Saturday, May 18, 2013

Pengisian rohani

Suatu ketika dulu, komuniti melayu di Bradford selalu mengadakan usrah setiap hujung minggu. Biasanya bergilir antara usrah kaum bapa dan kaum ibu. Tapi bila komuniti melayu semakin menyusut, aktiviti usrah juga semakin menyusut dan hampir terkubur.

Sehinggalah dua minggu lepas, kami menerima jemputan untuk sedikit tazkirah dari Ustaz Daud, Leeds. Kali ini, topik yang dibincangkan sesuai utk kaum bapa mahupun kaum ibu. Maka dibuat sekaligus. Kami sekeluarga tidak melepaskan peluang untuk menghadiri pengisian rohani seisi keluarga yang didakan di BD5.

Ustaz Daud
Sebahagian hadirin yang sedang khusyuk mendengar
Perkongsian selama sejam, banyak memberikan input yang bermanfaat. Yang paling lekat diingatan, kita haruslah sentiasa bersyukur dan sentiasa bersifat pemurah. Harta yang kita dapat tidak kekal. Bila-bila masa sahaja boleh diambil balik. Jadi jangan kedekut untuk bersedekah. Hanya sedekah jariah yang kekal hingga ke akhirat :)

Ustaz Daud juga membacakan hadis yang menceritakan tentang Si Botak, si Buta dan si Sopak. Bagaimana si Botak dan si Sopak telah lupa diri bila diberi nikmat kekayaan sehinggalah semua sekali nikmat kekayaan dan kesihatan mereka ditarik balik. Dalam dunia realiti pun, ramai orang seperti si Botak dan si Sopak. Hanya si Buta yang tetap kekal sebagai seorang yang pemurah. Tapi, tak ramai orang seperti si Buta yang tetap pemurah walau telah sihat dan kaya raya.

Lagi satu, Ustaz Daud berpesan agar berhati-hati dengan isi kandungan yang disampaikan oleh orang lain terutama yang melibatkan hadis. Ini kerana ada di antara hadis2 yang disampaikan berbentuk "tidak habis" yang mana, maksud asal dan sebenar-benarnya gagal untuk disampaikan dan seterusnya membawa kepincangan. Jangan kita cuba untuk "share" di facebook atau blog hadis2 yang kita tidak pasti kesahihannya.

Selepas majlis, ada juga kami berbincang untuk adakan aktiviti ini secara konsisten. Mungkin boleh diselitkan dengan amali solat dan bacaan iqra' untuk anak-anak. Harapnya program seperti ni dapat diteruskan dari masa ke semasa.

Nota ummi,
Bila merantau ni, aktiviti sebegini yang merapatkan ukhwah semasa kami :)

NuKilaN:
 

28 comments:

  1. Alhamdulillah..dapat juga menghadirkan diri dlm majlis ilmu mcm ni kan Nur... mmg masa ini lah nak merapat kan silaturrahim sesama kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, kalau tak masing2 sibuk dgn urusan masing2 :)

      Delete
  2. btl tu nur..bile merantau kat negara org time ade majlis mcm ni dptlah kite mengeratkan silaturrahim sesame sedara kite...tak terasa sgt kesunyian kan:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, tepat sekali.. kalau tak memang susah juga nak jumpa :)

      Delete
  3. Alhamdulilah ada kesempatan nak menghadiri majlis ilmu mcm ni.. Byk yg dpt dimanfaatkan bersama....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la.. yang lagi best sbb dalam bahasa Melayu.... hihihi

      Delete
  4. Seronok dpt hadiri majlis ilmu. Dah lama juga tak pergi sejak ada iman. Kalau tempat org lg terasa keseronokannya sambil merapatkan ukhwah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, dapat juga tambah pengetahuan sikit2... betul tu UI, kalau tak mmg susah nak jumpa.... masing2 bz :)

      Delete
  5. Alhamdulillah Nur, semoga bermanfaat kepada semua org.
    Atas alasan itu lah pihak ESQ tidak membenarkan gambar Dan rakaman video tidak boleh diambil takut ada yang salam pemahamannya apabila hanya sekadar melihat gambarnya tanpa penjelasan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oooo, macam tu... betul juga polisi tu... daripada tersebar benda yang salah, baik prevent awal2 lagi...

      Delete
  6. Penting kan adenyer usrah camnie bila dok diperantauan..sebenarnya tidaklah semestinya ade ustaz baru blh buat..kaum bapa2 sendiri, mrk blh buat diantara mrk..cuma perlukan study btul2 atas topik yg hdk dibincangkan..inshaallah Allah will help...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum ni memang selalu buat macam tu... kami gilir antara usrah kaum bapa dan usrah kaum ibu...tapi bila "kepala" dah balik M'sia, dah takde orang yg take over... harapnya tu permulaan untuk program2 yang seterusnya :)

      Delete
  7. baguslah ada majlis ilmu sebegini

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah...bagusnya bila bkesempatan utk hadir majlis ilmu begini.tq share

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama....
      Betul juga kata ustaz tu.. lately orang suka sgt share benda kat facebook tanpa tahu hujung pangkal...

      Delete
  9. program yg molek diteruskan :) time ni bukan takat dapat erat silaturrahim, ilmu pun dapatkan

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah...bestkan berada dalam majlis ilmu...

    sy jarang share info/berita kat facebook..takut tak betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la saya pun... nanti tak pasal2 dapat dosa percuma kalau share benda salah, kan?

      Delete
  11. Baguskan bila ada aktiviti mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu ayu... sambil berukhwah, sambil cari ilmu :)

      Delete
  12. Bagusnya ada program camni...mungkin program ni akan jadi anothet kick start. Bab hadis palsu tu mmg betul. Ramai yg dah sebati dgn sesetengah hadis palsu yg biasa disebar@didengar. Mcm saya jgk lately ni aje baru tahu yg selama ni duk ingatkam sesetengah hadis tu betul, sebaliknya hadis palsu. So apa2 yg dishare tu tak boleh terima bulat2. Kena selidik jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu LL.. ada juga ruang utk kami bersua dalam masing2 sibuk belajar :)
      Kan? especially kalau amalan yang kita biasa buat, ingatan betul2 sunnah, tapi sebenarnya tidak.... Tu yang ustaz kata dia cukup risau dgn fenomana mcm tu...

      Delete
  13. Ayyo dah banyak dah kak nur tulis entry. Saya tak sempat nak leave komen. ni petang2 gini baru boleh duduk. Hari biasa keje terkejar2. Elok la tu buat usrah gini. Kat Mcr ni ada sekolah msia yang ngajar bebudak agama. Alhamdulillah. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gitu la bila dah mula kerja.. hihihi, kena curi2 masa baca blog... wah, best nyer macam tu... sekolah M'sia ada, klinik M'sia ada....

      Delete
  14. Bagus jugakkan Bijen..... Sekarang kurangnya terisi jugak jiwa kita nI dan yg pening Saling kenal!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, ada la juga bekalan utk akhirat.... lepas program, boleh la sambung sembang panjang... makin mesra gitu...

      Delete

Related Posts with Thumbnails