Sunday, March 10, 2013

Duta kecil M'sia @ Costume Parade

 Sepanjang minggu lepas merupakan sambutan, One World Week (OWW) di University of Bradford (UoB). Banyak juga aktiviti yang dianjurkan oleh universiti bagi memperkenalkan budaya dari pelbagai negara seperti international costume parade, international kitchen, one world market, international student performance night dan lain-lain lagi.

Adik-adik graduate dan master ada juga menyertai pelbagai program yang dianjurkan. Sejujurnya, saya sangat bangga dengan semangat yang mereka tunjukkan. Saya tumpang teruja bila melihat jalur gemilang yang dibawa semasa perarakan dan jalur gemilang yang dipamerkan di booth M'sia.

Saya cuma mampu memberikan sokongan dengan menjadi jurugambar tak bertauliah. Baru sempat snap beberapa gambar, bateri dah habis. Huhuhu, frust nyer rasa masa tu :(

Jom layan beberapa gambar yang sempat diambil semasa perarakan dari pelbagai negara dengan memakai costume dari negara masing-masing. Seramai 60 orang pelajar antarabangsa yang mengambil bahagian dalam perarakan tersebut.

Perarakan yang bermula dari tingkat 3 Richmond Building
Lead by the man playing pipebag
Kontinjen M'sia antara yang terhadapan
Sangat teruja bila tgk jalur gemilang dibawa semasa perarakan
Wajah ceria adik-adik yg bijak pandai
Diikuti oleh kontinjen dari Qatar
Seterusnya dari negara jiran, Thailand
Yang paling  depan tu kawan saya, May
Selepas perarakan, semua pelajar mengelilingi Atrium sambil memaparkan bendera negara masing-masing. Lagi sekali rasa bangga jadi anak M'sia :)

Adik-adik comel dan segak bergaya
Yang paling ramai mengambil bahagian adalah pelajar dari Cina
Seronok tgk pelbagai custom yang mereka gayakan
Macam tgk drama pun ada :)
Dari korea selatan juga ada seorang wakil
Tiga wakil dari Thailand
Insya Allah, nanti saya update cerita pasal Gerai M'sia pula :)

NuKilaN:
 

20 comments:

  1. seronok jugak dpt tengok perarakan kebudayaan begini yer.. bangga yer nengok orng kita berjalur gemilang, bersongkok, baj melayu..:)

    ReplyDelete
  2. bangga tengok bendera kita tu..

    ReplyDelete
  3. wahh..seronok kan tgk perarakan camni..ngan pakaian kebudayaan masing2..hehehe

    ReplyDelete
  4. bagusnya nur sempat bawaa ank tengok aktiviti macam ni... bolehla diorang belajar banyak perkara... bila duduk jauh dari negara, mesti rindu bila tengok aktiviti macam ni, kan?

    ReplyDelete
  5. Yay!!! (sambil kibar2 jalur gemilang kat sini) hihihi. Its just different feeling kan.

    ReplyDelete
  6. Comelnyer malaysian contingents, hehehe

    ReplyDelete
  7. Bangga bila Jalur Gemilang berkibar di negara org.. automatik semangat patriotik..:)

    ReplyDelete
  8. ummuaidan: tu la, rain perasaan bila kat negara org... terubat skit rindu kat kg halaman :)

    MAmaRey: Kan? mmg patriotik kita ni :)

    mama Ila: best, sebelum ni tgk dalam tv jer... skrang ni kat depan mata :)

    Aisy: Tak bawa anak2 pun sbb masa tu mereka sekolah... dapat tgk bendera tu pun dah hilang sikit rindu :)

    Nastyna: Semangat, kan? org berlin pun kibar bendera sekali :)

    Farah: Ramai juga mat dan minah salleh bergambar dgn adik2 comel tu :)

    Atie: Semangat tu mesti ada.. Malaysia Boleh!

    ReplyDelete
  9. Manis2 je wajah anak Malaysia di sana bersama pakaian masing2

    ReplyDelete
  10. selalunya bila jadi perantau baru perasan yg kita akan jadi lebih patriotik kan! Seronok ada event mcm ni. Kami kat sini msia boleh kira dgn jari.

    ReplyDelete
  11. seronok nye tgok pelbagai negara jd duta costume.

    ReplyDelete
  12. mesti berkobar2 semangat patriotik bila tgk bendera Malaysia kan nur?! seronoknya tgk...

    ReplyDelete
  13. Ummi Iman: Adik2 yang masih muda... kalau masuk yg dah tua ni mest rosak gambar... hehehe

    LL: Tu la pasal.... tetiba rasa sgt patriotik... kami pun baru jer makin bertambah.. kalau tak boleh bilang dgn jari jugak :)

    Neo Lopah: Boleh promosi pakaian M'sia kat sini :)

    Nora: Rasa sgt patriotik dan semangat tgk adik2 ni dgn berbaju melayu/kurung/kebaya :)

    ReplyDelete
  14. Kita kat sini pun suka tengok orang berbaju melayu dan berbaju kurung, sementelah lagi kalau kat oberC tu yang jarang berjumpa. Mesti seronok dan membanggakan.

    ReplyDelete
  15. Awesome! bestnya kak nur dpt join event ni..sy dulu byk tak dpt join..mmg bagus event mcm ni..baru2 ni pon UEL ada buat lg..Msian student tak ramai so tade la wakil dpd Msian..:(

    ReplyDelete
  16. wah..bangganya tayang bendera m'sia kat sana

    ReplyDelete
  17. MFM: tu la, over excited jer rasa... hari raya pun tak sempat nak tayang baju melayu/kurung macam ni.. hehhehe

    Izu: kebetulan ramai adik2 undergraduate yang nak join... bukan main semangat lagi nak tnjukkan culture M'sia

    UM: Yup, adik2 first year kat UoB

    NoEn: Nasib baik xde bendera Terengganu, kalau tak kibarkan sekali bendera T'ganu, ekekkeke

    ReplyDelete
  18. Bila berada di negara orang dpat tengok bendera pun dah bangga sesangatkan Bijen walaupun OKje tak pernah haha!

    ReplyDelete
  19. Entah la, tak tahu kenapa patriotik semacam jer... sbb tu org tua kata, hujan emas negeri org... hujan baru negeri sendiri... tapi tetap negeri sendiri di hati :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails