Thursday, July 28, 2011

aktiviti di Bukit Gambang Water Park (BGWP)

Seperti yang dijanjikan dalam entry lepas, saya nak bercerita sikit pasal BGWP. Kami spend masa 5 jam lebih kat dalam BGWP ni iaitu dari pukul 11 pagi hingga 4.30 petang. Tu pun jenuh pujuk budak bertiga ni naik sebab lepas tu nak gerak ke KL pulak. Kena sampai KL sebelum malam sebab nak celebrate birthday anak sedara.

Yang pasti, beza antara BGWP dengan Sunway Lagoon adalah BGWP ni memang 100% permainannya adalah melibatkan air. Kalau tak silap, Sunway Lagoon ada dua part (wet and dry), kan? Kira BGWP ni amat sesuai untuk kanak-kanak yang sukakan air.

Lepas pintu masuk, kita akan jumpa papan tanda ni.... maklumat yang membantu kita mengenali BGWP dengan lebih dekat lagi especially untuk keluarga yang pertama kali datang seperti kami ni :)
peta lokasi
Secara keseluruhan, kawasan permainan boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Coco Beach, Penguin Island dan Tree Top Hill Slides.

Sebelum main air, kami ke kaunter BGWP  untuk sewa pelampung, cabana dan loker. Tengok la anak-anak yang dah tak sabar nak main air. Bila abah letak jer pelampung atas lantai, mereka bertiga terus panjat naik atas pelampung tu.
berebut nak naik pelampung
Cabana tu optional jer sebab ada jer meja rehat yang disediakan sebagai tempat rehat. Kalau nak privacy yakni tak nak kongsi dengan orang lain, mmg dicadangkan untuk sewa cabana ni. Bila sewa cabana, dapat satu pizza dan dua botol air mineral.
danish yangs edang berehat di cabana
Kami sewa cabana di hadapan Coco Beach (CB). So, CB adalah tempat pertama anak-anak main air. Bukan main seronok lagi dia orang main air. Kebetulan dalam pukul 11.30 pagi tak ramai lagi orang. Sebelah petang, pantai ni telah dipenuhi oleh orang ramai.
danish dan aisyah di coco beach
Pantai buatan ni siap ada ombak buatan. Selang beberapa minit, ombak kuat akan melanda. Silap hari bulan jika tak sedar ombak sedang melanda, budak-budak boleh terpelanting dek kuatnya pukulan ombak. So, kena sentaisa alert dengan kehadiran ombak :)

Bila anak-anak sedang ralit main air kat CB, kami suami isteri tinggalkan anak-anak bawah jagaan pembantu rumah. Hehehe, kami berdua naik gelongsor di Tree Top Hill Slides (TTHS). Mula-mula, rasa takut juga bila tengok slide yang bukan main tinggi dan bersimpang siur tu. Tapi, saya cuba juga pujuk si suami supaya setuju. Tengok la bentuk slides tu yang membuatkan si suami fikir lebih dari 10 kali:
terdapat 3 jenis gelongsor..(13) Crystal Slide (14) Galaxy Slide  (15) Canopy Slide
Gelongsor tu bukan setakat tinggi, bersimpang siur pulak tu. Tapi akhirnya, en suami terpaksa juga bersetuju dengan permintaan si isteri....hehehe, sayang abang!

Mula-mual kami cuba Galaxy Slide (no 14). Fuh, memang mencabar nak tunggu sampai ke hujung. Entah berapa kali belok baru sampai. Dah la suasana dalam slide tu gelap gelita. Sebab tu dia panggil galaxy kot.

Lepas galaxy slide, kami cuba crystal slide pula. Rasanya ok skit berbanding galaxy tadi sebab suasana dalam gelongsor cerah dan tak banyak sangat beloknya. Lepas naik crystal slide, saya nak cuba canopy slide, tapi en suami dan surrender. Huhuhu, bersyukur aje la dapat merasa naik dua slide pun kan daripada tak dapat naik langsung, betul tak?

To be continue....

NuKilaN:
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails