** JJD5 - Jalan jalan Disneyland Paris bahagian 5
Dalam entry JJD4, baru perasan yang saya tertinggal satu show iaitu Stitch Live (lepas show tu baru kami tengok Disney Parade). Biasa saya tulis entry berdasarkan gambar. Disebabkan satu pun gambar tak snap gambar masa Stitch Live, tu yang terus lupa. Memang tak dibenarkan ambil gambar masa dalam studio, tapi search dalam Youtube, ada pula orang yang share video tu. So saya nak tempek kat blog buat kenangan....
Masa show tu, semua kanak-kanak dibenarkan duduk di depan skrin. Saya letak juga Danish kat depan, tapi dia tak nak. So hanya Irfan dan Aisyah join duduk kat depan.
|
Print screen dari Youtube |
Anak-anak sangat terhibur tgk Stitch berinteraksi dengan para penonton. Telatahnya yang bersahaja sangat mencuit hati. Bila show habis pun, anak2 tetap tak berganjak, tak puas tengok gelagat Stitch :)
Kami juga berpeluang menonton show Cinemagic (cinema yang sangat magic). Penonton sangat kagum dengan wayang yang ditayangkan iaitu gabungan beberapa filem popular dari zaman dulu hingga sekarang seperti Titanic, Star Wars, Marry Poppins, Angels dan banyak lagi.
Banyak magic yang dilakukan semasa wayang ditayangkan. Ada watak yang boleh keluar masuk skrin, tiba-tiba pedang keluar dari skrin, ada pintu untuk keluar masuk antara dunia wayang dan dunia luar dan macam-macam lagi. Saya ingatkan anak-anak tidur masa wayang ditayangkan, tapi ketiga-tiga mereka menonton dengan begitu asyik sekali.
Juga nak tempek video dari youtube buat tatapan mommies yang merancang ke sana. Sangat berbaloi utk tgk show ni :)
Show seterusnya bertempat di backlot, Moteurs.... Action!! Stunt show spectacular.
Moteurs.... Action!! juga adalah show yang mesti tengok bila ke sana. Aksi stunt motor dan kereta cukup membuatkan kami sekeluarga terpegun. Pengalaman menarik bila tengok aksi stunt motor dan kereta berkejaran, aksi tembak menembak, juga mereka menunjukkan aksi stunt orang dibakar api :)
|
Lokasi show sebelum bermula |
|
Ada juga penampilan Mc Queen |
|
Lima lapis baju kalis api dipakai untuk aksi ni :) |
Untuk video penuh aksi2 stunt, boleh tengok video di bawah...
Masa kami pergi, PlayHouse Disney Live on Stage tidak ditayangkan. Memang yang ni pun sangat menarik utk tontonan anak-anak. Anak-anak memang suka tgk video kat bawah, so saya letak juga kat sini....
Animagic juga kami tak sempat masuk. Ingatkan nak masuk hari yang kedua, tapi tak sangka ada plan lain hari yang kedua. So yang ni pun layan ikut youtube aje laa :)
NuKilaN: