Sunday, October 9, 2011

lukisan irfan

Sekarang ni, Irfan memang sangat suka melukis. Pantang jumpa pen dan kertas, ada jer idea yang dia akan luahkan. Masa first time tengok lukisan ni, macam biasa jer. Tapi bila perhati betul-betul, baru saya perasan. Ada teori sains di sebaliknya. Mommies boleh perasan tak?
Jom kita zoom skit gambar yang pertama.
Ada gambar tanah dan biji benih. Apabila cukup sumber cahaya matahari dan disiram air, pokok yang ditanam akan membesar.
Kalau tanam pokok strawberry, maka pokok akan mengeluarkan buah strawberry.
Kalau tanam pokok cili, maka pokok akan mengeluarkan buah cili. Sekian, pelajaran kita serba sedikit mengenai teori sains :)

Sebenarnya saya masih berkira-kira lagi ni... adakah irfan lukis gambar pokok strawberry sebab nak ajak ummi dia pergi Cameron Highlands? Mungkin dia ada terdengar perbualan saya bersama en suami tentang perancangan untuk pergi bercuti. Memang ada perancangan nak ke sana, cuma masa agak tidak sesuai buat masa sekarang atau dalam masa terdekat.

Dah lama tak ke sana. Kali terakhir kami ke sana semasa tahun 2006. Kena cari masa juga ni untuk bawa anak-anak makan angin, kan?

NuKilaN:

4 comments:

  1. Kalu ke CH, tido sana ok le cuma krg ni kalu sebelah petang, hujan!!!

    ReplyDelete
  2. pandainya irfan..6 thn dh faham teori sains.alhamdulillah..

    ReplyDelete
  3. irfan suka sgt tgk cerita sains kat astro... sebab tu minat dia lebih ke situ kot :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails