Thursday, October 27, 2016

Say - It - Right Competition

Saya dah buat entry Danish join pertandingan Lego-A-Like.
Hari ni nak tempek entry Aisyah join Say-It-Right (SIR) competition pula.

Sebenarnya saya saja tanya Aisyah dia nak join tak SIR competition tu.
Tak sangka dia kata. "Nak!"
Dalam hati saya tertanya tanya juga.. mampu ke Aisyah bercakap bila berada di atas stage.
Maklum aje la, dia ni jenis pemalu and agak susah nak cakap bila depan strangers.
Walau hakikatnya, kat rumah dia sangat suka bercakap.
Jadi daftarkan juga Aisyah.
Tapi dia berpasangan dengan kawannya, Balqis.

Balqis dan Aisyah ni satu sekolah, tapi Balqis dah darjah 4.
Jadi mereka join kategori umur 9 dan 10 tahun.
Masa ni duk tunggu giliran.
Pertandingan dimulakan dengan kategori 5 dan 6 tahun dahulu.
Macam2 karenah comel boleh tengok tu.
Comel jer budak2 kecil beraksi atas pentas dengan pelbagai telatah.
Yang kelakar, ada satu pasangan budak lelaki yang tarik telinga pasangannya bila kawannya tak nak jawab bila tiba gilirannya.
Satu dewan gelak tengok telatah mereka.

Giliran Aisyah dan Balqis pula kena yang akhir sekali.
Jadi Danish pun sempat melihat kakak beraksi atas pentas.
Ni pasangan dari kategori 9 dan 10 tahun jugak...
The judges...
Bila dah sampai giliran, saya yang makin nerbes bila tengok Aisyah dah mula melangkah ke atas pentas...
Urusetia membetulkan microfon...
Lepas semua microfon berfungsi dengan baik, pertandingan dimulakan.
Mula-mula speaker berkenalan dulu dengan peserta.
Kemudian satu perkataan diberikan kepada setiap peserta untuk disebut dengan jelas.
Bila semua dah ok, pertandingan dimulakan dengan menyebut perkataan yang dipaparkan pada skrin,
Mereka kena sebut 10 perkataan yang berlainan.
Tak sampai seminit, dah selesai mereka sebut 10 perkataan tersebut.

Overall, they did it very well.
Dengan penuh confident dan sebutan yang jelas.
Tapi mungkin rezeki belum menyebelahi mereka.
Tak pe Aisyah, kita cuba lagi tahun depan :)

Lumayan tau hadiah utk tempat pertama SIR ni.
Dapat wang tunai RM600.
Bergambar dulu dgn sijil masing2...
Walau tak dapat menang sebarang hadiah, dapat juga sijil penyertaan dan yang paling berharga adalah PENGALAMAN.


NuKilaN:
 

Wednesday, October 26, 2016

Aina @AirAsia

Aina lagi untung dari abang2 dan kakak...
Umur 6 bulan dah naik flight...

Seronok tgk telatah dia dalam flight..
Semua dia nak explore...

Tengok la gaya dia tu... macam dah pandai membaca jer...
Cubaan nak buka food tray...
Si abang pula siap ber"tie" sebab nak hadiri majlis konvo aunty dia a.k.a Cik Nie..
Juga order kids food utk Danish takut dia lapar...
Tapi. end up saya yang kena habiskan... huhuhu

Ni flight nak balik ke KT sebelah malam...
Aina dah ber"pyjama", tapi Danish menten dengan kemeja dan tie...
Seronok agaknya bila ramai orang duk tegur dia hensem... huhuhu

Terpaksa pergi balik hari jer KT-KL untuk attend majlis konvo adik ke-7 saya sebab Irfan dan Aisyah sedang exam akhir tahun.

Tapi kan, memang betul lah orang kata.
Jauhnya nak berjalan dari terminal ke balai ketibaan di KLIA2.

Wednesday, October 19, 2016

SUKIM 2016

SUKIM: Sukan Informatik dan Matematik...
Kejohanan sukan tahunan yang melibatkan pelajar dan staf peringkat pusat pengajian.
Tahun ni kejohanan SUKIM ketiga yang dianjurkan...
Kira, ni baru first time saya join SUKIM...

So sepanjang minggu lepas, tiap kali lepas balik kerja terus angkut anak2 ke gelanggang untuk beri sokongan kepada player SUKIM.
Tak dapat main pun tak apa, janji dapat meriahkan suasana dengan beri sokongan :)

Saja nak tempek gambar2 yang dapat dari group wasap...

Player bola jaring...
Player bola tampar...
Player bola tampar jugak...
Sengit sungguh perlawanan antara team staf  dan team pelajar...
Tapi tewas juga dengan mata 19-21...

Team futsal..
Team pingpong...


Team badminton...

Aina belum kenal orang lagi... 
Sapa2 jer boleh dukung dia..
Senang keje ummi, boleh fokus pada game :)

Tengok ha, siap bawa meja piknik lg...
Kaum ibu pun angkut juga baby2 ke gelanggang...
Masa main, take turn la utk jaga baby...
Baby pun faham dan well behave bila mummy kena main :)

Tgk mak ayah main, anak2 pun asah bakat juga belakang court...
Aisyah ralit betul tgk game badminton...
Aisyah juga macam ada bakat nak jadi gol shooter, GS...
Sementara game rehat, Irfan dan danish ambil peluang utk main ping pong..
Aina juga tak lepas peluang utk beriadah...
Hujung minggu ni ada majlis penutup utk SUKIM...
Tiap2 hari minggu ni anak2 tanya, "Ummi, bila lagi nak pergi bersukan kat uni?"
Ha, seronok sangat la tu dapat main...
Padahal minggu ni dah mula exam akhir tahun...
Related Posts with Thumbnails