Friday, March 15, 2013

Google dan Origami

Antara hobi Irfan adalah melipat kertas menjadi bentuk atau dikenali sebagai origami. Masa hari lahirnya yang kelima, dia cuma minta hadiah buku berserta kertas origami utk beraktiviti. Nasib baik ada jual di MPH online. Bukan main seronok lagi bila dia dapat hadiah idaman tu. Berkali kali dia menyebut, "Terima kasih, ummi," dengan muka yg sangat gembira.

Tapi sekarang, Irfan dah pandai search guna google dan Youtube (agak bahaya di situ takut dia ter google benda yg bukan-bukan - kena selalu pantau la lepas ni). Kat sekolah memang cikgu ajar macam mana cara nak google benda yang kita tak tahu. Dia pun selalu tgk ummi nya duk google resepi kat dapur :p

Hujung minggu hari tu, bukan main gigih lagi dia duduk depan komputer sambil melipat kertas. Hasilnya, dia dapat burung berikut....

Origami burung
Lama juga dia nak siapkan burung ni nak berkali-kali juga dia ulang tayang video dari Youtube. Tapi layankan aje... biar dia belajar "Practice makes perfect!".

Well done Irfan!

Selamat berhujung minggu buat semua :)

NuKilaN:
 

20 comments:

  1. Irfan berapa tahun nur? Pandainya dia...kemas je origami tu

    ReplyDelete
  2. Betullah kata pepatah tukan Bijen...kalau rajin practice maka akhirnya jadilah cantik bendanya...
    Irfan ni rajin orangnya yeh....

    ReplyDelete
  3. Bestnya datang bertenggek kat sini OKje, perasan tak ada kuar kabus dari mulut saya.. hehehe

    Mesti teringat2kan Nur cara irfan ucapkan Terimakasih tu. Kalau ingat semula mesti ada rasa teringin nak rakam. Bahagianya jangan cakaplah, anak dah pandai ucap terima kasih.

    Moga Irfan terus menjadi anak yang mengasihi mereka yang senantiasa memberi sokongan kepadanya.

    ReplyDelete
  4. Pandai nya Irfan...
    Mesti happy bila ummi beli kan:)

    ReplyDelete
  5. mesti irfan nie berjiwa seni nie... kecik2 dah minat origami nie... ^_~

    ReplyDelete
  6. Good irfan! Memang minat betul tu sebab siap mintak hadiah buku & kertas utk buat origami :-)

    minat anak2 ni macam2 kan! kadang kita pun tak sangka minat mereka ke arah tu. Anak bujang saya pun suka berkreativiti dgn benda2 yg saya rasa mcm tah apa2. Tapi at the end dia dapat hasilkan sesuatu. Cikgunya pun noticed dia mcm tu kat sekolah dan pernah bgtau saya perkara yg sama. Selalunya dia create robot dari guntingan2 kertas. Sometimes dr toys yg kecik2 di transform jadik another toys hiihi..Terima hakikat dia mmg kreatif bab2 mcm tu.

    ReplyDelete
  7. wow... impressive. Bukan senang nak buat origami ni, even ada cikgu mengajar kat depan2 pun still not that easy, double impressive for him sebab belajar sendiri. Good job Irfan.

    ReplyDelete
  8. nur, hobi anak nur sama dengan hobi anak kedua saya, DANIAL. Danial pun suka sangat buat origami dan sentiasa minta saya beli buku2 dan set origami di bookstores!sampai bersepah2 origami dia kat umah ni

    ReplyDelete
  9. Bijaknya Irfan..pandai dia gugel seniri mm mana nk buat burung origami tu ye..hasilnya walla mmg impressive! Well done Irfan! :)

    ReplyDelete
  10. FA: Tahun ni masuk 8 tahun dah.. mmg dia minat sbb tu kemas jer dia buat kot :)

    Lea: ummi dia pun surrender!

    Okje: benda dia minat tak perlu suruh pun Okje.... harapnya mcm tu la, biar rajin selalu :)

    Fairus: Tq :)

    MFM: perasan perasan.. hehehe, tu la... syahdu jer rasa masa dengar ru... padahal tak de la mahal mana pun... amin, moga anak2 kita terus sayang kat kita even dah tua nanti :)

    ReplyDelete
  11. Atie: Bila minat tu, semua menjadi... hehehe

    Liya: Sebab tu saya cuba beri galakan kat minat anak2 ni.. lagi digilap, lagi nampak hasilnya :)

    LL: Masa mula2 dia minta tu ingatkan dia bergurau, sekali mmg dia betul2 minat... Cikgu Irfan pun kata benda yg sama, He is very good doing arts... Haziq lagi kreatif siap boleh recycle main... betul tu LL, kita layankan aje :)

    nastyna: Tu la pasal.. saya pun pernah belajar dulu dgn sorang budakjepun... tapi sampai skrang tak pandai... Irfan lak boleh rujuk youtube jer... generasi internet betul la :)

    TJ: Hehehe, pasal bersepah tu mmg no komen... pandai2 la simpan kalau sayang... kalau tak, tong sampah ler jawabnya.. ekekke

    Izu: Yg best burung tu siap kepak kan dia punya sayap lagi.. sgt innovative :)

    ReplyDelete
  12. Pandainyer irfan mashaAllah! hehe saya yang dah berapa tahun nie pun selalu give up and tak pernah jadi buat origami. hehe. he's a smart boy!!

    Farah ♥

    ReplyDelete
  13. makcik tini tak pandai sampai sekarang buat benda2 cenggitu

    ReplyDelete
  14. k nur, bleh guna parental control. try la google.

    ReplyDelete
  15. memang pandai dan berbakatlah irfan nie..auntie pun tak pandai nak buat sebaik tuh..:)

    ReplyDelete
  16. Farah: Ummi dia pun sama.. sampai skrang no idea nak buat burung mcm tu.. setakat kapalterbang tu boleh la... hehehe

    Kak tini: Sama la kita kak tini...

    Fadilah: Ha ah, tak terfikir pulak.. rupanya macbook pun ada parenting control tu... tq for advice :)

    ummuaidan: Benda yg dia minta, jadi jer nak buat... terbongkok bongkok depan komputer nak siapkan....

    ReplyDelete
  17. wah... clap... clap... clap... pandainya irfan... berseni juga tangannya ya nur?

    ReplyDelete
  18. dari mana datang bakat seni tu pun tak tahu laa... skrang ni pun masih ralit lagi duk melipat kertas jadi mcm2 bentuk.... hihihi

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails