Tuesday, December 6, 2011

persembahan Irfan

Sebelum ni dah janji nak buat entry pasal persembahan Irfan. Persembahan Irfan yang pertama kali dalam sejarah hidupnya. Mesti letak dalam blog sebagai kenangan.

Kanak-kanak prasekolah menyampaikan dua buah lagu iaitu lagu "Ulat dan kepompong" dan lagu "Tanya sama pokok". Irfan kena pakai kostum bunga yang berwarna ungu. Bila dapat kostum tu, Irfan asyik kata, "Tak sabarnya nak buat persembahan kat sekolah.". Saya pun turut teruja bila dengar Irfan cakap macam tu :)

Saya sempat juga tangkap beberapa keping gambar dan buat rakaman video semasa persembahan.

Ni gambar sebelum persembahan bermula.
 kanak-kanak mengambil tempat atas dewan


Jom layan video persembahan Irfan dan kawan-kawannya.
Sistem suara yang digunakan kurang memuaskan. tapi kanak-kanak telah mencuba yang terbaik. Apa yang penting, keyakinan diri kanak-kanak dapat dipertingkatkan untuk berdepan dengan orang ramai. Bukan senang nak buat persembahan di hadapan ibu bapa yang hadir. Tahniah buat Irfan dan kawan-kawan.

Ini pula gambar setelah selesai persembahan.

Itu saja laporan persembahan Irfan. Terima kasih sebab sudi singgah :)

NuKilaN:
 

2 comments:

  1. tahniah buat Irfan.. Fikri tak habis belajar kat Taski ABIM.. huhuu... jadi xde lah acara akhir tahun...

    ReplyDelete
  2. tq kak yong....
    Fikri baru 5 thn, kan?
    Insya Allah, tahun depan pasti Fikri akan sekolah hingga ke akhir tahun :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails