Saturday, August 24, 2013

Aktiviti petang 1 Syawal

Sambungan entry raya pertama.

Dalam pukul 1.00 tgh hari, baru kami gerak ke open house yang pertama. Ingatkan kami orang paling last, rupanya ada lagi yang belum sampai. Masing-masing sibuk sype dgn family di Malaysia sebelah pagi agaknya. Sampai line skype pun jadi agak bermasalah, hurm....

Rumah pertama, kami dijamu dgn bihun sup dan soto. Berkali-kali juga menambah. Nikmat betul dapat makan soto di hari raya. Dalam pukul 4 pula, kami gerak ke open house yang kedua. Tuan rumah menghidangkan nasi beriani dan nasi himpit. Juga makan dengan berselera sekali. Semuanya sedap2 belaka. Tapi satu gambar pun tak snap. Bila dapat makan, terus lupa kamera..... adoi!

Lepas habis makan-makan, entah macam mana tercetus idea utk ke universiti for blackcurrant picking. Kebetulan rumah yang kedua tu sangat dekat dengan universiti. Maka, jalan la kami beramai-ramai ke kebun universiti. Macam kelakar pun ada. Kalau kat M'sia, jalan ramai-ramai mcm tu untuk pergi menziarah, tapi kat sini jalan ramai2 di hari raya untuk petik buah. Budak-budak pun bukan main behave lagi sepanjang jalan tu. 

Sampai jer di lokasi yang dituju, masing-masing terus buka plastik bag yang dibawa. Semua sangat teruja tgk buah blackcurrant yang sangat banyak. 

Tengok lah Danish dengan plastik Morisson yang besar gedabak tu...
 Comel jer tgk mereka berbaju kurung tgh ready nak picking blackcurrant... semua muka sgt teruja...
Buah blackcurrant yang dah sgt2 ranum... tgk buah dah terbayang air ribena yang sedap tu... nyum nyum...
 Aisyah pun dah tak nak posing bila nampak saya ambil gambar...
 Tu dia... semua ralit mengedap buah blackcurrant utk dipetik...
Sebelum balik, sempat lagi posing ramai-ramai di pintu masuk University of Bradford. Ini baru empat keluarga. Kalau tak silap, total keluarga di Bradford ni ada tujuh.
Keluarga in white - open house pertama
Keluarga in purple - open house kedua
 Lepas posing, terus jalan balik rumah.
Macam tu la lebih kurang sambutan syawal yang pertama kami di bumi England untuk tahun ni (tahun kedua). Ada lagi dua tahun kami kena meraikan Syawal di perantauan.

NuKilaN:
 

31 comments:

  1. selamat hr raya...
    wah lama lg laa nk blk malaysia

    ReplyDelete
  2. raya sambil kutip buah blackcurrant ye,.. syok pengalaman tu... untung juga ada ramai kawan seagama senegara kat sana...meriah nampaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, terasa la meriah ala ala raya perantau :)

      Delete
  3. Seronok jugak kan lepas beraya open hsegie kutip blackcurrant..pastuh gie open hse lagi...umminyer buat jus blackcurrant ker makan gitu jer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. buah jus blakcurrant... makan gitu tak sedap... masam

      Delete
  4. Hehe btul tu kak Nur bila dah makan lupa nak snap2 gambar kan! ;D

    Nway comelnya Danish petik blackcurrant dgn baju melayu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? lepas tu baru rasa menyesal :)
      Hanya di Bradford, petik blackcurrant berbaju melayu... hihiihihi

      Delete
  5. Kenapa I taip komen panjang2 katanya "operation time out"? huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. lor, kesiannya.. Ai pulak terfikir, komen apa la agaknya yg panjang tu? hurmmm... (thinking mode)

      Delete
    2. Komen pasal baju raya.. komen pasal raya, komen pasal petik2 buah. hahaha dah lama tak singgah hari tu kan, panjang la celotehnya. tapi tak masuk pulak komen nya. huhuhu

      Delete
  6. Bagus juga agenda lepas gi open house, gi petik buah pulak ;)

    ReplyDelete
  7. selamat hari raya nurbijen. Seronok jugak ya mengutip blackcurrant tu. Tak terbayang macam mana beraya ditempt org. Tapi ok jugak kan coz ada teman2 senegara di sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks KZ...
      Tu la, meriah la juga sbb ramai juga M'sian kat sini :)

      Delete
  8. Seronok jg raya dpt merasa mknn mcm di tanah air kn?..apa pn raya tetap disambut.
    .wah raya2 pn sempat petik blackcurrant. .:)


    .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, seronok tu tetap terasa.. raya, kan?
      Tu la.. lain dari yg lain :)

      Delete
  9. Slmt hari raya.. Meriah juga tu. Kat m'sia ni tak dpt lah nak petik buah blackcurrant ;) cantik gambar ramai2 tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, meriah juga sambut dgn kawan2.. Thanks, gambar tu ada one student yg volunteer ambilkan.. mesti dia pun teruja tgk kami ramai-ramai dgn baju raya nak bergambar... ekekkeke

      Delete
  10. bestnya dpt makan buah blackcurrant fresh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan buah tak best, buat jus baru rasa kick :)

      Delete
  11. salam syawal buat nur dan family di perantauan,bestnya memetik buah blackcurrant tu......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks kak nurul... Hehehe, aktiviti sampingan di petang syawal :)

      Delete
  12. Eid Mubarak!Wah..boleh la lepas ni bawak Fahim petik blackcurrant kat Bradford Uni..tapi org luar boleh masuk petik gak ke?hehe..

    Meriah raya di Bradford..nanti merasa la kami beraya kat sana pulak nx year.Kami pindah Leeds bulan Oktober ni kak Nur. Nanti saya update kat blog area mana. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah, next year boleh petik blackcurrant dengan Fahim.. yeay... best best... boleh jer orang luar masuk.. sbb tu kawasan luar barrier gate....
      Next year boleh la kita raya sama-sama... Dah tak lama tu nak pindah Leeds... mesti sibuk nak kemas rumah bila kena pindah.... Orang lama kat Leeds, Kak Midah dan Ustaz Daud... nanti boleh la kenal dengan mereka... ke mmg sekarang pun dah kenal? hihihi, maklumlah, Leeds pun tak ramai orang M'sia :)

      Delete
  13. Keluarga yg pakai baju coklat tu bila agaknya nk buat open house hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami buat masa raya ke-4... sekali dgn celebrate birthday Irfan dan Aisyah :)

      Delete
  14. raya2 pun sempat petik buah ye..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la... nampaknya tak banyak rumah yang boleh ziarah.... alang2 dah berkumpul, seronok juga dapat picking buah ramai-ramai :)

      Delete
  15. wah seronoknya nampak... petik buah anggur di pagi syawal... mmg lain dr yg lain... heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la... hanya di Bradford... hahaha, lain dari yg lain :)

      Delete

Related Posts with Thumbnails