Monday, January 4, 2016

03.01.2016

Kelmarin anak2 di beberapa buah negeri dah memulakan sesi persekolahan untuk tahun 2016.
Kebetulan. FB pula bagi notification tentang gambar ni...
6 tahun yang lalu, Irfan baru nak masuk tadika.
Sekarang dia dah pun masuk darjah 5.
Betapa cepatnya masa berlalu :)

Dan semalam juga saya daftarkan Danish di tadika yang baru.
Saya agak pengalaman yang baru bagi Danish sebab pagi2 anak2 dah diajar utk solat Dhuha.

Seronok perhatikan gelagat anak2 kecil solat dengan pelbagai gaya dan telatah.
Harapnya Danish serasi dengan tadikanya yang baru ni :)

Masa hantar anak2 ke sekolah sebelah pagi tu, saya tercakap yg skrang dan mula tahun 2016.
Kata Irfan. "You mean now already 2016? Oh yess, I can't wait to see our baby on April.".
Hahaha, ke situ pulak.
Baru nak tanya pasal azam baru mereka di tahun baru.
Tup2, Irfan buat corner baring tukar topic lain..... ekekkeke.

12 comments:

  1. Salam 2016, dah besar Irfan, dah nak abis primary tahun depan. Bagus Tadika buat solat Dhuha,sama sekolah Faiq dulu, little caliphs pun amalkan. Tahniah nak dapat baby :)

    ReplyDelete
  2. Selamat bersekolah buat anak2 Nur..
    Pengalaman baru pula bersekolah di Malaysia ye Nur..
    Di Bradford dah jadi kenangan terindah buat mereka..
    Selamat menyambut baby baru ye Nur..

    ReplyDelete
  3. Haha.. bijak Irfan ni.. tak sabar dia nk dapat adik baru ye..

    ReplyDelete
  4. meriah wall fb ngan blog2 kisah anak sekolah kan nur..... seronok bace...lagi2 yg ade anak darjah 1...seronok je tgk gelagat masing2 heheheeheh...

    bagus danish...nampak steady jek tuh..... dayyan tak tau le ape cer arini...walo pun dah 2nd year kat cic takut manje die tu buat die ngade2 hahaahahaah.....

    ReplyDelete
  5. msti irfan tak sabar nk jumpa bby tuh... sabar yek irfan...

    bgs yek tadika danish kak... dr kecik dh di semai ngn solat sunat dhuha

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah..kita pun tak sabar nak tumpang gembira ngan irfan & adik2 nie...tahniah la umi nyer...tak allergy ker kali nie..hehhe

    ReplyDelete
  7. So in April ada baby barulah ya! Mesti masing-masing dah tak sabar nak tunggu kemunculan ahli keluarga yang baru.

    Selamat menyambut tahun 2016, Nur!

    ReplyDelete
  8. Selamat tahun baru 2016 Nur. Semua anak-anak dah bersekolah ye..Tahun depan anak-anak Kak Isma pula balik bersekolah di Malaysia. Harap diorang cepat dapat sesuaikan diri macam Irfan & Aisyah...

    ReplyDelete
  9. Baguslah tadika sekarang ni kan....mcm mcm diajarnya.
    Bulan April bersalinnya ye Bijen, harapnya sama date dengan mak hihi...

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum kak nur!
    maaf lama tak ke sini
    wah...betullah cite yang saya dengar aritu
    tahniah ye kak. mesti irfan, aisyah dan danish dah tak sabar nak dapat adik

    anyway all the best untuk danish
    nampak muka cuak danish nak masuk tadika =)

    ReplyDelete
  11. hahahha kemain cute irfan bercakap yea... moga serasilah dia di tempat baru... :D

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails