Friday, November 1, 2013

Alhamdulillah....

Terima kasih atas doa semua.
Alhamdulillah, viva berjalan dengan lancar berkat doa semua.
Terharu sangat-sangat bila ramai tinggal komen dalam entry "Silent Mode On".
Terima kasih juga pada yang sudi jenguk ke sini even blog tidak berupdate.

Sebenarnya, ni bukan viva PhD lagi.
Kat sini, kena buat mini viva untuk transfer dari MPhil ke PhD. Jadi lepas ni baru officially bergelar pelajar PhD.
Dengan lulusnya viva ni, saya pun lebih yakin yang penyelidikan yang sedang dibuat boleh contribute to new knowledge in order to get the PhD.
Yang pasti, ia pengalaman sangat berharga.
We should know the originality of our works and the gap of our research.
Macam mana cara nak defend yang research kita sedang buat boleh melayakkan kita mendapat PhD.
Kalau viva yang betul pula, kena kena defend tesis kita pula.
Kena defend hasil kerja tiga tahun bagi melayakkan kita diberi PhD.
Yang tu lagi la berdebar.
Ada lagi setahun setengah untuk siapkan tesis PhD.
Perjalanan masih jauh.

Rindu dengan blog mommies.
Lepas ni boleh mula blogwalking dengan aman :)

Nota ummi,
Baru lepas viva supervisor dah tanya, "Can you prepare the draft of paper in a month?"
Huwaaa, ingatkan dapat la rehat sikit. Tapi langsung xde istilah rehat dalam kamus hidup supervisor saya :(

NuKilaN:

21 comments:

  1. Alhamdulillah.. boleh la bernafas lega untuk weekend ni kan. Have a rest first ;) Thats why la kami sangat sangat tabik penuh hormat mereka yang ada PhD, dan juga mereka yang usahakan PhD. Saya yang course sempoi ni pun dah mengah, tak terbayang tesis u macam mana. Salute ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks mama JJ :)
      Tak payah nak tabik sgt… masing2 ada kelebihan tersendiri… Alhamdulillah, saya diberi peluang utk belajar hingga ke peringkat tertinggi…. Tapi lagi banyak baca buku, lagi kecil rasa diri… banyak benda yang belum tahu :(

      Delete
  2. Alhamdulillah...lega semuanya dah selesai utk setakat ni...

    Sokong pendapat nas kat atas tu... mmg salute...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, lepas satu bahagian…. mmg lega :)

      Delete
  3. Alhamdulillah..selamat melangkah ketapak yang lebih mencabar, i'm sure u can do it..tak sabar nak panggil doc nie ..heheh..anyway lps nie berapa tahun lagi tinggal?
    nak amek phD nie my cite2 ms dalam 20s..hmm bila dah tak terbuat even master pun ms 20s mmg selamatlah berkubur..pernah dpt offer master kat UiTM tp tak terambik lak ms tuh for some prblm..huhuh..skrang nie lg lah takder chance nampaknyer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala, tak panggil doc pun xpe… lagi pun, mana pandai ubatkan orang…. hihihi
      Saya mmg tak pernah terfikir akan buat PhD… tapi tak sangka diberi peluang bila dah tua ni….

      Delete
  4. Alhamdulillah..

    Bukan mudah nak senangkan tp syukurlah sbb semua famili Nur ada depan mata, itu pembakar semangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak Tini… family yang buat saya jadi kuat… tak nak tunjuk sedih2 depan anak-anak… even selalu juga berdrama air mata depan penyelia, balik rumah kena tunjuk muka happy :)

      Delete
  5. Alhamdulillah....syabas nur

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah nur..settle jg viva tu..dah nk melangkah ke next step kan..syukur..



    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ni lagi la besar cabaran… tapi lega sbb satu stage dah lepas, Alhamdulillah :)

      Delete
  7. Alhamdulillah. Tahniah kak Nur..teringat time suami sy nak viva transfer mphil ke phd, bdebar2 dia sebelum hari viva tu :) dah lepas ni bleyla gi celebrate jln2 ke hehe

    Aritu singgah Rumah Ninie kt Bradford tp dh mlm..klu siang igt kan nk visit kak Nur skali tp tade rezeki hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg perasaan berdebar tu Allah saja yang tahu… Tapi bila dah lepas, baru boleh tarik nafas lega… Entah la bila nak celebrate, jadual belajar skrang agak pack…
      Tu la, belum rezeki kita boleh bersua…. Insya Allah, harapnya sempat jumpa sebelum Izu balik M'sia for good nanti...

      Delete
  8. tahniah sis! saya tak boleh bayang nak buat PhD. Masters ni pun terkedek kedek. :-|

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun mcm tu… mmg tak boleh bayang sebelum buat…. skrang baru rasa penangan Permanent head damage tu :)

      Delete
  9. Nak mengecap kejayaan mmg kena usaha keras Bijen....kalau nak jadi mcm Okje yg tk de masa depan ni....duk je le goyang kaki berblogging hehe
    Moga maju jaya Bijen...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Okje….
      Tak baik kata diri sendiri xde masa depan…. jadi suri rumah lagi la besar pengorbanan...

      Delete
  10. Tahniah! Bukan mudah kan nak belajar dengan menguruskan keluarga lagi. Salute habis. Saya sendiri tak terdaya rasanya nak menyambung belajar lagi lepas tamat. Takut yg dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran pulak. Semangat pun hangat-hangat aje datangnya :D

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails