada menyediakan kemudahan penghantaran melalui Karung Khas Undi Pos. Tarikh dan masa terakhir untuk memasukkan kertas undi ke dalam Karung Khas Undi Pos adalah seperti yang berikut:

Tarikh : 28 April 2013 (Ahad)
Masa : 8.00 malam

Dengan Arahan
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia




Nota ummi,
Selamat mengundi pada warga Malaysia yang berada di UK. 
Kali ni saya tak berpeluang nak membuang undi. Rasa rugi pula tak daftarkan untuk mengundi secara pos :(


NuKilaN:
 
Related Posts with Thumbnails