Tuesday, February 2, 2016

Aisyah cabut gigi

Gigi Aisyah kebanyakannya masih lagi gigi susu padahal bulan Ogos nanti dia dah 9 tahun.
Gigi2 susu dia pun macam tak rosak lagi, masih elok sgt2.
Yang jadi masalahnya, gigi kekal dah mula keluar di bahagian dalam.
Ada dua batang gigi kekal dah tumbuh di bahagian bawah kat depan.
Jadi dah berlapis dua gigi susu dan gigi kekal.
Sama kes dengan si abang Irfan.
Gigi kekal dah keluar, tapi gigi susu masih elok terletak tanpa goyang sikit pun.

Risau takut gigi kekal tu rosak, saya pujuk juga Aisyah ke dentist.
Kira Aisyah first visit to dentist kat M'sia.
Masa kat UK, Aisyah pernah jumpa dentist dan cabut gigi macam yang saya cerita dalam entry ini,  entry ini dan entry ni.
Kira after 3 years, baru jumpa dentist semula.
Hahaha, teruk betul mak Aisyah ni.... sepatutnya every 6 months kena visit dentist, kan?
Tapi itu laa... bila anak-anak tak mengadu sakit, liat sungguh nak bawa anak2 jumpa dentist.

Malam Jumaat lepas kami bawa Aisyah jumpa dentist.
Sempat lagi posing sebelum dipanggil jumpa doktor :)
Adik pun nak posing sama...
Sekarang ni memang susah nak snap gambar anake bertiga...
Bila dentist check, memang dia kata kena cabut dua batang gigi susu yang kat depan tu.
Masa ni doktor sedang cucuk ubat bius... 
Lepas bius, kena tunggu dulu beberapa minit nak bagi bahagian yang dibius rasa kebas.
Then baru gigi2 Aisyah dicabut.
Saya perhatikan, susah juga doktor nak cabut gigi2 Aisyah kat depan tu.
Memang akarnya masih lagi cantik.
Patutlah sikit pun tak goyang.
Tapi tak lama pun proses cabut gigi tu.
Doktor pun bukan main puji lagi Aisyah sebab beri kerjasama yg baik sepanjang proses gigi dicabut tu :)

Keluar dari bilik doktor, sempat lagi senyum bila saya suruh posing :)

15 comments:

  1. Sama macam Nabil lah tu Nur..
    Doktor kata banyak minum susu..
    Tu yang gigi kuat lagi..
    Tapi dah berlapis kena juga cabutkan Nur..

    Good girl lah Aisyah..
    Senang kerja doktor nak proses cabut gigi tu :)

    ReplyDelete
  2. Sebab gigi susu ni cuma tertanam sikit aje kat gusi kita Nur
    Dah kena bius tu dah tak sakit tapi masa injek bius sakit juga tau.
    Kakak bab cabut gigi ni memang ngilulah Nur.

    ReplyDelete
  3. gigi susu tu kalau dah bergoyang..cabut kat rumah ja,kan...

    ReplyDelete
  4. pandai aisyah jaga gigi smpaikan dh darjah 3 pun gigi susu msh elok lg...
    tp yelah kalau tak cbt tkt gigi kekal lak yg rosak berlapis2 tak lawo lak kan...

    dana bab kene enjek2 nih mmg ngilu huhuhi

    ReplyDelete
  5. kalau tak di cabut sayang nanti gigi tumbuh tak cantik atau berlapis...pandai la Aisyah ni berani betol jumpe dentist aunty yg dah tua ni pon kekadang goyang tau...kikiki

    ReplyDelete
  6. tu maknenye aisyah pandai jagai gigi die nur...mesti gosok betul...tu gigi tu utuh lagi....tapi nak buat camne kan...kalo tak dicabur takut belapis2 plak tumbuh nanti....pastu aisyah kire berani laaa...gigi kuat lagi dicabut mmg terase gak sakitnyer tu....

    ReplyDelete
  7. Hihi....biasalah tu Bijen, selagi tak sakit malas nak bawak mereka ke dentist, nak kena membayo lagi satu hal hihi...

    Cukup kalsium tu namanya Bijen, liat beno nak bergoyang gigi tu hihi

    Perut dah bedo ke?

    ReplyDelete
  8. Hihi....biasalah tu Bijen, selagi tak sakit malas nak bawak mereka ke dentist, nak kena membayo lagi satu hal hihi...

    Cukup kalsium tu namanya Bijen, liat beno nak bergoyang gigi tu hihi

    Perut dah bedo ke?

    ReplyDelete
  9. fuh dh biasa bawak ke dentist tu yg rilex saja.aiman sebut je dentist dh nangis..belum pergi lagi.haha aisyah ngan aiman sebaya..gigi susu aiman pun masih elok..adoii

    ReplyDelete
  10. mak aii.. auntie malulah dengan aisyah... auntie sikit punya takut jumpa dentist...uhuhuhu cantik la gigi aisyah lepas ni.. yey!

    ReplyDelete
  11. Terbaiklah Aisyah!
    Saya sendiri fobia sikit jumpa dentist...hahaha

    ReplyDelete
  12. Senang kerja doktor dapat patient macam Aisyah. Langsung tak takut ya dia jumpa dentist. Mungkin pengalaman jumpa dentist di UK dulu bagus kot. Itu yang tak timbul rasa takut.

    Saya sendiri pun berkira-kira kalau nak jumpa dentist tau. Dah tua pun masih lagi rasa takut. Semua gara-gara masa saya kecil doktor pergi cabut gigi susu dan gigi kekal saya sekali. Terpaksa saya pakai crown sampai sekarang.

    ReplyDelete
  13. Anak sy siap buat x ray gigi lagi. So dapat la dr plan gg mana yg nak kena cabut dulu. Patut bulan feb ni jumpa dentist. Tp maknya malas pulak. Aisyah pegi dentist mana tu

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails