Friday, July 4, 2014

Resepi ringkas part 2 - Koleksi kuih talam

Tempek lagi resepi dari group Resepi Ringkas.
Kali ni bertemakan talam pula.
Rasa nak cuba dah ada, tapi entah bila dapat seru tu...

Resepi kuih seri muka durian... 
 Resepi talam cendol...
 Resepi talam keladi... Agak2 resepi ni kalau ganti dgn jagung jadi tak talam jagung? hurm...
Resepi kuih seri muka... Kuih peberet saya ni.... Memang tak sabar nak cuba yang ni...
Letak juga la satu resepi kek coklat....

Simpan kat blog dulu... bila dapat seru, boleh tgk kat sini jer :)
NuKilaN:
 

Thursday, July 3, 2014

Transition day

Hari persekolahan anak masih berbaki tiga minggu. Kira sekarang ni anak-anak dah berada di hujung sesi persekolahan. Yang best nyer kat sini takde exam. Jadi tak perlu nak risau pasal peperiksaan akhir tahun :)

Anak-anak akan mula bercuti utk summer holiday pada 18 Julai nanti. Sekolah akan dibuka semula pada hari Rabu, 3 September. Bulan September nanti, Irfan akan naik Year 5, Aisyah Year 3 dan Danish akan memasuki Reception. Untuk mempersiapkan pelajar2 bagi menghadapi sesi persekolahan yang akan datang, mereka telah melalui "Transition day".

Kelmarin (2 July) merupakan Transition day di sekolah anak2. Anak2 dibawa ke kelas baru yang mereka akan belajar pada sesi depan dan juga diperkenalkan dengan guru kelas yang baru. Disebabkan Danish akan memasuki reception pada tahun depan, jadi parent juga dijemput hadir sama semasa transition day tersebut.

Danish la yg paling happy bila saya pun join juga dengan dia dalam kelas. Utk sesi depan, Danish diletakkan di dalam kelas RSD, iaitu di bawah jagaan Miss Day. Cikgu yang sama masa Aisyah reception. Cikgu yang Aisyah paling suka juga.

Sempat curi snap beberapa keping gambar utk kenangan dalam blog...
Susah betul nak suruh danish pandang kamera...
Suasana kelas... Masa ni ramai yg dah keluar main kat luar kelas..
Eh, tetiba ada pula awek join Danish main bowling...
Saya pula yang seronok dapat sertai Transition day ni. Seronok tgk cara cikgu alu-alukan kedatangan pelajar2nya. Seronok tgk cikgu lakukan sesi ta'ruf. Tak kering gusi tgk cara kawan2 Danish perkenal diri dan cerita pasal hobi masing2. Cikgu pula bukan main pandai mainkan peranan. Tiba giliran Danish, dia senyap seribu bahasa. Haih, lelaki melayu terakhir sungguh la. Miss Day pula yang kenalkan Danish kat kawan2.

Wednesday, July 2, 2014

Tanaman sekitar uni

Epal... lagi sebulan kot baru boleh tuai...
Parsley... habis kering musim summer...
Pokok gooseberry....
Ini buahnya yang belum masak...
Lavender pun ada..
Rosemery... selalu juga petik buat ayam/daging bakar...
Blackcurrant....
Menjawab soalan Dana dalam entry "Currant".
Related Posts with Thumbnails