Tuesday, August 2, 2011

belum berjaya puasa penuh

Tahun ni irfan dah mula belajar puasa. Hihihi, kelakar pun ada tengok telatah irfan puasa walaupun belum mampu puasa penuh untuk dua hari yang pertama ni.

Puasa hari pertama, puasa irfan bertahan hingga pukul satu. Bila saya ambil irfan kat sekolah dan tanya cikgu sama ada irfan puasa ke tidak, terasa sangat gembira bila cikgu beritahu yang irfan memang berpuasa.

Cikgu juga ada cerita yang dia ada peruntukkan masa untuk rehat di mana pelajar dibenarkan untuk tidur. Masa rehat tu, cikgu kata memang irfan betul-betul tidur. Saya pun beritahu yang irfan memang tak tidur langsung selepas sahur. Sebab tu dia memang rasa mengantuk kot.

Masa dalam kereta, Irfan pun ada cerita yang dia tidur semasa waktu rehat. Bila waktu rehat tamat, dia masih lagi tidur sehinggalah kawannya mengejutkannya supaya bangun. Irfan kata, "Abang penat sangat masa tu ummi. Abang tak sedar pun, bila masa semua orang dah bangun tidur."

Semasa kereta berhenti di lampu isyarat, Irfan mengeluarkan air kotak yang diberikan oleh cikgu kepada semua pelajar sebagai ganjaran kerana berpuasa.

Saya kata, "Eh, abang tak boleh minum lagi air kotak tu. Kena tunggu hingga berbuka dulu baru boleh minum." Irfan pun jawab,"Ala, abang dahaga la ummi. Boleh tak nak berbuka sekarang?". Saya kata, "Mana boleh, tunggu berbuka dulu la. Sayang pula kalau puasa separuh hari jer."

"Tapi abang rasa dah nak mati ni..." Adui, pandai betul anak teruna ni cuba memanipulasi perasaan keibuan umminya. Tanpa mengendahkan saya, Irfan terus minum air kotak tersebut. Maka berakhir lah puasa irfan pada hari yang pertama.

Apabila kereta melintasi pasar Ramadhan, saya berkata, "Ummi baru rancang nak bawa abang ke pasar ramadhan ni bila ummi balik kerja. Nanti abang boleh pilih jer nak makan apa untuk berbuka. Tapi sebab abang dah buka puasa, tak dapat la kita ke pasar Ramadhan hari ni."

Irfan cuma diam. Dalam diam, saya nampak cecair jernih mula mengalir di pipi irfan. Mungkin terbit perasaan menyesal sebab tak dapat berpuasa penuh.

Ini adalah cerita hari pertama. Hari kedua atau hari ni, Irfan dapat puasa sehingga pukul 3. Kesian sangat tengok masa Irfan berbuka dengan minum air. Empat gelas air habis diminum dalam masa beberapa minit.

Agaknya, esok berjaya ke tidak irfan berpuasa penuh?

NuKilaN:

2 comments:

  1. hihi...kelakar je irfan ni. takpe... 1/2+1/2=1 doh tu...semoga irfan dapat puasa sehari jgk nanti. kesiannye...sampai nak 'mati'. tak sabar nk tgu izz besar ;)
    tringat ms preggy izz, lepas terawih kt masjid Ladang KT, on da way blk tu punyer haus, memula sy suh husben benti bli air mineral, die ckp minum kt umah je la. pastu sy ckp tak blh tahan rasa nak mati da ni, tros stop kete.hahaha...lawak, blh geng irfan ;D

    ReplyDelete
  2. kikiki, mmg lawok... boleh la kalau nak geng dgn irfan, cuma pangkat lagi tinggi sikit sebab tak tahan dahaga lepas terawih :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails