Thursday, July 8, 2010

beralih kepada lampin moden

Sebenarnya, dah sebulan lebih danish dah beralih pada cloth diapers (Cd) atau lampin moden. Sekejapnya masa berlalu. Rasa macam baru semalam dapat bungkusan Cd yang diorder online. Tup tup, dah sebulan lebih rupanya danish berCd. Tak banyak pun koleksi Cd danish. Jom kita tengok koleksi Cd yg danish ada...

semuanya ada enam keping sahaja
dua keping cd babyland printed
dua keping cd rainbow
satu jenis button dan satu jenis velcro
sekeping cd Coolababy all in one
dan sekeping cd sunny minky velcro
Tp yang ni (cd sunny minky) sebenarnya order utk aisyah supaya senang nak ajar potty train. So, sekarang ni aisyah guna Cd ni pada waktu malam sahaja sebab aisyah dah lulus potty train pada waktu siang. Senang betul nak ajar potty train kat anak perempuan rupanya.

Setakat ni danish tak berCd sepenuhnya sbb baru ada enam keping, tak sempat lagi nak rotate. Kena tambah stok lagi, baru boleh 100% berCd :). Rupanya tak susah nak berCd ni. Masa nak buat keputusan utk beralih ke Cd, rasa berat hati jugak. Selagi tak cuba, kita tak tahu kan? Tp bila dah mula berCd, memang saya takkan berpaling ke belakang lagi :)

2 comments:

  1. Salam,

    yg mana x bocor mlm? bby sy tido dari 9mlm - 7pg..tak bgn2...

    ReplyDelete
  2. tahniah sudah berCD.. Insya ALlah, nanti bila dah biasa, anak pun suka.. siap pilih sendiri lagi CD warna/corak apa nak pakai...


    jika nak tambah stock CD, jemput lah singgah ke kakyong's shoppe...
    http://kakyongshoppe.blogspot.com

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails