Wednesday, October 31, 2012

Lawatan sekolah Irfan

Awal semester hari tu, Irfan tunjukkan surat yang diberi cikgu kelas iaitu  surat lawatan kelasnya sepanjang sesi persekolahan 2012/2013. Sesi sekolah terbahagi kepada tiga term. Sekarang term autumn.

Setiap term terbahagi kepada dua, term 1 and term 2. Maka, kelas Irfan akan mengadakan lawatan sebanyak 6 tempat sepanjang sesi persekolahan tahun ini.
Jumlah kos untuk lawatan sepanjang tahun GBP30 (nak convert kena darab 5). Nak bayar sikit2 pun boleh. Nak bayar sekaligus pun boleh. Saya bayar terus sekaligus, takut lupa :)

Dengan gigihnya saya cuba google apa sebenarnya tempat-tempat yang bakal dilawati. Maka bertemu laa dgn link2 berikut:

1. National Coal Mining Museum - http://www.ncm.org.uk
2. York Sweet Story - http://www.yorkschocolatestory.com
3. Dinosaur Dome - http://www.dinosaurdome.co.uk/index.html
4. Cartwright Hall - http://www.bradfordmuseums.org/venues/cartwrighthall/index.php
5. Retail Research Visit
6. Saltaire Visit - http://www.saltairevillage.info/index.html

Untuk term 1 yang lepas, Irfan dah pergi ke National Coal Museum. Ia ada kaitan dengan silibus sains yang mereka belajar iaitu berkaitan dengan jenis-jenis tanah dan batu. Tentunya pengalaman yang manis buat Irfan dapat meneroka sendiri jenis batuan yang dipamerkan dalam museum

Sekarang sekolah sedang cuti utk term 1 Autumn. Sekolah akan buka untuk term 2 Autumn minggu depan (5 Nov). Pada 6 November pula mereka akan ke York Sweet Story. Agaknya, apa pula yang mereka akan belajar di kilang coklat? Hurm....

NuKilaN:
 

11 comments:

  1. bestnya kalau dpt blaja kat sana...takla blaja dlm kls je mcm kat msia... setahun 6 kali keluarnya, byk input budak2 leh dpt...

    ReplyDelete
  2. wow bestnyer.....6 kali lawatan utk satu penggal? bagus kan.....cuba kalau kt sini, sekali lawatan utk satu penggal pon dah susah...huhuhu

    ReplyDelete
  3. bestnye melawat....sekolah kak sini pun patut wat cmni...baru la semangat budak2 tu... :)

    ReplyDelete
  4. Bestkan..6X tue. ;) untung irfan. £30 takla mhl utk 6 tpt tu kn.

    masa Zahin reception pon derg di bawa ke London Aquarium. Mmg seronok Zahin. Balik rumah excited dia cerita nmpk big 'Shark'. Hehe

    ReplyDelete
  5. kak Tini: Ummi dia pun rasa jeles :)

    Aisy: Tu la, rasa ummi dia pun nak ikut belajar sekali...

    Dini: Saya masa sekolah pun tak pernah ikut lawatan... sob sob :(

    Syuhadah: Mseti best kalau sek kat M'sia pun apply benda yg sama :)

    NoEn: :)

    Izu: Tu la, setiap kali buka half term, mereka akan buat lawatan. Ni pun dah hari2 duk tanya, bila sekolah nak buka.... excited nak pergi lawatan :)

    ReplyDelete
  6. seronoknya kalau di malaysia pun buat cara yg sama, kalo kira tak mhl mana bila dah convert RM sbb pergi 6 tempat yang berfaedah.

    ReplyDelete
  7. Insya Allah, harapnya suatu masa kita akan berubah juga... Ha ah, mmg tak mahal pun :)

    ReplyDelete
  8. wah... seronoknya... lawatan mmg akan buka minda kanak2... hm... di Malaysia... susah kot nak buat lawatan2 ni... hurm...

    ReplyDelete
  9. Ye kot... M'sia terlalu byk protokol dan paper work... kat sini sgt sempoi :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails