Friday, September 26, 2014

Orang kuat

Saja nak share kat sini...
Walau dah ramai yg share dalam facebook mahupun WhatApps....

Suatu malam seekor ular menyelit masuk ke dalam gudang kayu. Secara tak sengaja, ia menyusur di atas gergaji. Tajamnya mata itu gergaji menyebabkan perut ular terluka.

Ular beranggapan gergaji itu menyerangnya.
Ia pun membalasnya dengan mematuk gergaji itu berkali-kali, serangan tersebut menyebabkan luka parah di bagian mulutnya.

Marah dan sakit yang amat sangat, ular itu berusaha mengerahkan kemampuan terakhirnya untuk mengalahkan 'musuh' tersebut. Ia pun membelit gergaji itu sekuat tenaga. Belitan tersebut menyebabkan lukanya teramat parah dan akhirnya ia pun mati di situ.

Di saat beremosi dan marah, rasanya mudah sekali bagi kita untuk melukai dan menyakiti orang lain.

Padahal kalaulah benar-benar kita sedar, sebenarnya yang akan terluka dan sakit adalah diri kita sendiri.

Maka benarlah sabda Nabi saw yang bermaksud, "Bukanlah orang yang kuat itu orang yang menang bertumbuk, tetapi orang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal diri daripada sifat marah." 

(HR Bukhari & Muslim)



11 comments:

  1. Sungguh setuju. Kata-kata bak paku yang tertancap di kayu tu pernah saya dengar dan memang betullah, kesannya takkan mudah hilang...

    ReplyDelete
  2. Salam Jumaat Nur.. betul sangat tu.. setuju...walaupun dah memaafkan atau di maafkan pasti ianya tetap meninggalkan kesan...berhati2lah dlm setiap perbuatan kita...

    ReplyDelete
  3. indahnya entry ni.
    maksud yang cukup mendalam.

    ReplyDelete
  4. lancar jer ceritanya.. clean and clear, tertusuk jiwa terus. thanks for sharing.

    ReplyDelete
  5. Betul tu. Peringatan buat diri sendiri juga. Mekasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  6. salams nur, betul kata-kata itu..utk peringatan nauzubillah dijauhkan dr sifat begitu...

    ReplyDelete
  7. AllahhuAkbar!

    Begitulah saat kita merasakan kita telah berjaya menyakiti hati orang lain, sebenarnya hati kita sendiri sedang parah diamuk dendam kesumat...

    ReplyDelete
  8. Dendam xkan ke mane.. Akan makan diri sendiri balik.

    ReplyDelete
  9. Mmg benar sekali cerita dan pengjaran itu..jd renungan/ peringatan berguna..thanks kerana kongsikan..kena belajar kontrol marah...:)

    ReplyDelete
  10. Kisah yang penuh pengajaran.. elok sangat ni..sebagai ingatan semua

    ReplyDelete
  11. Kadang kadang tak boleh control....macamana tu Bijen....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails