Friday, June 6, 2014

Tempahan kek

Tajuk kemain lagi.
Bukan buat bisness pun ada kawan minta tolong buatkan kek utk birthday husband dia.
Terkejut mak tau, tetiba ada orang nak tempah kek.
Kalau yg jenis profesional tu tak pe la jugak.
Ada juga yang berkenan dengan kek comot saya ni.. huhuhu
Dah la kawan tanya, nak letak harga berapa...
Letak printscreen conversation la senang sikit...

Kikiki, kelakar pun ada...
Letak tiga pound tapi nak bayar lima pound...
Ada jugak customer lagu ni....

Hasilnya, ni la kek comot saya tu...
Harapnya kawan saya ni puas hati...
Seronok dapat tolong kawan-kawan ni...
Seronok tgk mereka makan kek ni... Kejap ker dah tinggal separuh :)

Walau hubby sendiri terus perli bila saya kata nak buat kek ni.
Kata beliau, "Lepas ni boleh la buat papan tanda kat luar rumah. Kek dijual di sini.".
Apa-apa aje la... dah malas nak makan hati... baik makan kek!

Patutlah Okje kata, "Tengok awak belajar kat sana macam takde problem jer.. macam enjoy jer... Siap boleh blogwalking lagi"... Kali ni mesti dia komen, "Siap boleh jual kek lagi".... kikiki, jangan marah mak jilap... Bergurau jer di petang Jumaat ni :)

Nota ummi,
Realitinya, buat PhD memang perlukan komitmen yang tinggi. Cabaran dan dugaan tu memang banyak tapi saya jenis malas nak merungut kat blog ni. Doa jer byk2 semoga Allah tunjukkan jalan dan kuatkan semangat. Apa yang kita tulis juga doa. Jadi baik tulis yg elok2 ajer. Tulis blog dan BW juga boleh hilangkan stress tau :)

12 comments:

  1. Hehehe boleh tawar menawar pulak tu Nur.. customer pulak kata murah..
    betul tu nur.. tak payah nak stress sgt.. Akak Doakan Moga Nur mendpt kejayaan Dan dipermudahkan..

    ReplyDelete
  2. customer plak yg up harga..hehe..dia betul2 suka la tu.. x pe kak Nur, buat benda yg kita suka salah satu terapi juga

    ReplyDelete
  3. Rezeki tambahan pula ya. Mesti kawan tu dah tahu kesedapan air tangan Nur dan nak yang betul2 halal, sanggup bayar mahal daripada yang jurujual bg.. boleh apa ikut cadangan suami Nur tu? Haha

    ReplyDelete
  4. xpe la Nur,teruskan BW jika dgn cara itu bleh menghilangkan stress..

    ReplyDelete
  5. ylh Nur, betul gak kata suami tu, apa salah niaga kek, kt sana bukannya mudah nak makan kek yang tentunya terjamin halal

    ReplyDelete
  6. comel je keke,takdelah comot pun..klu dh ada org nk tempah tu nmpk sgt mmg sedap la kan air tangan ummi..

    betul tu baik tulis yg elok2 je..yg tak elok tu simpan sendiri..haha tp sy jenis boleh tahan kuat merungut gak kan..huhu

    ReplyDelete
  7. ok juga Nur.. siap boleh dpt tempahan lg.. mesti sedap ni..hehe.. erm..sy sbnrnya mcm Nur juga tak suka tunjuk klu sy tengah stress buat kerja or msa bljr dulu.. so org tak tau.. cuma bila stress tu sy byk diam..huhu

    ReplyDelete
  8. amboi biz masyuk!!!!heheh. masa @perantaun ni la nur nak tjk skill, dea blk kapung kita plak order dgn org. pepepun buat bz cake blh hilang stress juga bt phD tu. pulun study sgt2 pun mereng gok….

    ReplyDelete
  9. Tahniah, masih sempat buat kek tu, hebat seyh

    ReplyDelete
  10. Haha...pandai baca hati mak lah awak ni Bijen...hehe...
    Betul kata hubby tu Bijen buh le papan tanda ....manalah tau kaya raya nanti...hehe..
    Buh le resepinya....bukan selalu suka masik entri ke

    ReplyDelete
  11. Okeylah tuh kak rupe kek tuh....cantik...lpas nih meeg boleh jual kek la

    ReplyDelete
  12. Hahaha..sempat ambil tempahan kawan lagi. Orang offer lebih, penjual sendiri turunkan harga. Kelaslah Nur :)

    Ha'ah, bolehlah letak papan tanda di depan rumah kata nak jual kek. Belajar, belajar juga, kepuasan hati pun kena ada. Kalau tidak, macamana nak rasa bahagia *__*

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails