Sekolah akan bercuti dua minggu hingga tahun depan.
Jadi hari ni mereka ke sekolah tanpa memekai uniform.
Balik sekolah, masing2 eksaited tunjukkan hadiah yang mereka dapat dari sekolah.
Jadi saya pun tangkaplah gambar sebagai kenangan di akhir tahun....
Danish buat kali pertama dapat gelaran Champion Mathematician of the week!
Dia yang paling teruja tunjukkan sijil dan hadiah yang dia dapat.
Tahniah Danish, ummi really proud of you :)
Eh, entry terakhir hari Khamis lepas.
Penangan cuaca yang sgt sejuk, kami sekeluarga tak sihat.
Semua kena batuk.
Batuk yg agak terrible hingga rasa nak putus urat perut bila batuk tanpa henti.
Alhamdulillah, hari ni baru rasa fully recovered dan boleh buat kerja semula.
NuKilaN:






