Thursday, May 20, 2010

danish 3 bulan

Alhamdulillah, hari ni baby danish dah berusia tiga bulan. dan dalam tempoh ini, danish berjaya saya susui secara eksklusif. So, misi dah berjaya untuk tiga bulan yang pertama, lagi tiga bulan sahaja utk penyusuan eksklusif sebelum danish boleh diperkenalkan dengan makanan pejal. Semoga perjuangan ini akan dipermudahkan oleh-Nya dan diteruskan sehingga danish berumur 2 tahun, Insya Allah!

Dalam tempoh tiga bulan yang pertama ini, semua dugaan yang mendatang dapat ditempuhi dengan jayanya. Ada la sekali danish refuse minum expressed breastmilk (EBM). Nak direct feeding jer. Dah la esoknya saya nak kena pergi kursus seharian. So, kena ajar maid mcm mana nak handle danish bila dia tak nak EBM. Cara dia, bila danish dah mamai mamai nak tidur tu, baru bagi EBM. Nasib baik kaedah tu berjaya. Beberapa kali jugak bekalan susu merudum. Memang sedih sgt time tu. Tp, bila byk bf - bf - pam, hasil SI kembali byk. Melalui pembacaan juga, saya selalu minum susu, horlick, air barli dan makan kurma untuk membanyakkan SI. Semuanya sesuai dengan saya dan production SI sangat menggalakkan.

4 comments:

  1. Salam ziarah. Salam kenal, jumpa geng sepenyusuan di alam maya ;)

    ReplyDelete
  2. Tahniah sbb berjaya BF untuk 3 bulan... Gambate!! dan caiyok2 utk 3 bulan akan datang

    ReplyDelete
  3. tq atas sokongan nik ha dan momma mia :)

    ReplyDelete
  4. Guess masa ni Nur masih di Malaysia ke?

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails